Tuesday, May 29, 2007

SYUKURILAH DIRIMU SEADANYA...

Alhamdulillah sehingga saat dan tika ini, ku masih diberi kesempatan menikmati segala nikmat kurniaan Ilahi..jua nikmat teragung, Iman dan Islam….




Entah kenapa kebelakangan ini, seakan hadir konflik dalam diri ini…terkadang aku sendiri tidak memahaminya…yang ku pasti, hati ini tidak tenteram seperti biasa…ku cuba koreksi diri sejak bermulanya cuti baru-baru ini…dalam tak sedar, hampir sebulan aku berada di rumah, dan sudah hampir 3 minggu aku ‘bekerja’…namun, bukan itu puncanya hati ini hilang tenangnya…

Mungkin juga terasa hati ini kosong..rohani ini seakan ‘lapar’ meminta-minta disuapkan…ku cuba atasi rasa kekosongan itu dengan mewajibkan diri membaca sekurang2nya satu tazkirah sehari…namun, mungkin jiwa ini perlukan lebih dari itu…hati ini rindu untuk mengadu dan merintih di kala hening pagi…di kala semua mata terpejam, enak dalam mimpi indah…ku rindu menitiskan air mata menyatakan rindu padaMu ya Rabb…

Apakah sekadar kesibukan harian menjadi alasan untukku mengelak istiqamah dalam amalan..??...apakah kepenatan seharian menjadi penghalang taqarrub hamba ini tenang dalam ketaatan..?? ya Rabbi…ampunkan diri ini….ku jauh...rindu ini semakin jauh…=(

Entah kenapa jua, hati ini semakin sensitif… aku tuntas membandingkan segala kelebihan orang lain berbanding diri ini…lantas menjadikan aku rendah diri…terasa ‘down’ memikirkan segala kekurangan diri…mengapa ini yang aku rasai…?? Mengapa tidak aku jadikan semua itu cabaran dan dorongan untuk aku lebih maju seperti orang lain..??...mengapa..??

Ku tak pasti…terkadang, aku akui, aku tak mampu menjadi seperti orang lain…mantap dan punyai kekuatan sendiri dalam ‘hidup seorang pejuang’… aku tak mampu memberi manfaat sebanyak mungkin pada orang di sekelilingku…tamsilan diriku hanya seorang insan yang punyai banyak kekurangan… aku hanya mampu menjadi seperti aku hari ini…uhhhhh~….

Terkadang, bila melihat orang lain punyai ramai kawan dan dikenali ramai kerna pelbagai kelebihan, aku terasa sesuatu….sesuatu yang membuatkan diri ini rasa terlalu rendah…adakah kerana cemburu..??...ku mula membandingkan diriku dengan orang lain..uhhh~..kenapa aku rasa semua ini..?? kenapa hati ini sarat dengan perasaan..? perasaan yang tidak ku undang…malah lebih menyakitkan…

Tanpa ku sedar, perasaan ini membawa aku menyingkap segala memori silam…memori yang tidak pernah ku pinta…memori tika diri ini dikenali…menjadi ‘hot stuff’…itu pun di bumi wakafan…bumi penuh kesucian…namun tika saat itu, bukan kegembiraan menjadi keutamaan…bukan kebanggaan yang merajai perasaan…kerna segalanya adalah terlarang…ku masih ingat, betapa hati merintih menangisi nasib diri ketika itu…apa salah yang aku buat hingga pernah nama ini terpalit pada senarai disiplin..??...apa silap yang aku lakukan hingga pernah diri berhadapan ustaz tergarang..??...uhhh~ segalanya memori…sekurang2nya, aku pernah menyelami perasaan ‘dikenali’ dan punyai ramai kawan di sisi…tapi itu semua bukan kepuasan hidupku..malah melenyapkan ketenangan yang pernah aku kecapi di bumi itu….

Namun, alhamdulillah…rupanya semua itu adalah ‘bekalan’ paling bermakna buat diri hina ini setelah melangkah ke dunia reality…walau pernah orang memanggil aku ‘peruntuh tarbiyah’…tapi hari ini, aku ingin buktikan, segala tarbiyah di bumi itu, terlalu terkesan dalam diri aku…tak mungkin ku lenyapkan ia semudah sangkaan…terima kasih Allah…atas segala ketentuan….

Dan saat ini…aku tak pasti..aku keliru dengan perasaan sendiri...Nem, apa yang ada pada pandangan manusia..?? apa yang dikejar pada segala nikmat dan kelebihan dunia...biar setinggi gunung kelebihan seseorang…tapi harga TAQWA yang menjadi nilaian Nya…
Pandangan mata manusia banyak yang dusta..namun, pandangan hakiki hanya pada hati…yang sujud di telapak Ilahi….

Apa yang dikesal pada kekurangan diri..?? hakikatnya itu juga pemberian Ilahi…syukuri dirimu seadanya…majukan dirimu sedayanya…pandanglah pada mereka yang kurang bernasib baik berbanding dirimu….itu lebih menyedarkan hati, pada erti syukur jua tawadu’ pada Dia Yang Maha Memberi….

Biar mungkin diri tak punya apa-apa…cukuplah pakaian IMAN dan TAQWA menghiasi jua menjadi penyeri diri jua akhlakmu…itu lebih mengundang tenteram jua tenang jauh di lubuk hati suci yang tawadu’ pada segala pemberian Ilahi….

Teringat aku pada seuntai madah jua tazkirah dari seorang insan yang menghargai kemuliaan diri seorang muslimah… ia mengingatkan aku tika diri terlalai..mengajar aku lebih menghargai kejadian diri sendiri …ia menjadi azimat, sebagai penguat jua perisai diri pada segala fitnah dunia, terhadap seorang muslimah…. syukran ‘ala kulli haal…

Kak, yang juga saya kenal sebagai seorang mujahidah agama..

Jadikanlah malu itu pakaian yang membaluti jiwamu, yang langsung menghijab dirimu sentiasa hangat dalam ketaatan..

Buatmu Mujahidah Agama,
Akhlak seorang pejuang agama yang sentiasa mengintai dicelahan redup naungan REDHANYA yang Maha Luas, sentiasa berhati2, penuh teliti andai timbulnya fitnah buat dirinya, jua bimbang andai perhambaanNya dipandang enteng oleh Dia Sang Pencipta..

Dirimu, kuntuman MAWAR, Syauqah Wardah buat Mujahid Agama..
Gembiralah hati, tenanglah jiwa dengan kurnia yang melimpah, hidup dalam tarbiyyah, subur dalam biah solehah.. Tanda dirimu penuh duri, terjaga penuh rapi..

Maka jadikanlah kalimah 'SYUKUR' pelengkap pakaian jiwamu..

Salam Ikhlas Perjuangan Ummah..
Buat sekuntum Syauqah Wardah Ad-Deen,
Haneem

Friday, May 18, 2007

LAFAZKU YANG TERSIMPAN...

Sayu hati ini tatkala mendengar keasyikan lunak suara UNIC mendendangkan lagu ini… Bait kata yang tersurat, memberi makna penuh tersirat…


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



Basah pipiku saat ini, dihujani butiran mutiara putih bersih, tika benakku mengenangkan suatu peristiwa yang mengulit hati jua sanubari…pernah ku katakan pada seorang sahabat, lirik lagu ini terlalu bermakna buatku, makna yang tersirat dapat dilihat jua tersurat pada diri ini…kerna hakikat diri ini, jarang sekali melafaz kata ‘SAYANG’ pada diri seorang insan, penuh jasa, pengorbanan jua kasih dan sayang… sedari kecil ku di tatang bagai minyak yang penuh…dialah IBUNDAKU tercinta.. tiada kasih jua cinta sesama manusia setanding cinta seorang ibu pada anaknya…kerna cinta ini adalah cinta tanpa syarat…yang menyuratkan tingginya nilai sifat Ar-Rahim..

Namun, coretanku kali ini, bukan berkisarkan apa yang tersirat jua tersurat…tapi pada suatu hikmahNya yang menyedarkan aku tentang erti kasih sayang…

Dalam aku tak sedar, sudah hampir seminggu kesihatanku terganggu..entah dgn siapa aku berjangkit demam selsema…dari gerangan adik2 di rumah atau staff nurse di dispensary, tempat praktikalku sehari-hari…tapi ‘ujian’ Nya itu ku terima dengan redha…sepanjang 5 bulan ini, hampir setiap bulan aku pernah demam…sedangkan tahun-tahun kebelakangan itu, tahap keimunanku lebih tinggi berbanding sekarang…tak apalah..semuanya ku terima, sebagai kafarah dosa-dosa diri yang sering lalai ini…

Namun, kelmarin...pening kepalaku semakin menjadi-jadi…sepanjang hari bekerja, aku sakit kepala…mungkin sbb demam selsema dan cuaca yg sgt panas kebelakangan ini..tambahan pulak, majority ruangan di hospital berhawa dingin…di luar yg sgt panas, dengan di dalam yg sgt sejuk…menyebabkan keadaan kesihatanku makin tak menentu…setibanya di rumah, selepas solat maghrib, aku makan sebiji ‘Carinox’ dengan panadol…planning utk terus tidur je slps isyak…namun alhamdulillah, selepas solat isyak, ku dapati peningku serta merta hilang…panas badan pun mula berkurang…ku bersyukur, mungkin dengan asbab ubat tadi, ALLAH kurniakan aku kesegaran malam itu…segalanya dgn izinNya jua…namun…aku berasa ‘sesuatu’…suatu detikan dalam hati…yang aku sendiri tak faham…yg pasti, aku agak pelik dgn keadaanku…selesai shj solat, aku rasa ringan seperti hilang suatu beban berat di kepala tika sujudku menghadapNya… terus ku tukar planning utk tidur, dgn menyambung tesisku yang belum selesai…

Jam di dinding menunjukkan pukul 11.15…aku makin khusyuk membaca jurnal..adikku pula di suatu sudut melayari internet…sedang yang lain, enak dibuai mimpi indah…tiba-tiba….ku terdengar pintu bilik belakang terbuka…atuk keluar dengan keadaan yang agak tak terurus..jarang ku lihat rambut atuk yang hakikatnya hampir tiada, kerna sepanjang masa, atuk selesa mengenakan serkup di kepala….tapi tika itu, atuk dalam keadaan separuh sedar…atuk ke dapur dengan langkah yang terhuyung hayang… atuk boleh berjalan sendirian, tapi dalam byk keadaan, dia perlukan sesuatu utk dipegang sebagai sokongan…




Aku pelik memerhati gelagat atuk… “Tok nak pi mana?..” aku bertanya. Atok tak dengar…ku ulangi pertanyaan.. “Tok nak pi mana..?”.. “ Dapoq..nak cari periuk, nak letak ubat nyamuk..” jawab atuk dengan nada yang agak tinggi…terkejut jugak aku dengar suara atuk…paling aku terkejut dan pelik…atuk nak cari periuk utk letak ubat nyamuk, sedangkan di rumahku, jarang menggunakan ubat nyamuk lingkaran..just spray ‘ridsect’ atau mortein di suis elektrik…

Aku dengan Ahh saling memandang….kami mendekati atuk yang dah jumpe 1 besen yang disangkanya periuk… “ Tok, mana ada ubat nyamuk lingkar kat umah ni...nak letak apa dalam besen nie?.” Ahh pula bertanya… “ Tok tau la…tok selalu letak kotak ubat nyamuk kat bawah katil tue…tok nak bakaq sikit ja ubat nyamuk…”…aku dengan Ahh makin sangsi..sejak bila pulak atuk letak ubat nyamuk bawah katil bilik tu?...mcm2 persoalan mula ligat bermain di fikiranku…

Aku mula mengesyaki, atuk mengigau…mungkin dia menyangka dia masih berada di rumahnya di Tualang… “Tok, tok kat ghumah kami, kepala bataih…bukan kat tualang..” aku cuba meyakin dan menyedarkan atuk dari lamunannya… “ Dak aih..tok taula tok kat mana..tok kan kat ghumah tok..hampa baghu mai tadi...”…aduss….pening kepala aku…Atuk memang sedang mengigau..dan mengigaunya kali ini sgt teruk…Dia boleh berjalan dan tak sedar apa yg dicakapkannya…

Aku dan Ahh cuba menyedarkan atok, tapi gagal…dia tetap berkeras dengan pendiriannya… dia masuk bilik, cari ubat nyamuk yang pada kebiasaannya di letakkan di bwh katilnya di rumah…bila tak jumpa, di carinya pulak torchlight….bwh bantal…jugak tak jumpa…aduss… “Macamana nak buat ni ahh?..” aku dan Ahh mengejutkan abah dan mak bila keadaan memori atok makin kronik…kali ini, dia nak kunci pintu… “ Jom tok nak kunci pintu…hampa nak balik dah satgi..tok nak kunci semua pintu…takut pencuri masuk…”…kata atok sambil menuju ke pintu depan rumah…

Abah yang terkejut melihat gelagat atok cuba menyedarkan atok….atok mula sedar, tapi beberapa saat kemudian, dia kembali terlupa keadaan sekelilingnya…dia terlupa dia berada di mana, berapa hari dia ‘stay’ di rumah kami, dan lupa segalanya… yang diulanginya beberapa kali, “ Jom, mak nak kunci pintu…” dia bercakap pada abah… “ Mak dah kunci pintu bilik ayaq, dapoq, semua dah…nak tunggu kunci pintu ni ja, lepaih hampa semua balik…” Dia masih menyangka dia berada di rumahnya…

Ya ALLAH….abah, mak, aku dan ahh buntu melihat keadaan atok…ingatannya hilang langsung…kejap datang, kejap hilang…bila dikata dia mengigau, atok melawan… “ Mana ada mak mengigau”..akhirnya, setelah dipujuk banyak kali, atok setuju utk tidur, itu pon setelah melihat pintu dikunci oleh abah...

Tapi…5 minit selepas itu, atok bangun semula dan menuju ke pintu…hampir 3 kali dia berkelakuan yang sama…segala kata2 kami tidak dipedulikannya…bila dia mula sedar yang dia sedang mengigau…dia kata dia pening dan tak tahu apa yang jadi...saat itulah, ku lihat wajah abah sebak…ku menyelami perasaan abah…hati mana tidak sebak melihat ibu yang disayangi mula hilang ingatannya hari demi hari….dan malam itu, ingatan atok lebih teruk dari biasa…sebelum ini, atok memang sering lupa…terkadang, bosan juga melayan soalannya yang sama hampir 3 kali dalam jangkamasa tidak sampai 10 minit…memang menguji kesabaran…

Dan malam itu, penyelesaiannya, aku tidur bersama atok…kerna atok kata dia takut…ini semua mungkin kerana atok fobia disebabkan peristiwa pencuri memecah masuk rumahnya suatu masa dulu…sejak itu, atok sering meracau dan menjerit waktu tidur…terkadang, sehingga dia semput…kesian atok…gangguan jiwa ditambah dengan masa yang memakan usia, dia semakin hari semakin uzur…

Jam di dinding sudah pukul 1.00 pagi…itu pon dengan bersusah payah memujuk atok tidur..aku hanya kesian melihat abah dan mak yang letih..lalu menyuruh mereka tidur..dan berjanji menguruskan atok sedaya kemampuanku…tika itulah, aku tersedar akan detikan hatiku selepas solat isyak mlm itu, baruku sedar, mungkin ‘kesegaran’ yang Allah kurniakan secara tiba2 itu, untuk ‘menemani’ atok malam itu…jika ku tidur slps solat, pastinya tidak dapat ku lihat ‘hikmah’ yang ALLAH selitkan dalam apa yang terjadi malam itu…sebelum abah masuk tidur, abah menghantar atok di katil, dan tika itulah, atok mengeluh, “ aku nak mati dah kot…”…tersentak semua kami yang mendengarnya… abah cuba menenangkan atok sedaya mungkin sebelum masuk ke bilik untuk tidur..

Sebelum tidur, atok bercakap sendirian…namun, jelas kedengaran di telingaku setiap patah yang disebutnya… “ Pintu semua dah kunci, tingkap, dapoq gas…”..tiba-tiba, ku dengar atok mengeluh panjang…. “ Huuuuhhhh….anak2 jauh tak penah tanya kabaq, anak dekat ni ja la nak tumpang duduk pon..ya ALLAHHHH…..”… dan serta merta jugak, hatiku sayu, menangis dengar keluhan atok….mungkin atok rindukan pak ngah yang tinggal agak jauh dan jarang pulang ke kampong…namun, sehingga begitu keluhan atok, mungkin tak terbendung lagi rindu ibu tua ini pada anaknya…saat itu juga, ku azam dalam diri, tak akan mensia-siakan ibundaku tercinta…aku akan berkorban segalanya demi kasih sayang pada mak yang terlalu banyak berkorban pada aku selama ini…

Malam itu, hampir setiap jam atok terjaga…kerna dia tak tahan untuk membuang air…aku menemaninya sehingga dia tidur semula…namun, kepalaku mula pening kerana belum sempat mata terlena, aku dikejutkan semula….bermacam yang dipintanya, air, torchlight dan macam2 lagi..ada ketika aku bosan dan mula hilang sabar kerna tidurku terlalu terganggu….kepala semakin pening…namun, kuturuti jua permintaannya walau dalam keterpaksaan…

Tepat jam 4, aku terjaga…belum sempat mata terlena sebenarnya…aku terdengar suara atok yang agak lemah..dia seperti keletihan yang amat…seperti seorang yang termengah2 selepas berlari jauh…aku memanggil atok…dia menjawab, dan berkata..dia tak tahan sakit…dia nak makan ubat…mulanya aku berat menunaikan kehendaknya, kerna selepas isyak tadi, dia baru makan ubat...tapi, melihatkan keadaannya yang agak ‘kronik’...aku ke dapur menyapu 2 keping roti dengan jam strawberi...untuk mengalas perut atok sebelum makan ubat...tika itu, ku lihat jam di dapur..pukul 4.05pagi...dalam hati, kerisauan menerjah...semalaman aku belum dapat tidur...dengan pening kepala yang mula datang, aku risau keadaanku waktu kerja keesokan harinya...namun, ku yakinkan diri dengan pertolongan Allah di sisiku...

Sambil makan roti, ku amati wajah tua itu sedalam mungkin...menitis air mata mengenangkan atok... “ dia juga ibarat ibuku sebenarnya...tanpanya, masakan aku lahir ke dunia ini... Atok, teringin anem nak cium pipi atok...pada menyatakan rasa sayang ini pada atok...” bisik hati kecilku sendirian....tiba-tiba, atok keluarkan RM20 dari kocek bajunya...menghulurkannya padaku... “ Nah, tok sedekah duit ni kat anem...kesian kat anem...”.. “Takpala tok...simpan dulu..nanti-nanti pon boleh bagi..”.. “Nahlaa..tok nak bagi siap-siap...”... tersentak jugak aku dengan ape yang atok cakap...fikiran mula berfikir yang bukan-bukan... “ kenapa atok nie..?? tadi cakap pasal mati...ni plak, macam esok dah tak ade..” bisik hati ini lagi...aku mula takut....mmg sebelum ni, tak penah atok mengigau seteruk malam tu...lain macam gayanye...aku mula risau...

Selepas makan ubat, atok mula tidur dengan lena...tapi, aku tak dapat lelapkan mata...aku risaukan ‘kepelikan’ atok malam itu...adakah atok akan pergi?..tinggalkan kami buat selama-lamanya..?? “Takkk....tak boleh...aku belum sempat melafaz kata sayang pada atok....aku belum sempat jadi cucu yag baik utk atok...atok tak boleh pegi..” jerit hati aku sndirian, sambil dihujani air mata...aku takut nak tidur...nak duduk di sisi atok...aku takut andai aku buka mata keesokan harinya, atok pergi tinggalkan aku....tika itu juga, teringat aku pada bait2 lagu ‘lafaz yang tesimpan’...tiada lagi ertinya pengucapan, andai akhir nafas di hujung helaan.... “ Atok..anem sayang atok..sayang sangat..jangan tinggalkan anem...” aku seperti hendak mengejut atok yang mula lena dalam tidurnya...namun....

Astaghfirullahal’azim...kenapa aku boleh berfikir sejauh itu..? kenapa ku izinkan bisikan syaitan menguasai diri aku..???....andai kematian yang ALLAH tentukan...siapa aku untuk menghalangnya...?? ku istighfar banyak2 dan menenangkan hati saat itu..aku tak boleh fikir yang bukan2...segalanya mungkin kebetulan....ku lihat jam di handphone.. pukul 4.35pagi...aku kena dan perlu tidur sementara ada masa sebelum pagi menjelang...
Ku mula melelapkan mata...menghilangkan segala keresahan di jiwa.....

Alhamdulillah, tika mata kubuka pagi itu, kulihat atok masih ‘ada’...aku mengejutkannya untuk solat subuh...ternyata...atok tak ingat apa yang terjadi pada mlamnya...seolah baru terjaga dari lena yang panjang...

Ku panjatkan doa agar umur atok dipanjangkan andai itu yang terbaik buat dirinya...ku berazam...akan berbakti pada atok selagi dia masih ada...dan aku tidak mahu menyesal andai dia pergi suatu hari nanti, aku tidak sempat menyatakan rasa sayang cucu ini pada dia, atok yang ku sayang...

Friday, May 4, 2007

ASIFF JIDDAN, SAHABAT....=(





Saat dan tika ini..aku sendirian di rumah, lantaran adik-adikku ke sekolah seperti rutin harian biasa..mak dan abah pulak kebetulan ‘outstation’ ke langkawi semalam... disebabkan itulah, keberadaanku di rumah saat ini diperlukan bagi menjaga kedua adikku yang masih dibangku sekolah...


Jika kepulanganku semalam tidak diperlukan, aku pastinya bersama sahabat2 di kolej menghadapi saat-saat akhir persiapan ‘jamuan’...istilah yang sudah difahami dan sebati di jiwa ahli gerakan kampusku...ku singkap semula sedari awal, aku memang meminta izin untuk ‘excuse’ ke jamuan kali ini...kerna tarikh latihan industri ku di Hospital Pakar Metro Sungai Petani bertindih dengan tarikh berlangsungnya jamuan...oleh itu, semestinya aku tidak dapat hadir keseluruhan jamuan...tambahan lagi, bab 1 tesis ku belum betul-betul ‘complete’...sedang rakan-rakan yang lain telah menghantar hard copy mereka kpd penyelia masing-masing utk disemak sblm diedit dan dihantar secara rasminya...


Namun, entah kenapa 2 hari sebelum paper terakhirku tempoh hari, hati ini terlalu kepingin untuk hadir ke jamuan...banyak yang aku fikirkan...mungkin juga kerna saat itu, aku baru berpisah dengan seorang sahabat jua kakak paling aku sayang, kak ony...aku cuba menghitung, jika aku tak hadir pada jamuan kali ini, pastinya tidak akan aku jumpa sahabat2 final year utk kali terakhir mereka bersama-sama mengendalikan program J...tambahan pula, tiada liqa’ terakhir sebelum tarikh tiketku pulang ke rumah...


Malam itu, aku ber ‘message’ dengan seorang sahabat, menyatakan rasa sedihku akan perpisahanku dengan kak ony...lalu dia membalas... ‘ kau mungkin kehilangan kakak terbaik, tapi aku kehilangan abang, adik dan kakak sekaligus..’...sayu hatiku membaca pesanan ringkasnya...tak terfikir aku sejauh itu...mungkin kerna aku hanya rapat dengan kakak dan adik2...dan kebanyakan yang akan ‘pergi’, hanya kakak dan adik..tidak terasa sangat ‘pemergian’ mereka, abang2 yang selama ini tunggak dalam kepimpinan J...


Saat itu, ku terasa diri terlalu kerdil...siapa lagi tunggak harapan yang akan tinggal menerajui kepimpinan selepas ini..??..siapa lagi ‘kakak jua abang’ yang tinggal, seterusnya akan mengambil alih segala ‘tempat rujukan’ adik-adik yang masih ‘keliru’ jua ‘mentah’ dalam dunia perjuangan...??..segala persoalan bermain di benakku...siapa lagi kalau bukan genarasiku..??...Astaghfirullah al’azim...ku koreksi diri...ku cari sedikit kekuatan jua keyakinan yang masih berbaki dalam diri ini...mampukah aku memegang ‘title’ kakak pada adik2 ku..? mampukah aku menjadi semantap kakak jua abang dan sahabat-sahabat yang selama ini ku kagumi kemantapan ilmu jua kepimpinan mereka.?..ku tak punya jawapannya...


Namun, malam itu juga, ku pinta pendapat sahabat tadi tentang kehadiranku ke jamuan, lantaran tesis dan tiket yang telah aku beli awal untuk pulang ke rumah...dia meminta aku berkorban walau sedikit masa utk ke jamuan, kerna yang menjadi pelaksananya kali ini totally adik2...lantaran kakak2 sibuk dengan tesis, viva dan segala urusan akademik yang tidak kurang aulanya..lalu dia menawarkan, akan ‘sponsor’ tiketku pulang ke Penang selepas menghadiri jamuan, lantaran tiket awal yang terpaksa di ‘burn’kan jika aku menghadiri jamuan...saat itu, menitis airmataku menyedari ketulusan jua pengorbanan sekeping hati suci...kerna ku tahu, keadaan kewangan sahabatku itu yang nyata lebih ‘sempit’ berbanding diriku...masihkah aku mahu berkira-kira utk hadir ke jamuan, hanya disebabkan harga tiket yang terpaksa dilayangkan begitu sahaja..?..oh Tuhan..terima kasih kerna hadirkan aku sahabat yang mungkin secara tidak sengaja menyedarkan aku tentang erti perjuangan dan pengorbanan sebenar...apalah sangat harga yag aku bayar dengan harga sebuah pengorbanan suci demi menegakkan Deen Mu yang tertinggi...


Teringat aku pada kisah kemurahan hati sahabat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Sayidina Uthman bin Affan...tika kemarau melanda bumi Mekah, ramailah para peniaga dan pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barang dagangan sehingga kepada barang keperluan harian lantaran hasil tanaman penduduk yang tidak menjadi...disebabkan hal tersebut, ramai penduduk tidak dapat membeli kerna harga yang diletakkan terlalu tinggi.. berganda-ganda berbanding biasa...


Tampillah suatu hari, Sayidina Uthman dengan barang dagangannya yang berada di atas sejumlah ratusan unta, pastinya dengan nilai yang terlalu tinggi, mengumumkan di khalayak ramai di pasar.. “ Siapa yang sanggup memborong barang daganganku dengan harga 700 kali ganda...??..” lalu terkejutlah para pedagang yang hadir...ada yang menyangka Sayidina Uthman tidak siuman meletakkan harga yang terlalu tinggi itu, dan ada yang berkata “ Walau sebijak mana pun seorang peniaga, tidak mampu mengembalikan pusingan modalnya jika membeli dengan harga 700kali ganda”..lalu, Sayidina Uthman kembali bersuara.. “ Jika tiada hamba Allah yang mahu membeli barang dagangan tersebut...aku infakkan semuanya kepada fakir miskin di seluruh pelusuk negara..”...Terkejut Sayidina Abu Bakar mendengar bicara sahabatnya itu..hanya dengan membalikkan telapak tangan, segala miliknya hilang...namun, ternyata firman Allah di dalam surah Al-Baqarah(2):261 menjadi pilihan jawapan bagi Sayidina Uthman Affan ... “ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”...Masya Allah...


Saat itu juga, ku koreksi diri...walau diri tidak mampu menjadi semulia sahabat Nabi, tapi cukuplah dengan harga tiket itu, ku korbankan ia demi kehadiranku ke jamuan...lantaran tesis pula, aku telah merancang untuk menyiapkannya sepanjang cuti ini..walau mungkin dengan kesibukan ‘praktikal’ dari 8 hingga 5, akan ku curi masa untuk tesisku, segalanya dengan izin drNya jua...moga bukan kecil pengorbanan, tapi nilai suci keikhlasan yang Allah pandang jua ganjarkan..sedari saat itu, hatiku nekad untuk hadir ke jamuan...semangat untuk bergerak kerja menerjah tiba2...mungkin terlalu rindu pada suasana dan biah semasa bergerak kerja, kerna dalam sebulan kebelangan ini, program J mula menyepi dan di ‘bekukan’ buat sementara waktu, kerna memberi laluan kepada semua ahli menumpukan perhatian pada jihad akademik...


Aku mula berjumpa seorang pimpinan, juniorku..bertanya perkembangan jamuan dan menawarkan diri untuk menyumbang dan menampung mana yang lompang...lalu aku diletakkan dalam ‘posisi’ bengkel..kerna aku ada sedikit pengalaman dalam bidang itu...ku terima segalanya dengan hati yang lapang jua terbuka...setelah habis exam, ku bercadang berjumpa mereka yang melaksana...agar mudah ku tahu segala perkembangan... namun, langit tidak selamanya cerah...keesokan paginya, sebelum menduduki exam terakhir, ku terima panggilan dari abah..mengatakan aku perlu pulang ke rumah kerna kebetulan kedua mak dan abah menghadiri kursus di langkawi...ohh Tuhan...hikmah apakah yang Kau sembunyikan....hingga nekad dan azamku terpaksa ku lupakan...menangis juga hati ini, mengenang ketidakupayaanku mengubah suatu keadaan..namun, ku akur...ketentuanMu lebih bermakna mengatasi segalanya..permintaan ayah bonda tidak mampu ku tolak...terus ku hubungi sahabat menyatakan keterpaksaanku pulang ke pangkuan keluarga...walau berat, namun, dia menerimanya...kerna kami tahu, ada hikmah di sebaliknya...


Kerna itulah saat ini, ku terkenang sahabat2 dan adik2 yang mungkin terkontang-kanting menyediakan persiapan untuk jamuan...paling hatiku sayu, aku tidak dapat bertemu dengan sahabat2 tahun akhir yang akan meninggalkan sesi pengajian selepas ini...entah bila akan ada pertemuan ke sekian kali..??...ku rindu kalian...ASIFF JIDDAN kerna mungkin dalam ketidakupayaanku ini, ku melepaskan tanggungjawab pada jemaah, juga agama...ampunkan hambaMu ini, Ya Rabb...


Tika ini juga, terimbau kembali saat suka duka tika bersama kalian semua mengharungi mehnah dalam perjuangan di medan kita...walau medan ini kecil...tidak sepayah dan se-gah medan perjuangan para nabi, tapi inilah sunnah perjuangan...walau kecil pengorbanan kita dalam perjuangan ini, bukan hasilnya yang Allah pandang..tapi usaha kita menabur budi jua ‘memberi’ dalam medan sekecil perjuangan kampus...
Bagaimana untuk ku lalui lorong sempit perjuangan ini, tanpa suluhan cahaya sokongan dari kalian, duhai sahabat...semangat ini kian luntur mengenang jumlah para pejuang yang kian sedikit menelusuri tiap generasi...namun, jua sunnah orang berjuang...yang sedikit tidak bererti lemah...yang banyak tidak bererti kuat...buktinya dari selembar seerah peperangan badar...mengungkap kasih jua kekuasaanMu, Yang Maha Berkuasa..


Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, thabatkan hatiku pada agamaMu, ketaatan terhadapMu, jua jihad di jalanMu...


Buat kalian sahabat seperjuangan....ku doa hati kita sentiasa thabat dalam menelusuri jalan dakwah...doakan hati-hati sahabatmu yang ‘tinggal’ ini teguh dan utuh walau dengan seberat mehnah jua ujian dalam mengharungi hidup seorang pejuang...
Moga Allah janjikan pertemuan yang lebih bererti buat kita..walau mungkin bukan di dunia ini, tapi insyaALLAH...di jannahNya kelak....ameen....


Salam ukhuwwah lestari selamanya buat semua sahabat seperjuanganku...dulu, kini dan selamanya.... “SUNNAH ORANG BERJUANG”...khas buat kalian....

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Di pisah dia berkelana
Di belenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap maha memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga iu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

BERAT HATI INI MELIHAT KAU MELANGKAH PERGI...


“ Pertama-tama dan selama-lamanya kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya..kita masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam pada saat ini..”...ungkapan ini masih segar terngiang-ngiang dalam benakku akhir-akhir ini..malah, ungkapan ini jua mengingatkan aku pada seorang insan yang amat aku sayang...ungkapan inilah yang akan mula-mula skali di ucapkan oleh dia tiap kali memulakan bicara dalam sesi tazkirah di surau selepas maghrib...

Namun, saat ini..hatiku hiba..diselubungi duka..walau dalam kekangan exam..ku gagahkan jua diri ini untuk mencoret...tak mampu lagi ku bendung sarat gelodak jiwa jauh dalam hati ini...hakikatnya, tak tertanggung segala kesedihan menghadapi saat perpisahan...perpisahan dengan dia yang selama ini ku kagum jua sanjung...Kak Ony...

Kepetahannya dalam berbicara tiada tolok bandingnya...kehadiran dia membawa keceriaan dalam ‘taman-taman syurga’ saban hari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba...tanpa dia, terkadang timbul rasa rindu di hati pendengar setia segala celoteh ilmu dari kak ony...tiap hari, ada sahaja perkongsian antara kami..walau pada sekecil-kecil isu, sehinggalah kepada masalah umat akhir zaman dewasa ini....hadirnya dia, menyemai benih ukhuwwah antara kami...siapa yang tak kenal pada kak ony..?? dia disenangi ramai orang, baik kawan mungkin juga lawan....peribadinya yang luhur menjadikan aku menyanjungnya sebagai seorang kakak istimewa di hati ini...tika diri diselebungi masalah dan tekanan...segalanya hilang bila menatap senyuman kak ony...diri yang sedih boleh jadi gembira...hilang segala duka...

Mungkin dia tak tahu...tapi cukuplah hati ini tahu, pernah hadir seseorang yang menemani sunyi jalanku mencari redha Mu...sering aku keseorangan dalam meniti jalan dakwah..sering aku keseorangan meniti senja menunaikan amanah seorang daie...tapi di situ...kak ony hadir menghulurkan sejambak ukhuwwah yang terlalu indah dan berharga buat aku...dia tempat aku mengadu tika tiada siapa yang mahu mengambil tahu...dia tempat ku luahkan kekecewaan menghadapi dugaan...dia jua yang membangkitkan semangat perjuangan tika diri rebah di pertengahan jalan...

Kak ony...lepas nie..sape lagi nak teman Anem gi program?..Kak Ony...lepas nie, sape lagi nak dengar masalah Anem..?..Kak Ony...agaknye, ceria lagi ke sesi tazkirah kat surau nanti..? tanpa kak Ony..? tanpa celoteh dan senda gurau dari kak ony..? kat mane lagi dapat Anem jumpe orang yang dapat hilangkan duka Anem hanya dengan senyuman di wajahnya..??...akak...tak sanggup Anem lepaskan akak pergi...terasa sunyi hati ni....terasa sunyi ‘jalan’ Anem lepas nie....akakk.....=(

Siapa Anem untuk halang akak pergi...dah tiba masanya akak melangkah ke satu dunia realiti...kehidupan yang mungkin lebih banyak cabarannya berbanding diri seorang yang bergelar siswi...mungkin medan akak lepas ni lebih besar...lebih berat tanggungjawabnya... dan mungkin suatu hari akak akan punya keluarga sendiri...Anem akan sentiasa doakan kebahagiaan akak....

Perpisahan seperti ini lumrah bagi manusia...Anem pun pernah alaminya dulu, kak...Kak Nora, kak Izny...kenangan dengan mereka masih segar dlm ingatan Anem..walau kini, masing-masing punya kehidupan sendiri...Anem takkan lupakan insan yang terlalu Anem sanjung...tanpa mereka, tak mungkin Anem seperti Anem yang sekarang...kerana akak-akak lah..Anem kenal erti perjuangan...kenal erti kematangan dalam meniti arus kehidupan...

Akak...Anem belum bersedia untuk bergelar kakak pada adik-adik kita...peribadi Anem tak seluhur peribadi akak...terlalu banyak kurangnya dalam diri ni untuk jadi idola ramai seperti akak....

Akak...terlalu berat untuk Anem lepaskan akak pergi...ukhuwwah yang terjalin antara kita terlalu indah dan bermakna...tak mungkin Anem dapat di mana-mana... Memori bersama, Anem doa takkan luput antara kita...Anem akan rindu akak lepas nie...rindu yang amat...=(

Moga ukhuwwah ni takkan luput sampai bila-bila...walau mungkin tiada lagi pertemuan di dunia...Anem doa Allah janjikan pertemuan kita di syurga...Anem akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan seorang kakak yang paling Anem sayang....kak Ony...

Semoge berjumpa lagi, akak...

Ya ALLAH, sebagaimana Kau jadikan pertemuan kami pertemuan yang Kau redhai... jadikanlah perpisahan kami perpisahan yang Kau berkati...Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

SIAPA KITA..?? LAYAKKAH KITA..??



Saat ini…hati terasa sayu…mengenangkan kalian..sahabat handai…dulu, kini dan selamanya…tersingkap segala memori lalu...tika kita bersama, mengharung segala onak duri dalam perjalanan bergelar kehidupan...suatu masa dulu, jarang ku hadapi segala kesulitan dalam pertalian bernama persahabatan…mungkin saat dulu, jalinan erat terhubung bersama kalian yang memahami hati jua keadaan diri…namun, tidak selamanya diri kan disenangi... tidak selamanya diri kita disayangi...ku pasrah pada segala ketentuanMu Rabbi..Kau yang lebih berhak pada segala pemilik hati...

Tika ini jua..terkenang aku pada hakikat sebuah persahabatan...apa yang perlu ada dalam sebuah jalinan suci bernama persahabatan..? Selama ini, jarang ku temui mereka yang mengkhianati..jarang ku berdepan dengan mereka yang sanggup menyakiti...namun, ku terima seadanya...apa yang kulalui ketentuan dariNya jua yang punya segala hikmah untuk ku pelajari demi mematangkan diri...

Sahabat....ingin ku lontarkan segala persoalan jauh di lubuk hati ini...terkadang tidak sanggup ku hadapi segalanya...apa dayaku untuk menolak segala cacian jua prasangka orang..? apa dayaku untuk melahirkan bibit kemaafan di hati kalian..?

Sahabat...siapa kita untuk menghukum seseorang..? fitrah kejadian insan...tiada yang lebih sempurna melainkan Tuhan...ku akui, diri pernah melakukan kesalahan...diri pernah menyakiti kalian...ku akui segalanya kerna ku sedari diri ini tidak pernah lepas dari kelemahan jua kekurangan...Namun, ingin ku bertanya...siapakah kita untuk terus menghukum seseorang atas kesilapan yang pernah dilakukan?...terkadang...kita tuntas menghukum...menaruh segala prasangka...kerana kita nampak kekurangan orang... namun, pernahkah kita koreksi hati sendiri...kita jua pernah melakukan kesalahan...dan setiap kesalahan...pasti terampun tika hati thabat mengungkat kalimah taubat.... sedang Nabi ampunkan umat...inikan pula kita yang tidak lari dari melakukan kesalahan...hulurkan kemaafan..kembalikan kemesraan...eratkan kembali suatu jalinan...

Sahabat.....siapa kita untuk membenci seseorang..? fitrah kejadian insan...tiada yang lebih mulia melainkan Tuhan....tika hati kita merasakan benci pada seseorang... pernahkah hadir kesedaran bahawa hakikat diri kita ini hina...? tidak salah kite membenci sikap buruk seseorang...tapi perlu hadir kesedaran untuk kita iktibarkan diri dari sikap itu, agar ia tidak menjadi sebahagian dari akhlak kita....namun sahabat...layakkah diri kita yang hina untuk membenci org lain..? siapa kita untuk membenci..? NauzubiLLAHi minzalik...

Sahabat....siapa jua kita untuk memandang rendah pada diri seseorang..? Layakkah kita memandang rendah diri orang lain yang mungkin hakikatnya punya kelebihan mengatasi diri kita..? tanggapan kita tuntas berbolak balik dan bias...pada kelebihan jua kelemahan seseorang...tika kelebihannya kita sanjungi...pastinya ia akan hilang tika ia terpalit walau sedikit cacat dek kelemahan jua kesalahan yang dilakukan....namun, wajarkah kita hilangkan segala kebaikan orang pada kita kerna sedikit keburukan yang telah dilakukannya..?..sempurna sangatkah diri kita untuk menghukum mereka sebegitu rupa..?..Tepuklah dada..tanyalah hati yang sering menilai....namun, penilaian hakiki, hanya pada hati yang sering tunduk di telapak Ilahi....hati yang memandang dunia dengan pandangan mensyukuri segala kelebihan jua meraikan dan meredhai segala kekurangan....

Sahabat....siapa kita untuk mencari kelemahan dan kekurangan diri seseorang...? Layakkah kita menghakimi seseorang hanya pada kelebihan?...wajar juakah kita menghukiminya hanya pada kelemahan..? kita sering menghukum seseorang kerana kesalahannya yang terlalu jijik di mata kita, persis diri kita ini terlalu sempurna dan mulia...sedarilah diri jua hati...hanya Dia yang lebih layak untuk menghakimi...

Sahabat....lapangkanlah hati...kerana ia serendah-rendah ukhuwwah yang bersemi... bukalah hati untuk memaafi...kerna akan hadir seribu satu keindahan yang menanti...terimalah seseorang yang hadir dalam kehidupan ini seadanya dia...kelebihannya kita syukuri, kekurangannya kita rai dan redhai....itu lebih bererti kerana hakikat diri kita yang tidak layak membenci jua menghakimi....

Sepuluh jari kususun...demi memohon ampun jua maaf atas segala kesalahan dan kekurangan diri...diri ini tidak pernah sempurna...kerna itulah...kekurangan tiap insan ku terima seadanya....jua ku pohon, agar kalian sahabat handai...dapat menerima diri ini seadanya ciptaan Ilahi...moga segala yang berlaku menjadi azimat untuk kita lebih memperbaiki kelemahan diri, menjadikan kita insan yang lebih matang jua lebih baik dari hari ini...ameen ya Rabbal ‘alamin....

SAHABAT...APA YANG ADA PADA KESIBUKAN DUNIAWI..??

Jam tepat 10.40malam..aku baru balik dari kuliah fiqh kat kolej...alhamdulillah.. pengisiannye best..memberi kesan dalam hati...mungkin disebabkan pentazkirahnye yg tenang mata jua hati memandang...dalam hati teringin memiliki wajah jua akhlak seindah ustazah tadi...yg lebih kami kenali sbg ’kak teh’...apa yg tersirat di ’dalam’, akan refleks pada apa yang tersurat di ’luar’...

Sejernih wajah yang dipandang...sejuk hati yang memandang...lahir dari keutamaan segala pandangan...itulah PANDANGAN ALLAH...letaknya jauh di lubuk hati yang suci murni...Ya Allah...sucikan hati ini..bersihkan jiwa ini...

Namun, sepjg berada dlm ’taman syurga’ tadi..aku terkenang sahabat2 di rumah...mesej dah aku hantar bgtau ade kuliah fiqh mlm nie...dgn harapan semua akan dtg..mesej lisan pon aku dah buat...bgtau sorg sahabat...minx sumer turun...tapi harapan aku musnah...kelibat diorg aku xnampak...

Ya Allah..pelihara hati ini dari sifat ujub jua bangga diri..aku akui..kesibukan aku jua sahabat secourse mmg semakin menekan dari sehari ke sehari...dgn tesis..exam yang semakin dekat...dgn info tesis yg tak jumpe2...mcm2 masalah...kalo bagi kertas A4, xcukup nak list down sumer masalah...tapi tu sumer depends pada diri yang menerima.. kalau berat..beratlah segalanya...kalau ditangani dengan hati yang bersyukur dgn nikmat senang jua susah..insyaAllah... Dia akan bantu kita...

Sahabat...apa lagi daya diri ini untuk bersama2 kalian menghadapi susah jua senang...?? bila diri ini tiada bersama tika kalian bersantap, berborak bersama... menghabiskan masa gembira bergelak ketawa...kalian berkata, diri ini tidak pernah menunaikan hak sahabat...tika diri ini keseorangan mencari ketenangan walau pada suntuknya masa demi santapan rohani diri jua amanah pada Deen tertinggi...diri ini dituduh mementingkan diri..segalanya ku terima demi proaktifnya diri...tapi mampukah hati ini berdepan bila segala ajakan ke majlis ilmu..di ’tolak’ dengan ’kesenyapan’ jua diam dari kalian..?? bukan hak diri ini yang dituntut..tapi cukuplah hak pada diri kalian, ditunaikan...segala alasan boleh kite beri...sebuk dgn tesis...xde duit nak naik teksi..nanti xde mase nak study...everything...! cukuplah..kesibukan dunia ni hanya ujian utk diuji sejauh mana iman dalam hati mampu mengingati Dia dlm lapang jua suntuk..

Takde mase nak buat tesis...tapi boleh pulak kite main games...tgk cite2 yang xbg manfaat pon pd hati..xde duit nak naik teksi pegi majlis ilmu...tapi boleh pulak kite shopping ape yg tak perlu...ape lagi?..senaraikanlah segala alasan...tapi sblm beralasan..tanye dulu iman dalam hati...jgn tanye nafsu yang menguasai...

Terase sdeh dlm hati bila terkadang, tiada teman untuk ke majlis ilmu...menangis iman di dalam hati..bukan kerna niat tak kesampaian...tapi kerna tiada sahabat yang boleh melayan...segala ilmu tersedia..xperlu susah payah membuat kertas kerja...tapi jika hati tidak mahu mencari selautan ’kemanisan’ dari setitis ’kepahitan’...terpulanglah pada diri yang punya hati....

Buat mereka yang bergelar sahabat..ini saja titipan dari hati yang xmampu berdepan dengan keadaan...hati yang tak kuat menerima segala alasan... semua ni jua peringatan buat diri yang terlalu hina ini..diri yang takkan sempurna...

Sahabat...hidup nie hanya sementara..kalau kesibukan dunia yang kita utamakan...apa lagi yang boleh kita dapat selain kepenatan jua ketidakpuasan...tiada yang lebih penting dari ketenangan dalam ketaatan....biarlah diri kita sibuk..tapi santapan rohani, jangan kita abaikan..kerna ia juga punya hak yang perlu kita tunaikan...sedikit masa yang kita peruntukkan untuk Dia, insyaAllah akan dibalas dengan kelapangan yang tak akan disangka2...Ya Allah...cukuplah ketenangan yang Kau beri dalam kesibukan menghadapi segala tekanan duniawi...

Ya Rabbi..beri kekuatan pada kami untuk mensyukuri nikmatMu, untuk sentiasa mengingatiMu, jua menunaikan kebaikan dalam beribadah kepadaMu....

Sekadar perkongsian..kata2 dari seorang kakak yang disayangi FILLAH.... Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan berbagai bentuk ujian..namun,tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,memberi suntikan semangat perjuangan...alirkan halawatul ukhuwwah, melalui RABITAH HATI...syukran jazilan buat kak Ony..kerna sentiase disisi tika hati ini memerlukan teman dan sahabat untuk memahami...special dedication nie..=)

Ya Rabb...ampunkan diri ini...AstaghfiruLLAHal’azim..

PERPISAHAN KESEKIAN KALI...

Astaghfirullahal’azim…ampunkan dosa hambaMu ini Ya Rabbi…untuk kesekian kali Kau uji lagi hati ini dengan perpisahan...ampunkan aku jika aku lalai tidak mensyukuri ‘tarbiyyah’Mu ini....kerna hakikat hati ini terlalu lemah pada ujian jua rintangan yang Kau beri…

Ya Allah…pada siapa lagi mampu ku pulangkan segala resah…pada siapa lagi dapat ku rayu jua berserah..hanya padaMu jua ku titipkan harapan dan sandaran…

Terkadang hati tertanya, apa yang ada pada suatu pertemuan?...suatu ketika, aku tak pernah mengharapkan pertemuan...kerna aku tau, aku tak mampu menghadapi perpisahan...aku tak mampu...aku kalah pada keadaan...

Namun, bila Kau hadiahkan pertemuan pada aku...aku gembira...walau itu bukan permintaanku...aku bersyukur dan menghargai ’pemberian’ yang Kau beri..dan kini aku sedar, aku lalai pada pertemuan...aku tak terfikir pada hakikat hidup ini...perpisahan yang akan menjengah selepas suatu pertemuan...Ya Allah...aku tak bersedia menghadapi perpisahan...aku rindu pada pertemuan...apa daya aku..?...aku tak mampu menahan suatu perpisahan....

Ya Rabb....aku sedar..tersembunyi segala hikmah disebalik perpisahan yang Kau janjikan...perpisahan mengeratkan jalinan kasih sayang...mengikat kembali tali rindu yang terungkai setelah pertemuan....dan yang pasti...tersimpan janji setia pada suatu pertemuan yang akan kekal dengan izin dariMu jua...pertemuan yang akan ’lebih baik’ berbanding pertemuan yang lepas....

Ya Allah....Kau Yang Maha Mengetahui tiap ape yg tersirat jauh dalam hati kami...Kau jua yang menghubungkan kami....walau pedih yang aku rasa..walau sakit yang aku lalui...aku pasrah pada ketentuan Kau Yang Maha Tinggi...aku kembalikan kasih yang bersemi pada Kau Yang Lebih Layak Memiliki...

Doa suci kupanjatkan demi kesejahteraan mereka yang aku sayangi...Kau thabatkan hati kami agar sentiasa teguh dalam perjalanan ini...Kau pelihara hati kami agar sentiasa tenang dalam ketaatan padaMu, redha dalam kehambaan terhadapMu, memiliki jiwa seorang hamba jua hati seorang ’abid...

Ya Rabbi...beri hati kami kekuatan menghadapi perpisahan kali ini...ketabahan mengharungi sunyi ranjau ini, ketenangan jua keyakinan terhadap segala janjiMu pada suatu jalinan yang akan Kau eratkan atas dasar cinta jua kasih padaMu jua....

Salam rindu jua kasih ini pada Kau Yang Mencipta Kasih dan Sayang ... pada mereka yang memiliki kasih dan sayang jua pada mereka yang aku sayang....

DUSTA DAN PERCAYA...

Dusta...Percaya...dua kata berlainan makna...

Mungkin tiada kaitan tapi boleh bersangkutan...sukar utk percaya pada sesuatu yang bersifat dusta...namun, mana kan hadir percaya jika kita mempercayai dusta...

Apa yang ada pada DUSTA..?? keseronokan...? kegembiraan..?? dan pastinya KEPUASAN pada pendusta...i guess...

Apa pula istimewanya PERCAYA..??! ia asas dan permulaan segalanya..kejujuran...ketelusan..jua KEBENARAN...paling penting...titik tolak sebuah jalinan PERSAHABATAN...kita punya ramai kawan...rakan..tapi tak semua rakan taulan atau kawan boleh bergelar sahabat jua teman...bezanya hanya pada percaya....or mungkin banyak lagi...tapi kerna PERCAYA...kita dapat berkongsi segalanya pada insan yang kita gelar SAHABAT jua TEMAN...

Apa erti persahabatan jika tiada percaya..??

Tersimpul lagi kah IKATAN jika PERCAYA dibalas DUSTA..??.bak susu yang diberi, tuba yang dibalas....

Teguh lagikah tiang PERCAYA jika pepasirnya dihakis ombak DUSTA..?

Erat lagikah ukhuwwah FiLLAH jika hati berpaling dari seruan ILAH..?

Siapa punya jawapan semua ini...?..ku tak pasti...


Entah kenapa saat ini...hati terpanggil mencoret sesuatu yang tersimpan jauh dalam hati...ku sendiri tak pasti kenapa diri ini turut 'terseret' dalam konflik dua hati...tapi ku yakini...tiap ketentuan-Nya terselit pelbagai hikmah yang tak akan sia-sia pada diri jua kehidupan ini...

Kadang aku tertanya...mengapa perlu ade dusta dalam hubungan dua hati yang insyaAllah bersandarkan cinta Ilahi...??aku tak pasti..jika sandarannya cinta Ilahi..tak mungkin terselit sifat yang jauh dari kemurnian sifat mahmudah...namun, aku akui...manusia tak lari dari kesilapan jua kelemahan....

Terkadang, kita cenderung melakukan sesuatu demi kepentingan peribadi...kita tak peduli pada perasaan orang yang pernah hadir dalam diari hidup ini...segalanya demi mencari kepuasan dalam diri...menceritakan konon diri punya segala kelebihan jua budi pekerti yang tinggi...

Apa yang kite peroleh jika kasih dan sayang yang kita terima hanya berasaskan kepura-puraan dan dusta semata...??Cinta..kasih dan sayang bersifat murni..tak mungkin hadir dalam diri yang tidak mengakui kelemahan sendiri...egois..hipokrit... NauzubiLLAHiminzalik...hindarkan aku dari segala sifat itu ya Rabbi...

Terkilan diri ini menyaksikan pendustaan pada dua hati yang mempercayai..seorang sahabat dan kekasih...

Apa dayaku untuk menyingkap dan membongkar segala cerita dusta.??..diri ini tiada daya...walau ku tahu kebenarannya...ku tak sanggup melihat sekeping hati seorang kekasih yang menyayangi kecewa pada hubungan yang dianggapnya tulus dan murni...sedang hakikatnya...dia sedang didusta...

Jua tak mampu ku melihat sekeping hati seorang sahabat yang selama ini penuh percaya pada sahabatnya itu hilang dan musnah sama sekali...sekali kita hilang percaya...sukar untuk dibina semula segalanya sejak mula....

Biarlah semua ini berlalu...ku doa hati yang berdusta kan sedar...akan erti kebenaran..kejujuran dan ketelusan dalam suatu hubungan...

Kasih dan sayang yang hadir biarlah bersandar pada ketulusan hati satu sama lain menerima diri kita seadanya...mensyukuri segala kelebihan dan meraikan segala kekurangan...siapa kita dulu dan masa akan datang bukan pengukur ketulusan cinta sejati..tapi siapa kita pada hari ini dan masa sekarang penentu kasih sayang antara teman...

Semoga diri ini lebih menghayati erti kasih sayang...dan menghindari pendustaan...kerna tiap dusta yang disembunyikan..tetap kan terbongkar...mungkin bukan di dunia ini..tapi pastinya di akhirat nanti...insyaALLAH....

Ampunkan diri ini ya ALLAH..

DUA NIKMAT YG SERING DILALAIKAN...

Seringkali ku dengar tazkirah ini…ada 2 nikmat yg sering dilalaikan oleh insan iaitu SIHAT DAN LAPANG….mungkin tak siapa menduga..sihat tue suatu nikmat paling berharga…insan, mmg pelupa…waktu kite sihat, jarang kita ingat pd Allah…pemberi segala kenikmatan yang bersifat sementara…tapi…waktu kita sakit….bibir tak henti menyebut ALLAH…kalimah itu paling mudah disebut…doa tak henti2 ditadah..pada siapa lagi kita meminta, selain Dia, tempat kembali jua PEMBERI segalanya…
Ampunkan aku Ya Rabb…ku sering alpa…Kau disisiku tiap saat, namun, sering ku lupa ‘kehadiranMu’ sehingga diri terasa perlu…lalu Kau ku seru…AstaghfirULLAHal’azim…

Coretanku kali ini bukanlah ttg ketinggian nilai sihat…tapi hati terpanggil mencoret secebis rasa jauh di sudut hati ini ttg erti lapang….

Sem baru bermula, hampir 2 minggu kuliah berjalan…namun alhamduliLLAH…bebanan kerja pengkuliahan belum menggamit aku…namun, hidupku tak bererti tanpa gerak kerja demi dakwah…sepanjang cuti, otak tak henti berfikir tentang urusan dan amanah yang terpikul di bahu…tarikh program makin dekat…banyak yang belum aku settlekan…tak menang tangan jika semuanya aku tanggung seorang…alhamdulilILLAH…ada sahabat2 membantu..tanpa kalian, terkontang kanting diri seorang…

Almost tiap petang, aku stay back kat fakulti sbb ade meeting...kadang rase penat sgt…balik kolej jalan sorang2…kadang rase takut jugak sbb byk kes ragut, rogol…n everything yg seram kalo aku fikirkan…tapi ape lg daya aku?...selain terpaksa meredah senja seorg diri…kene berfikiran positif n beranikan diri..plg penting TAWAKAL pd Dia yg MAHA MELINDUNGI…dulu…ade teman di sisi….tapi skrg, jarang org nampak aku berdua…ke mana pun, seorang….walau kadang aku sunyi…tapi hidup kadang tak menjanjikan banyak pilihan….aku pasrah…

Setibanya aku di pintu rumah (apartment kolej), housemet dgn perihal masing2…tak seorg pon peduli kepulanganku…kdg, diorg bergurau senda bersama, ber ‘diskusi’ ttg mcm2 perkara…tp jarang pedulikan diri nie…terasa diri ini asing di kalangan diorg…walau diri di tengah ramai…hakikatnya, aku tetap SEORANG….mungkin ada yg peduli…tapi jarang memahami hati…

Bila malam…hati resah gelisah…. otak ligat fikirkan segala mcm yg perlu aku buat utk selesaikan sgl urusan program…contact ramai org utk itu..ini..n everything…kdg, planning utk study terpaksa aku batalkan sbb kepala dah pening…masa pon xbyk…badan pon menuntut hak utk rehat…tika diri yang seorg ‘bz’ dan pening sendiri…ku terpandang rakan2 di ruang rumah…gelak ketawa..bergurau senda…mengisi masa yg ‘sgt lapang’ dgn aktiviti yang menggembirakan…tgk vcd…n mcm2 lagi…terkdg, hati cemburu...
“banyaknya masa korang….main game..tgk cd….teringin aku nak join…tp…beban amanah nie…sape yg faham?...”…dalam hati tertanya… “kenape korg tak study?...sdg aku, tercuri2 masa utk study…tak byk ms nak layan sgl kehendak hati…

UJIAN…semua ni ‘cabaran’ getir dalam diri nie…bila kita punya banyak masa...kita jarang menghargainya...tapi bila kita kesuntukan masa..segalanya serba tak kena...inilah nikmat yang jarang kita syukuri kehadirannya...Alhamdulillah Allah sebukkan diri ini dengan segala amanah dakwah...sekurang-kurangnya masa aku 'lebih terisi' dengan 'sesuatu'..walau kadang penat menerjah...walau kadang tak punya masa untuk diri sendiri...aku perlu sedar....masa, diri, dan juga segala isi dunia ini bukan milik mutlak diri seorang hamba...tapi milik-Nya jua yang bergelar Pencipta....biarlah hiburan hati ini bersama sahabat sefikrah yang sentiasa bersama dalam jalan dakwah…walau mungkin hiburan kami tak menyeronokkan spt org lain…walau hiburan kami pada pahit getir perjuangan demi Deen yg tertinggi…tapi itu lebih bermakna pada pandangan –Nya, kerna hanya kasih dan sayang jua redha-Nya yang didamba…insyaAllah…

Ya ALLAH…terima kasih kerana Kau beri aku peluang ‘mengisi’ masa lapang yg Kau beri, dgn kerja dakwah demi Islam….walau sukar jalan ini…walau sunyi yang aku lalui…aku tetap redha..kerna hanya ini jalan TERBAIK menuju redhaMu di dunia ini jua akhirat nanti…walau diri tak punya siapa di sisi….walau tiada lagi hati yang akan memahami….Kau tetap di sanubari…teguhkan hati ini agar sentiasa thabat dan istiqamah dalam jalan dakwah….terimalah niat suci jua sekelumit usaha murni dari sekeping hati anugerahMu Ilahi…demi ISLAM yang ku sanjung tinggi…

Dalam diri yang seorang….teringat aku pada bait dan lirik lagu ini…
Buat SAHABAT seperjuangan…jua TEMAN di sisi yang sentiasa memahami…hadir kalian anugerah tak ternilai…doaku mengiringi kalian moga kita sentiasa dalam lindungan jua peliharaan Ar-Rahman…aminn....

DUNIA YANG SEPI

ALANGKAH SUSAH MENDAPAT KAWAN
BUKAN KENALAN DIZAMAN INI
BERPUNCA DARI HATI YANG ROSAK
KERANA DUNIA MEMAUTNYA….

ALANGKAH SUSAH MENCARI KAWAN
KEBAIKAN KITA DISOROKNYA
BAHKAN DIDENGKINYA PULA
KEJAHATAN DICANANG MERATA…..

SALAH YANG SIKIT DIBESARKAN
YANG BESAR APATAH LAGI…
ALANGKAH SEPI DUNIA INI
WALAUPUN HIDUP DI TENGAH RAMAI…

KERANA KAWAN TIADA LAGI
YANG ADA HANYALAH DI JALANAN....

p/s:lagu ni mungkin simple...tiada yang menarik pada bait2nye...tapi jika dihayati...tersirat 1001 makna mendalam...tangkap nangis..huhu...moge kite sentiasa dapat koreksi diri menjadi sahabat yang lebih baik dan terbaik..insyaAllah...

ANDAI ADA KASIH...

Alhamdulillah...hingga saat dan tika ini..ku masih diberi kesempatan menikmati nikmat teragung...iman dan islam...

Dalam nikmat sihat dan lapang yg kunikmati sehari2, terkadang, terlupa hati ini untuk sujud mensyukuri segala pemberian Ilahi..ternyata..insan bersifat pelupa...ku hanya hamba...ampuni daku, duhai Pencipta...

Kasih dan sayang...jua nikmat...anugerah tak ternilai...buat hati insan yang dahagakan belaian...alhamdulillah....tiap saat, diri ini Kau sayang...jika tidak, masakan dapat ku hirup udara segar, masakan dapat ku nikmati segala kurniaan Mu yg tak ternilai dalam melayari bahtera kehidupan...

Namun...aku masih lupa...aku leka jua alpa...semua ini hanya pinjaman semata...bersifat sementara...kasih jua sayang yang ku nikmati ingin ku miliki...sedang diri ini tak berhak pada segalanya...kerna diri jua keinginan ini, adalah milik-Mu jua...ya Rabb...

Andai ada kasih...kembalikan pada Dia...kerna Dia tempat kembali segalanya...rindu, kasih jua sayang...milikMu yang kekal....

kusedari diri ini hanya hamba...ku kembalikan segalanya padaMu Yang Mencipta....ku serahkan segalanya padaMu Yang Memiliki Segala...kerna di situ, hadir sebuah ketenangan...dalam diri yang penuh keresahan...

Terima Kasih Ar-Rahman...rahmat kasihMu seluas lautan....dambaan tiap insan...

KETANDUSAN JIWA YANG MEMAHAMI....

“ Bumi Wakafan kini kehilangan….ketandusan jiwa yang memahami…perjalanan bagai tak berkemudi…..”

Lirik-lirik ni menggamit rinduku pada bumi itu…rindu yang amat…rindu pada biah, tarbiyah, dan segala memori dulu…namun, apa daya aku? Tak mampu utk ku putar semula masa dulu…

Namun, coretan kali ini bukanlah niatku utk menyingkap semula segala kenangan suka duka tika permukimanku di bumi itu…

“ Tika mata itu memandang, pasti terasa nikmat Tuhan…tika hati itu bisiknya berkumandang, pasti ada yang diinginkan….inginnya teman seperjuangan yang berkasih sayang kerana Tuhan…dipupuk hatinya kerana IMAN, bagi menapak CINTA sesama insan…”

Entah kenapa sayu hatiku melihat kembali kata2 azimat ini…yang kuterima dari seorang kakak…kedua-dua bait kata-kata yang ku coret di atas mungkin tiada kaitannya…tapi bagi diri yang memahami, pasti dapat mencari makna tersirat yang ingin ku lakar kala ini…

Niat hati hanya ingin berkongsi sesuatu jauh di sudut hati ini…semalam, aku menghadiri usrah bersama sahabat2 jemaah…usrah generasi..walau pada mulanya hatiku agak berat utk hadir, disebabkan kekangan masa dan bebanan homework, namun seakan ada bisikan yang mendesak aku utk hadir….Alhamdulillah..tiap kali hati ini ingin ‘beralasan’, pasti ada ‘penjelasan’ yang Dia sediakan utkku setiap kali habis sesuatu program…ada hikmah yg Dia janjikan buat diriku…

Dalam kesibukan menyediakan juadah iftar, aku terdengar bualan sahabat2ku di suatu sudut…perbualan yang pastinya menarik perhatianku…malah, bukan aku saja, tapi kebanyakan ahli jemaah ‘berminat’ bila membincangkan topic ini….UBM….

Dalam usia yang makin meningkat, mustahil jika tiada walau sekelumit rasa ingin membina sebuah mahligai bahagia, dalam diri tiap insan bernama hamba..tambah2 lagi insane bergelar ‘muslimah’….kerna keberkatan dan kesihatan seseorang muslimah jua terletak pada dirinya yang mampu melahirkan zuriat dalam usia yang muda…

Itulah topic perbualan sahabat2ku demi mengisi ruang masa kosong menunggu azan berkumandang…aku sangkakan topic itu menggembirakan mereka, namun salah tanggapanku…salah seorang sahabat memberitahu perihal muslimin yang ‘risau’ kan muslimat kerana kebanyakan muslimat belum settle…paling aku tersentuh bile terdengar sahabat mengatakan….muslimin melarang muslimat meletakkan harapan pada mereka…kerana majority muslimin telah ‘berpunya’…mereka menyuruh muslimat mencari muslimin ‘luar’….dan….perbualan terhenti di situ kerana memberi ruang pada diri menikmati juadah iftar ptg itu…

Selepas solat Maghrib, kami smbung semula menikmati juadah kerana berbuka tadi hanya beralaskan tamar dan kuih muih. Dan masa inilah kami isi dengan perbincangan topic sebentar tadi…berbekalkan pengalaman naqibah usrah, Kak Long, kami peroleh pelbagai ilmu dan cabaran jua semangat baru…

Realiti jua hakikat zaman ini, jumlah muslimin yang sedikit menyebabkan muslimat semakin risau bila memikirkan masa depan jua matlamat untuk membina baitul muslim….Naluri seorang perempuan yang lemah pastinya mendambakan seseorang yang punya jiwa membimbing, memahami dan mampu memberi kebahagiaan dengan kasih sayang.

Namun, naluri seorang muslimah yang lahir dalam tarbiyah, punya fikrah rantai perjuangan Rasulullah, jua faham keperluan hidup dalam perjuangan jemaah, inginkan lebih dari itu…bimbingan, kasih sayang jua pedoman kearah mencari redha Allah...paling penting, biarlah ‘jiwa’ itu memahami dan tidak menghalang perjuangan seorang muslimah, walau dirinya telah bergelar suri sekeping hati, penyeri mahligai suami isteri dan ibu mithali kepada anak-anak abi…

Hatiku menangis bila ada sahabat yang kecewa kerana muslimin telah berpunya…aku faham keperitan jua kerisauan yang melanda jiwa mereka…kebimbangan pada ketandusan ‘jiwa’ yang memahami….namun, Alhamdulillah…. kehadiran Kak Long ternyata memberi perangsang jua azimat berguna buat sahabat2….tidak semestinya dua hati yang faham fikrah perjuangan mampu istiqamah terus berjuang setelah bersatu…kerana telah terbukti dewasa ini, kedua-dua hati yang ‘memahami’ semakin jauh dari medan perjuangan…mungkin kerana ‘keselesaan’ yang dirasakan kedua-duanya pada keadaan mereka yang telah faham…lantas tidak terus berusaha untuk berjuang dan terus berjuang…

Namun, bagi dua hati yang disatukan untuk saling melengkapi kekurangan kedua-duanya, disitulah letaknya ‘kasih sayang’ Allah….dalam menguji kekuatan hati seorang muslimah untuk membimbing seorang ‘nakhoda’ dalam pelayaran mencari redha-Nya jua…

Pesanan paling penting buat seorang muslimah….yakinlah pada janji-Nya…jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan-Nya…Dia punya perancangan yang terbaik buat setiap insan bergelar hamba…..

Terharu aku mendengar segala ‘tazkirah’ dari Kak Long…ternyata dia mantap dengan pengalaman jua ilmu yang terjana hasil perjuangannya di kampus sebelum ini….

Jauh dalam hatiku…aku bersyukur…usrah kali ini terlalu bermakna buatku….memberi aku seribu satu pedoman jua peringatan…selama ini, jarang aku sujud mengucap syukur ke hadrat-Nya atas kurniaan jua ‘hadiah’ sebuah kasih sayang dari ‘jiwa’ yang memahami diri ini….Segala puji bagi-Mu Ya Rabbi..pertemuan jua kasih sayang yang Kau kurniakan terlalu bermakna buat diri ini…Dan, akan ku pastikan agar kasih sayangku tidak keterlaluan sehingga aku menyayangi ‘hadiah’ lebih dari ‘pemberi hadiah’ itu sendiri….

Ya Allah…thabatkan hatiku jua hatinya demi meneruskan perjuangan demi Deen-Mu yang tertinggi…teguhkan hati kami agar terus istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam lindungan rahmat jua kasih sayang-Mu…..Amin Ya Rabbal ‘Alamin…..

DI ANTARA KITA...

Di antara kita…PERLU ada –DIA...kerna Dia yang menganugerahkan ‘pertemuan’ kita..tanpa Dia, seluruh kehidupan tiada makna..ini kan pula dalam ‘jalinan’ kita...tak boleh tiada Dia...Dia lah penghubung kita...walau jarak beribu batu memisahkan kita, Dia mengalunkan gelombang bisikan hati-hati kita...membuatkan kita merasa ‘jauh tapi dekat’...Dia sandaran harapan kita...walau terkadang antara kita ada yang terlalai, Dia mengingatkan kita antara satu sama lain...Dia menyampaikan alunan doa bisikan seorang sahabat buat sahabat tercinta....Dia lah Yang Utama...tak kira sekuat mana jalinan kita...Dia tetap ‘rujukan jua sandaran’ kita...selama-lamanya....

Di antara kita...telah bertahun lama...terbinanya suatu jalinan, kerna di situ hadirnya kejujuran...tanpa kejujuran tak mungkin antara kita ada ketelusan...bila hilangnya ketelusan manakan di cari erti kepercayaan antara teman...tanpa bunga kepercayaan, tak kan selamanya ada buah kesetiaan dalam pohon suatu jalinan.... Kejujuran, ketelusan, kepercayaan dan kesetiaan mampu memberi erti kekuatan pada sekeping hati yang lemah...semua itu ‘aset’ paling berharga bagi hati ini demi ‘jalinan’ bererti anugerah Ilahi...kan ku pertahankan semua ini, demi mencari erti keikhlasan sekeping hati dalam mensyukuri nikmat kasih murni, fitrah suci buat insani...

Di antara kita...perlukah ada dia..?..hadir orang ketiga...mengguris parut luka lama...pedih terasa menanggung derita... ‘pengorbanan’ lalu kusemat erat di dada...pengalaman terluka menggamit kenangan antara kita...menitiskan mutiara saban ketika sujud ini menghadap-Mu Ilahi...terdayakah hati ini menerima ‘gugusan pisang’ yang mungkin kan berbuah kedua kali..?...yang pasti...luka ini kian berdarah kembali...tiada daya lagikan usaha demi menyuburkan lagi bunga yang sedari bijihnya ku semai lagi pelihara...dan kesekian kali, pada-Mu segalanya ku berserah...ku bulatkan tawakal demi ‘teguhnya pohonan jalinan’ yang selama ini Kau sokongkan buat dua hati yang terlalu menyayangi-Mu, Ar-Rahman...

Di antara kita jua...tak mungkin hadir lagi ‘jiwa’ kasih dan sayang jika tiada lagi huluran kemaafan...dan tak mungkin erat lagi jalinan kita jika antara kita mengharapkan kesempurnaan insan...segalanya sanggup ku korbankan walau jua pada perpisahan kita yang menanti di hadapan...hanya satu....demi kebahagiaanmu, teman...

Teguhkan hati lemah ini, Ya Rahman....

MENGAPA..??...

Hmm....ntah kenape hati terase berdebar nak balik kolej..aku cuba mengelak..tapi kdg, semput dibuatnye...maklumlah,jantung yang berdebar perlukan lebih tenaga utk pam oksigen..tarik nafas pjg2...huh!!..

Risau...?? resah..??..tanggungjawab...amanah...study..exam..result..??..ya Allah..segalanya menantiku di sana...apa persediaan hati ini..?..

Tika hati diulit resah gelisah...Kau tambah lagi 'ujian' itu..tatkala terdengar kegembiraan rakan taulan jua sahabat handai menikmati percutian dan segala pengalaman di 'negara orang'...hatiku sendu..ya Allah...rasa hati ini hanya Kau yg tahu..manusia mmg tak pernah puas..sentiasa menginginkan apa yg tiada, namun tak pernah menghargai apa yang ada...mengapa..??

Mengapa aku tak dapat rasai kegembiraan itu?...mengapa waktu 'mereka' banyak dihabiskan dengan hilai tawa?..gurau senda..??.sedang diri ini tak punya waktu walau untuk diri sendiri...?..terkadang, hati meronta..inginkan segala...ya Rahman..ya Rahim...

Mengapa timbul rasa begini?..AstaghfiruLLAHal'azim...

Ampunkan dosaku ya Ilahi...diri ini jarang mensyukuri....

Alhamdulillah...doa kupanjat demi-Mu ya Rabbi..ku tak lupa diri ini hanya hamba dhaif-Mu...hati yang resah mulai tenang...apa yg Dia janjikan di hadapan adalah yg terbaik utk hidupku..terkdg, bila hati resahkan keduniaan, bagai hilang walau sekelumit rasa kesyukuran dan keyakinan pada janji Dia yg sentiasa di sisiku saban waktu...ya Allah, ampunkan aku...diri ini lalai pada nikmat-Mu ..nikmat dikala suka dan duka..

Walau tiap saat hidup 'mereka' penuh hilai tawa dan gurau senda...aku kan bersyukur...kerna dalam persinggahan sekejap ini, Kau beri aku peluang merasai erti suatu 'perjuangan'...yg tak pernah kenal erti kesenangan...walau suka dan gembira terpaksaku korbankan...aku rela..

Walau biar tiada lagi erti suka, selesa dan ketawa...aku kan tabah menerima.. segalanya janji-Mu jua...Kau penentu segalanya...oh Tuhan.. Kau yang Maha Mendengar...thabatkan hati ini agar sentiasa 'setia' pada lorong ini...teguhkan pendirian jua 'kedudukan' ku dalam 'barisan' pejuang-pejuang agama-Mu...walau kepahitan yang melintang, aku kan cuba menghadapinya kerna ku yakin Kau sentiasa di sisiku, walau terkadang, aku lupa pada-Mu..ampunkan aku...

Kesenangan, keselesaan dan kegembiraan yang ada hari ini hanyalah sekejap cuma...tak terbanding nilainya dengan kemanisan kasih sayang jua redha-Mu di daerah sana...kerna itulah yang lebih bermakna...

Ya Allah...Kau lindung dan peliharalah hati ini jua hati 'dia di sana'...insan yang menjadi 'asbab' pada 'perkenalanku' terhadap erti pengorbanan dan perjuangan demi deen-Mu yang tercinta...aminn...

ALHAMDULILLAH...

Tirai senja yang berlabuh, membawa bersamanya tabir gelap malam ini..cahaya purnama yang menyuluh...bagai menemani sayu hati yang sepi...sunyi sendiri...




Terpandang aku pada potret famili yang tergantung di sudut kamarku..satu persatu wajah kuamati...mengisi kekosongan hati ini..entah kenapa hati ini terlalu sunyi...ku pandang wajah bersih abah dan mak..kedut di wajah kalian samar sekali..terasa sayu hati mengenang segala jerih pedih yang kalian lalui demi membesarkan kami 7 beradik..ketegasan seiring kelembutan menjadikan kami manusia berguna hari ini...mak abah,jasa kalian kami sanjungi...kasih sayang kalian kami syukuri..kebahagiaan yang kita kecapi hasil usaha kalian menongkah arus kehidupan menjadi azimat anak2 ini demi membina generasi penyambung zuriat kalian suatu hari nanti...insyaAllah...

Pandanganku beralih pada wajah comel si kecil,Amni...dialah penawar hati kami sefamili..kehadirannya memberi sinar keceriaan pada kami..keletahnya yang pelbagai buat kami tak kering gusi..terkadang,hilang sebentar sunyi ini tatkala aku sibuk melayan Amni..dia jua pengubat luka hati ini..tenangnya hati menatap wajah bersih yang belum terpalit noda jua dosa...
Along...telah 3tahun berlalu kau bergelar 'nakhoda' pada sebuah kapal yang belayar..pelayaran dalam bahtera demi mengharungi badai kehidupan..bila terkenang sifat dan peribadimu yang saling tak tumpah seorang insan bujang,kerisauan menerjah hati ini...kau belum matang dalam mengurus segala rencah di atas kapal..hanya doa kupanjatkan demi segala pedoman jua pembimbing agar kau jua segala isi bahteramu takkan terumbang ambing..moga kau peroleh petunjuk ke arah kematangan jua ketaqwaan seorang pemimpin..

Angah..kaulah satu2nya...insan bergelar kakak,jua kadang merangkap 'teman'ku dikala aku memerlukan..kau punya cita2 tinggi...kau bakal berkhidmat untuk pertiwi..prinsipmu ku sanjungi...pendirian tegasmu ku contohi..kau teladan buat kami...jiwa murnimu,kesetiaan jua pengorbananmu azimat buatku dalam meneruskan sebuah hubungan bergelar 'persahabatan'...kau mengajarku erti ketabahan,jua kesabaran..redha menerima qadha dan qadar Tuhan...tiap tika doaku mengiringi perjuanganmu...moga kau beroleh petunjuk jua kekuatan demi memahami dan mendalami keluasan 'kehidupan'...

Ahh...Una...kalian adik2ku yg rapat..ku panjatkan kesyukuran kehadrat-Mu Tuhan...tatkala melihat perubahan yang menyejukkan mata yang memandang..Ya ALLAH..terima kasih atas anugerah-Mu memberi Una peluang merasai tarbiyah di bumi Wakafan..nasihatku agar 'jangan hanya ingin mencari ilmu dunia,malah beserta akhirat' sebelum dia mengatur langkah tidak disia-siakannya..kali ini pertama kali dia pulang melepaskan kerinduan... Alhamdulillah...mengalir air mata pabila melihat dia istiqamah..Al-Maathurat dan Al-Mulk tidak ditinggalkan..malah dia selesa keluar dengan stokin kaki dan lengan...bertambah sejuk hatiku tatkala dia 'mampu' berdakwah jua merubah peribadi kakaknya,Nadzirah(Ahh)...Ahh juga sudah mula berstokin kaki dan lengan...Al-Maathurat jua tidak ketinggalan..

Ya ALLAH..terima kasih...Kau meniup semangatku agar tidak lemah dalam perjuangan ini...Kau memberi aku kawan dalam mengharungi mehnah jua halangan dalam mewujudkan satu biah solehah dalam keluarga...Kau pengubat segala kekecewaanku selama ini..Kaulah segalanya dihati ini...Ya ALLAH..Kaulah penentu segalanya..titipkanlah kemesraan dihati2 kami..Kau berilah kekuatan agar kami mampu istiqamah dalam menyempurnakan ketaatan terhadap segala syariatMu...

Naimah dan Najmi...kalian masih muda...mungkin terlalu awal bagi kalian mengenal erti ranjau duri kehidupan...namun kusyukuri,kecemerlangan kalian dalam pelajaran menghilangkan kerisauan hati mak abah jua abang dan kakak...kalianlah racun jua penawar bagi kami...tanpa kalian,sunyilah keluarga ini...ya Allah,Kau lembutkanlah hati mereka agar menjadi anak yang soleh jua solehah demi menunaikan harapan setiap insan bergelar ibu dan ayah...

Ya Allah..ku syukuri..segala yang Kau aturkan terlalu seni dan murni...segalanya terlalu bermakna buat diri ini..dimana kan ku cari sebuah keluarga sebahagia ini buat pengganti..? ya Allah..ampunkan dosa hambaMu ini..kerna kelalaian jua kealpaanku atas segala nikmat yang Kau kurniakan sejak azali..ya Sami',Kau perkenankan doa kami agar kebahagiaan yang kami kecapi berpanjangan hingga ke akhirnya..Kau berikanlah kami petunjuk ke arah jalan yang kau redhai..jua berilah kami kekuatan dalam menunaikan kewajipan dalam mentaati perintahMu,ya Rabbul Jalil...

LAYAR CINTAKU...


Ya Hannan...
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu..
Bukanlah sekadar satu bingkai pemandangan
Yang menyuratkan sebuah keindahan..
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan..

Denai, langit dan gunung...
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
Pada limpahan nikmat selaut indah
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?...

Denai, langit dan gunung...
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
GUNUNG...bagai pasak teguh keMURNIan IMAN
LANGIT...hamparan saujana keLAPANGan ISLAM
DENAI...lembah subur keLEMBUTan IHSAN
Adalah citra di kansas hati yang dihiasi..
Rasa KEHAMBAAN...
Ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam diri

Ya Hannan, teguhkanlah IMANku..
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan, lapangkanlah ISLAMku..
selapang langit biru..
Dan lembutkanlah IHSANku..
Selembut rumput di denai itu..
Nescaya bertamulah diri yang hakiki
Di kamar hati yang CINTA ILAHI..
Ya ALLAH...
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dan kolam hatiku tak kan selamanya keruh...
InsyaALLAH....

EPILOG SEORANG HAMBA..


Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan Pencipta
Menginsafi kedhaifan
Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertundukku pasrah seringku menyepi
Tersingkap terus berliku...
Deruan ombak menghempas pantai
Bergelora di pukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia....
Oh Tuhanku Yang ESA
Ampunilah hambaMu
Berikanlahku kekuatan
Mengharungi mehnahMu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidupku
Terimalah taubatku
Penghapus segala dosaku..
Ya Karim..Ya ALLAH...
Ya Rahman...Ya Rahim..

the precious moment at... KERTEH...=)

Hmm,just wanna jot something 'bout my ever precious moment during tis holiday..tanggal 21 November..aku sampai kat kerteh..never plan before..tp sbb xsampai atie nak tolak jemputan 'mereka' yg aku syg..=)



Actually,bukan first time jejakkan kaki kat KERTEH..slalunye lintas je pekan tue,tp kali nie,alhamdulillah..sampai gak..bile trn dr bas..'ibu' amik..bw balik umah..xtaula umah sape tue...hehe..

Sampai je dpn umah,hmm,syukur sbb teringin sbenanye tgk 'life' the one i ever respect..the one named 'sahabat'..my first impression,sejuknye mata memandang..dgn laman yg ala2 gazebo..(,")..i like it..simple tp menarik..




Hmm,melangkah je masuk umah..hati berbisik.."Alhamdulillah..sampai jugak aku kat umah die"..my ever beloved 'sis',Faten dah sedia menanti..hihi..lps letak beg kat 1 sudut..aku pon jalan2 dlm umah tue..meliar je mata..bukan cari ape..tapi saje nak 'copy and paste' sumenye dlm memoriku..padahal lmbt lg nak balik..=P lepas dah puas belek tiap inci sudut..=),faten ajak naik bilik..die letak beg aku dlm 1bilik..seems like bukan bilik pompuan..tgk je mmg sah bilik org bujang,cume bezanye dgn bilik2 bujang yg lain,bilik tu kemas sekemasnye..sbbnye?...ibu and faten dah kemaskan..tu pon dgn teruk,i guess..haha..jgn mare!! =P

First day kat situ,alhamdulillah ok..cume aku segan2 sket..lg2 dgn 'abah'..memule xtau nak pggil ape..nak pggil 'pakcik',wife die aku pggil 'ibu'..anak die aku mengaku 'adik'..so,nak xnak tebalkan muke panggil 'abah'..hehe..seb baik they all very sporting..tgk muke 'abah',garang rasenye..tp salah assumption aku..he's really sporting and full of humour..xkering gusi dibuatnye..huhu~

Hmm..byk yg aku lalui spjg 6hari kat sane..mmg memori yg xkan luput dr sanubari..actually,tu jugakla 'life' yg aku impi..'life' yg ade 'biah solehah',i guess..tibe solat maghrib,kami bersiap gi surau solat jemaah..then,kebetulan malam jumaat,bace Yaasin and dgr tazkirah...uhhh..i really miss it..miss that moment...tiap kali doa,menitis air mate,terharu sbb dpt peluang rs tu sumer..tahla..susah nak gambarkan perasaan tue..really being appreciated..

On friday,pegi Kuantan...bcoz that's the only holiday for ibu..sblm bertolak,msg2 'make up'..aku ingt,aku plg lmbt sbb tgk ibu dah siap..so,dgn 'gelojoh'nye tempek bedak..huh!!dah siap..kuar je bilik.."lor,Faten xiron tudung lg??.."bisik hatiku..haha..then,masuk bilik Faten..ade byk lg tudung ats katil die..tetibe faten kate,"Kak,pilihkan tudung,xtau mane satu nak pakai..".Aku pon kate,"pakai je yg mane pon,kene je..hah,yg coklat ni pon ok,kene dgn warne lantai..ehh,yg hitam pon ok,kene dgn warne bunge..sume ok je"..haha...pening faten dibuatnye..last2,die sambar warna coklat.."Kak,kite boria la arie nie..biar org kate kite twin..hari nie je.."aku pon stuju je..actually,ari tue,aku n faten pakai baju same..bj yg aku hadiahkan kat die..mmg bj tu sebijik bj aku..ditempah istimewa ilham sendri..huhu~



Hmm..gi shopping kat kuantan..then gi hospital ziarah jiran ibu..besla gak..kenal rame org..then,singgah restoran dinner..huhu~..i miss that moment..seems like my own family..=) ade gak pegi umah jiran ibu..borak2..hmm..bes..i enjoyed it..

Over all,i've enjoy every moment there..really enjoy..i missed all those moment..huhu~ cycling petang2 dgn faten..gi jalan keliling taman panalex..=) and every moment being wif that 'loving usrah'...i'll never forget it..

Last but not least..i feel very grateful to have this chance being in that family..Alhamdulillah..moge segala kenangan akan tersemat dlm sanubari nie..a memory of being loved and appreciated of others..i miss and forever love all of you..sampai jumpe lagi..one day...insyaAllah..=)

KU BERSYUKUR...

Sayu hati mengenangkan diri yg tidak mengenal budi..Ya ALLAH,ampunkan dosa anak ini..bukakan pintu hati anak ini..agar dia tahu erti kasih syg..agar die sedar hakikat pertalian...
Mereka melahirkan,membesarkan,memberi pendidikan pd aku..mereka beri segala yg TERBAIK buat diri aku..segala2nya penuh kasih sayang..mereka tak pernah minta balasan..insan bergelar mak dan abah..merekalah insan yg takkan ada gantian..2 insan yg paling aku sayang...

Usia yang kian meningkat..segala kasih sayang yang tercurah bagai warna yang mencorak diri ini...akulah insan hasil acuan kasih sayang tak terilai dari mak abah..alhamduliLLAH..

Siapa aku untuk menilai?..siapa aku untuk merasakan kekurangan..?..kadang diri dan emosi ini kalah pada godaan durjana...yang membisikkan kata-kata nista..terpandang pada sahabat..terasa diri ini kurang segalanya..kasih sayang yang tak pernah berkurang dipersalahkan..hanya kerana diri yang mengharapkan kesempurnaan..diri yang tiada kepuasan..diri yang inginkan belaian..ampunkan diri ini,Tuhan...

Biar ape tanggapan orang..biar mungkin diri tak serupa kawan dan rakan...aku bersyukur...kerna hadirnya kurniaan tiada ternilai..harga sebuah kasih sayang anugerah emas dr Tuhan..tak termampu ku balas segalanya..hanya kasih sayang tulus suci dari hati kecil ini,buat dua insan penyeri diri jua sanubari..mak dan abah tersayang...

Ku berjanji,tiada lagi rungutan,tiada lagi penyesalan..kerna segalanya adalah KETENTUAN TUHAN..yang TERBAIK buat mereka yang bergelar insan...

Ya ALLAH...ku damba cintaMu..ku kembara dalam pencarian redhaMu..kerna Redha Kau adalah jua Redha ibu bapa ku...peliharalah hatiku..

Ya ALLAH Ya Tuhanku,ampunkanlah segala dosa-dosaku jua dosa-dosa kedua ibu bapaku...dan Kau kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

GERHANA KESAYUAN..

Malam siang berlalu-gerhana kesayuan tiada berkesudahan-detik masa berlalu tiada berhenti,oh syahdunya..-sejenakku terkenang hakikat perjuangan-penuh onak dan cabaran-bersama teman2 harungi kehidupan,oh indahnya..-hati ini sayu...mengenangkan-sengsara didalam perjuangan-jiwaku merana dan meronta mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan-tetapiku akur pd hakikat-suka dan duka dalam perjuangan-perlu ketabahan dan kekuatan-keteguhan hati berlandaskan IMAN...

Bait indah lagu SELAMAT BERJUANG..menitis lagi airmata nie..menangis lagi hati ni...mengenangkan saat diri ni terjatuh dan tersungkur dalam ranjau duri perjuangan..ntah berapa kali aku terjatuh..parut dahulu belum hilang..muncul pula luka yg lain..aku pon xpasti luka pd tempat yg same atau tak..yg pasti aku terase pedih kesakitannye..

Kdg hati kecil berbisik..kenape aku terjatuh?..sedangkan tiap kali tersungkur,dengan tekad dan azam yg kuat aku gagahkan diri utk bangun..namun,tiap kali dugaan datang..aku gagal...aku terjatuh lagi...aku dah usaha..cuba segalanye...namun,hati ni tetap teruji..segala sudutku koreksi..Ya Allah..ampunkan hamba kerdil ini..

Biarlah ku sendri..Ku mencari damai di hati..air mata basah di pipi,xmungkin dpt membasuh luka ini..adakah insan di sana yg memahami perit hati ini?..adekah insan di sana sudi berkongsi kesakitan ini..?..acap kali aku menumpang kasih..mengadu pd diri dan hati yg sudi...namun,hakikatnya...hati ini perlu kuat..tali pergantungan pd Dia adalah segala-galanya...tiap saat Dia rindukan aku..Dia yg menyayangi aku..tapi..aku lupa..lalai dan leka..Dialah segala-galanya..Ampunkan aku Ya Rabbi..

Onak duri perjuangan lumrah dlm hidup ini..ku akur pd hakikat...suka dan duka perjuangan perlukan ketabahan jua kekuatan...keteguhan hati berlandaskan IMAN..segalanya TERBAIK buat diri ini..tanda cinta jua kasih suci abadi...TERIMA KASIH YA ALLAH...

Ya Rabbi...Kuatkan hati ini..tenangkan jiwa resah ini..aku insan lemah..hamba kerdil jua hina di sisiMu..

DIA...

Siapa sangka..dlm hidup nie,aku berpeluang...bertuah...Alhamdulillah..

Hadirnya dia membuatkan aku sedar..tiap saat kulalui,hatiku girang,ceria menempuh hari2 mendatang..segala yang kurasai penuh warna warni.. lumrah kehidupan,ada ketika aku tertawa,menangis,bersedih,kecewa..pernah jua aku risau tentang dia..

Mengapa??..aku tak punya jawapan..segalanya bagiku hanyalah diari kehidupan..segala yang kutempuh sudah suratan..aku terima tiap saat dan detik penuh redha demi setiap kemungkinan di hadapan..

Dia...mengajar aku erti kegembiraan,keperitan,perjuangan,jua erti warna kehidupan..tanpa dia,mungkin lama aku jatuh tersungkur tanpa harapan..

Oh Tuhan...tiada lagi kata mampuku ungkap demi menyatakan penghargaan pada satu kurniaan..betapaku mensyukuri nilai persahabatan...dari DIA...seorang insan bernama TEMAN..

~~~tiada yang menjadi impian..selain rahmat kasih-Mu Tuhan..yang terbias pada ketulusan..sekeping hati seorang insan...bernama TEMAN~~~

ANUGERAH....

Tak terasa bila dia pergi,tapi sayu bila dia tak kembali..
Mencarinya dengan HATI SUCI,
Lebih indah drpd memiliki tapi tak menghargai..
Dia dtg tanpa seruan,dia pergi tanpa alasan..
Kejarlah ia sebelum hilang dr pandangan,
Kerana hadirnya satu ANUGERAH yg tak ada bandingan...

TERIMA KASIH ALLAH...kerana ANUGERAH IMAN...alhamdulillah...

MUQADDIMAH...

Bismillah

Bismillah yaa rohman yaa rohiim 2x
Bismillah mula-mula Bismillah yang mengawali
Bismillah akan membuatmu bahagia
Dengan Bismillah hatikan terjaga
Lalu keberkahan menaungi kita
Bismillah dan melangkah Bismillah lalu bekerja
Bismillah di dalam hatiku tenang
Karena semua adalah milikNya
Bahkan nafas adalah kemurahanNya
Bismillah yaa rohman yaa rohiim 4x
Terkadang hidup dalam sepi hati
Karena jiwa yang rindu tuk kembali pada Alloh
Bismillah mula-mula Bismillah yang mengawali
Bismillah akan membuatmu bahagia
Dengan Bismillah hatikan terjaga
Lalu keberkahan menaungi kita
Bismillah dan melangkah Bismillah lalu bekerja
Bismillah di dalam hatiku tenang
Karena semua adalah milikNya
Bahkan nafas adalah kemurahanNya
(Bismillah yaa rohman yaa rohiim)
Dengan namaMu yaa Alloh
Dengan namaMu yaa Rohman
Dengan namaMu yaa Robbi
Dengan namaMu..namaMu..yaa Robbi..yaa Robbi
Dengan namaMu melangkah
Dengan namaMu di hati
Dengan namaMu kumelangkah
Dengan namaMu Alloh.. Alloh.. Alloh..