Wednesday, August 13, 2008

....HADIAH ISTIMEWA….


Alhamdulillah….syukur ku panjatkan ke hadrat ALLAH…tanggal 9 Ogos 2008, merupakan tarikh bersejarah bagi diriku kerna buat pertama kalinya jua mungkin seumur hidup ini, diri ini merasai suatu kejayaan setelah sedari umur 6 tahun aku memulakan suatu perjalanan bernama ‘pengajian’…




Terasa seolah-olah suatu mimpi tika menerima skrol dari Pro Canselor Universiti… walaupun agak lama menunggu giliran menaiki anak tangga pentas Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) itu, namun masa bagai terhenti tika kaki melangkah di atas pentas ‘keramat’ itu…ketenangan yang bersarang sebentar tadi bertukar menjadi debaran yang jarang sekali ku rasai….namun, ku orak langkah penuh sederhana bagi mengurangkan gementar yang beraja di jiwa ….Alhamdulillah…akhirnya skrol ijazah Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian dapat ku pegang erat di tangan…


Mengimbau kembali segala jerih perit, suka jua duka selama 4 tahun di alam kampus, terasa segalanya berlalu terlalu pantas...masih ku ingat memori hari pertama melaporkan diri sebagai seorang pelajar jurusan farmasi di UKM, ku azam belajar bersungguh-sungguh demi segulung ijazah buat ku hadiahkan pada ayah bonda yang terlalu banyak berjasa...dan tanpa ku sedar, masa 4 tahun sudah berlalu….dan hari ini, diri ini sudah bergelar seorang graduan...dan pastinya…hadiah ini....ku sampaikan teristimewa buat ayah bonda tercinta....

Masih segar di kotak ingatanku saban waktu….segala memori di alam kampus… semuanya terlalu indah…walau banyak cabaran jua onak duri yang terpaksa ku tempuh selama ini, namun, itu semua merupakan rencah dalam alam pengajian….bagi mewarnai suatu perjalanan bernama kehidupan…dan ku tetap bersyukur…walaupun cabaran itu pahit suatu masa dulu…tapi itulah kemanisan suatu memori untuk ku kenang saat ini….

Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerna dengan belas ihsan jua rahmat kasih sayangNya, ku dapat merasai kebahagiaan ini….kebahagiaan tika menerima suatu hadiah dariNya…itulah suatu kejayaan di dunia...dan ucapan terima kasihku ini paling utamanya ku tujukan buat Dia yang Maha Menentukan segala…


Tidak pernah ku lupa jasa kedua ibu bapa…tanpa mereka sebagai asbab dari ALLAH…siapalah diriku pada hari ini…dengan penuh belaian jua kasih dan sayang, mereka membesar dan mendidikku menjadi insan berguna hari ini…pada mereka ku peroleh ketenangan jua kebahagiaan…pada mereka jua, ku peroleh erti kasih dan sayang….mereka berkorban jiwa dan raga demi melihat anak ini membesar penuh didikan, kesempurnaan jua keselesaan….mereka bersabar tika diri ini gagal…mereka memberi sokongan tika diri ini memerlukan…mereka mendoakan tika diri ini tak mampu bertahan…dan mereka lah…insan yang ‘memberi’ tanpa pernah mengharap pada balasan….terima kasih mak…terima kasih abah…atas segala jerih perit pengorbanan kalian….bersabar dengan segala kerenah ku sedari kecil…hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian….


“Ya ALLAH ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosaku, jua dosa-dosa kedua ibu dan bapaku…serta Kau kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil….”




Ucapan terima kasih jua ku ucapkan buat seluruh ahli keluarga…kalian penawar tika hati ini duka…kalian penambah ceria tika hati ini riang gembira….pada kalian ku peroleh erti kasih sayang saudara…tanpa kalian di sisi, terasa pudar warna-warna hari yang ku lalui…


Di samping itu juga, ingin sekali diri ini merakamkan rasa syukur dan terima kasih tak terhingga buat barisan doctor, professor jua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan tidak jemu berkongsi ilmu buat diri yang kehausan jua dahaga pada ilmu pengetahuan…segala jasa dan pengorbanan kalian tak mampu ku balas…hanya segulung ijazah ini sebagai hadiah buat kalian tersenyum bangga jua bahagia….




Tidak lupa jua diri ini pada kawan-kawan jua rakan sepengajian….ucapan tahniah dan terima kasih tak terhingga buat kalian jua, kerna sentiasa membantu jua turut sama menyokong tika diri ini menghadapi kesukaran tika berjuang….segala cabaran jua halangan telah kita tempuh bersama selama 4 tahun…segala memori suka jua duka telah kita harungi bersama....segalanya akan terpahat teguh di sanubariku saban waktu....inshaALLAH….moga segala cabaran yang telah kita tempuh bersama dapat mematangkan diri kita demi meneruskan perjalanan yang lebih jauh dalam mencari erti kehidupan….




Dalam diri yang sedang sendiri…kenangan jua memori paling manis sentiasa menggamit...itulah memori tika diri bersama sahabat-sahabat seperjuangan...terima kasih tak terhingga ku hulurkan teristimewa buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di ingatan….tanpa kalian sebagai asbab dari Tuhan…tak mungkin dapat ku kenal erti sebuah perjuangan dalam kehidupan….tanpa kalian, tak mungkin ku kenal erti pengorbanan…tanpa kalian jua, tak mungkin ku tahu apa itu ukhuwwah….masih segar di ingatan, memori bersama kalian…susah senang dalam perjuangan kita harungi bersama…demi mencari redha Tuhan pada perjalanan bernama kehidupan….pada kalian, ku peroleh ketenangan jua kebahagiaan…kerna di situ, ku yakin ada keberkatan dari Tuhan….terima kasih sahabat…atas segala sokongan jua bantuan tika diri ini kalah dalam ‘peperangan’…terima kasih atas segala bimbingan jua perkongsian memori yang tidak mungkin ku luputkan di hati sanubari….moga ‘ikatan’ yang terjalin di antara kita semua dapat mempertemukan kita kembali suatu hari nanti…walau mungkin bukan di dunia…tapi inshaALLAH di akhirat sana….

Dan mungkin yang terakhir…ku ingin rakamkan rasa syukur dan terima kasihku buat seorang insan...padanya tersimpan segala perasaan....moga angin lalu menyampaikan pesan....dirimu tetap di ingatan....terima kasih sahabat atas segala sokongan jua galakan...tika ku jatuh tersungkur, diri ini kau bangunkan… tika suatu masa ku tak berdaya untuk bangkit semula... kau di sisi memberi sinar keyakinan… tika diri putus harapan pada sebuah kejayaan, kau teguhkan keyakinanku pada hidup bertuhan…tika diri lalai pada nikmat kurniaan Tuhan…kau sentiasa sabar memberi bimbingan….
Terima kasih sahabat....hadiah kejayaan ini jua selayaknya untuk kita kongsi bersama…walau dirimu di kejauhan…ingatan ini tetap ku titipkan…terima kasih atas segalanya…moga perjuanganmu di sana disertai redha jua kasih sayang ALLAH…


Akhir kalam…terima kasih buat semua yang turut sama memberi sokongan jua bantuan untuk ku capai kejayaan ini...hanya ALLAH yang layak membalasnya...walau apa jua yang kita miliki saat ini, segalanya hanyalah pinjaman dariNya...moga kurniaan ini dapat mendekatkan diri ini pada ALLAH…kerna Dia tempat kembali segala sembah…