Monday, September 17, 2007

Entah apa lagi salah diri ini...???


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ku mulakan coretan ini dengan namaMu yang indah...seindah kasih jua sayangMu pada tiap insan bergelar hamba...

Hmm..ku memaksa jari menukil bicara...kerna hati tak mampu lagi menahan sebak yang ku rasa...setelah sekian lama...hanya Kau saksi betapa pedih dan seksa menanggung perasaan yang terpendam...hingga saat ini...ku luahkan jua ya Rabb...kerna hakikat diri tak sekuat yang kudamba...

Entah apa lagi salah diri ini pada dia..??
Entah apa lagi silap bicara yang pernah ku kata...??
Entah apa lagi kekurangan diri ini yang tak boleh dia terima..??

Ya ALLAH...pada siapa lagi aku nak luah..?? adakah insan yang faham apa yang aku rasa saat ni..??...

Aku tak tahu...apa lagi yang dia nak??..
apa lagi kekurangan diri yang dia nampak..??
apa lagi ya ALLAH...???

sekian lamanya ku terima segala seadanya...
hanya Kau saksi betapa pedih aku menghadapi kedinginan...
hanya Kau tahu betapa seksa aku menanggung rasa tak tahu...lagi keliru...
keliru pada kedinginan seorang sahabat...
keliru pada segala tindakanku yang bagai tak kena di mata dia...
keliru kerna aku tak tahu apa lagi yang dia mahu...


pasang surut keceriaan kami...sentiasa membuah rindu di hati ini...
namun masa yang silih berganti...membawa pergi segala memori...menghilangkan segala rasa pada dia yang pernah dulu memahami...

Ya ALLAH..hingga ke saat ini..aku masih berusaha jua menanti...andai ada peluang jua ruang untuk ku baiki segala kekurangan...andai masih ada lompang pada segala tindakan...namun terkadang aku pasrah...terkadang aku hilang arah...kerna terasa diri terlalu hina di mata dia...apa lagi daya diri ini ya Rabbi...?? ;(

hingga saat ini jua...bagai hilang segala daya...mampukah aku biar masa menentu segala..?? mampukah hati menahan rasa..??

ku kembalikan segalanya padaMu..Kau Yang Maha Tahu....

Saturday, September 15, 2007

Ya Rabbi….izinkan ku hiasi Ramadhan kali ini…



Itulah bisik hatiku saat ini…harapan yang penuh harap…pada Dia….tempat kembali jua sandaran harapan segala pengharap…

Entah kenapa setiap malam, sebelum mata lelap terpejam…hatiku sayu pilu…mengenang diri jua amalku yang seharian pergi…4 Ramadhan kian berlalu…baru sebentar tadi, ku sempat menatap Fiqh Sirah , karangan Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti…azamku Ramadhan kali ini…untuk mengkhatam 30 juzu’ AL-Quran Kareem…dan cuba membaca seerah Rasul junjungan mulia sebanyak mungkin…at least, sehari sempat ku selak dua atau tiga lembaran…mengembalikan rindu jua ingatan berpanjangan pada ‘Dia Kekasih ALLAH’…namun, harapanku hampa…sudah tiga hari yang berlalu….belum sempat ku sentuh ‘kitab’ itu…

Ya ALLAH…apalah dosaku kali ini…hingga tiada langsung kesempatan untukku beramal…tiap kali tangan menadah doa…tiap kali itu, bisikan rindu, ku pulangkan padaMu…aku rindu….


Ku akui…aku tidak bersedia menyambut kedatangan Ramadhan kali ini…bagai terasa cemburu diri jua hati ini….melihat keghairahan hati mereka yang merindui Ramadhan…mudah mulut mengungkap bicara..pada rindunya kita pada Ramadhan….
Tapi, seringku bertanya pada hati….benarkah aku rindu pada Ramadhan…?? Benarkah hadir ghairah di hati menanti bulan mulia di sisi Dia…?? Sukarku mengungkap bicara kata…namun, seringkali hati menangis…kerna diri tidak bersedia menyambut ‘tetamu istimewa’…jika benar aku rindu…apakah persediaanku menyambut ‘tetamu’…?? Cukupkah sekadar bersedia ala kadar…?? Atau bagai persediaan seorang bidadari menyambut putera idaman menyeri hati jua sanubari…??

Ya ALLAH….Ampunkan diri ini…walau semua ini yang aku rasai, namun, ku tetap bersyukur, kerna Kau masih hadirkan aku perasaan ini….

Menyingkap dua minggu kebelakangan ini…terasa bagai suatu mimpi ngeri yang sukar untuk ku bawa ke alam realiti…kesibukan duniawi yang mengekang masaku untuk mencari sedikit masa buat diri sendiri…masa untukku muhasabah diri jua amalku seharian…walau sedikit cuma…hakikatnya tiada….

Sukar untuk ku ‘adapt’ dengan perubahan masa yang terlalu mendadak…kesibukan dan beban yang terlalu berat untuk ditanggung badan…namun, hakikatnya…itu lah yang ‘perlu dan terpaksa’ aku terima…

Kesibukan klinikal yang membataskan ingatanku pada sahabat…kesibukan itu jua yang menambahkan rindu ini pada Dia yang Mencipta…Ya Rabb…Kau yang mendengar bisik hati…temankan sunyi malamku saat ini…

“Ya ALLAH…tak tertanggung beban jua amanah ini” …tiap kali bisik itu menerjah…ku pulihkan rasa dengan Al-Baqarah (286)…La yukallifullahu nafsan illa wus’aha…namun, benarkah pulih kecewa ini..?? kecewa pada diri sendiri…yang tak mampu memberi komitmen pada amanah diri seadanya…


Setiap hari, ligat fikiranku mengenangkan usrah…. Fiqh Sirah… ‘adikku sayang’...jua makanan rohani diri yang kian gersang…di mana kan ku ‘curi’ masa untuk semua itu…??

Ya ALLAH…izinkan aku hiasi Ramadhan kali ini…Bantu aku kembali mencari diri…

Diri sendiri tertanya…di mana perginya masa yang ALLAH kurniakan…adakah seluruhnya ku penuhi dengan ibadah keranaNya…??...

Entahlah… seharian yang ku habiskan…bagai terasa sesak dada ini menghadapinya… bebanan case report…jurnal…lecture notes…dan macam2 lagi…ditambah dengan tesis yang hanya tinggal 3 minggu untukku selesaikan…terasa bagai nyawa di hujung tanduk….sesak dadaku...sarat sebakku…

Hujung minggu jua masa kosong yang terpaksa ku habiskan di makmal…bagai merentap segala ‘selesa’ yang pernah ku rasa…segalanya bagai hilang sekelip mata…hingga masaku padaNya…jua terganggu…..ampunkan hamba kerdilMu ini….ya Rabb…

Seharian yang kian berlalu…minggu yang silih berganti…tercari-cari diri ini, masa untukku berusrah…apakah khabar adik-adikku…apakah khabar iman kalian..??...soalan yang seringku tanya….namun, persoalan itu lebih layaknya buat diri ini yang hina…

Buat sahabat….ku pohon ampun maaf…andai ada kesilapan jua kesalahan dari diri ini…ku susun sepuluh jari….bukan perhatian yang berkurangan…bukan kasih jua sayang yang kian hilang…tapi masa yang mengekang…jua kemampuan diri ini yang kian gersang….berikan ku sedikit masa…untukku hadapi ia seadanya….mengurus masa seoptima daya…memberi makna hidup pada memberi jua berkorban segalanya….


Ya ALLAH…ku terima ujian ini demi Ramadhan kali ini…ku terima segalanya seadanya…namun ku pohon ya Rabb…Kau beri aku kesempatan untuk ku hiasi bulan Ramadhan penuh penghayatan….beriku peluang meningkatkan amal…dan beriku kekuatan menyuburkan ia menjadi ibadah kekal berpanjangan….Ameen..

Sunday, September 2, 2007

Syukran ALLAH..atas nikmat usia....


Tepat jam 12.10 pagi tanggal 2 September 2007, genaplah usiaku 22 tahun…syukur jua terima kasih tak terhingga ku panjatkan khas buatNya tika sujud syukurku mensyukuri nikmat usia dari Nya…dengan izin jua kasih sayangNya, diri kerdil ini masih diberi peluang meneruskan kehidupan di usia ini…

Ucapan terima kasih kedua buat insan tak terhitung jasa….kedua ibu bapaku…
“Terima kasih Mak, Abah atas jasa jua pengorbanan membesarkan Anem hingga mencapai usia 22 tahun…ampunkan segala dosa jua kesalahan Anem, jua halalkan segala-galanya dalam segenap kehidupan nie…Anem sayang mak abah!!” ~ begitulah bunyi ‘message’ku tepat jam 12 malam 2 Sept semalam...lafaz sayang yang tersimpan…jarang ku berani mengucapkannya dengan bicara kata…kerna mungkin itu bukan kebiasaanku sejak dahulu…namun alhamdulillah, aku telah mengungkapkan kata sayang itu pada mereka seawal pagi tadi…

Bak kata ustaz Zamri dalam forum ‘Love is Cinta’ di KLCC kelmarin, sayang memberi makna rasa menaruh perasaan sayang yang amat…dan pesonanya lebih kuat berbanding kata cinta…kerna ia adalah taruhan rasa seseorang buat yang tersayang…oleh sebab itulah ‘feel’ taruhan rasa sayang perlu diungkapkan dengan bicara kata…ia pasti kan lebih bermakna…inshaaALLAH =)

Hmm…usia yang meningkat…mengingatkanku pada azam jua tekad…terkenang jua pada azam lama…adakah ia tertunai atau masih menunggu masa untuk tercapai..?? tepuk dada tanya iman, Neem…huhu…

Agak lama diri bermonolog…berfikir tentang azam baruku di usia yang baru… permintaan sahabat untuk mengetahui azamku setahun, setahun setengah dan 5 tahun akan datang…ape agaknye ye..??...hmm,mungkin kelemahanku sejak dulu, sukar meletakkan matlamat dalam jangka masa yang terlalu lama…jarang diri mempunyai azam jauh ke depan…bukanlah bermakna diri tidak berpandangan jauh dan tidak bermatlamat…namun, sukar aku meletakkan matlamat jangka masa panjang…selalunya, hanya setahun, atau mungkin dua tahun…jarang ada matlamat 10 tahun ke depan…

Namun mungkin bila meningkat usia seiring masa…aku perlu berfikir lebih jauh…demi harapan jua cita-cita yang lebih tinggi…hmm..sepanjang perjalanan waktu yang ada…ku berazam pada diri, menjadi seorang yang hari ini lebih baik dari semalam…esok lebih baik dari hari ini…mungkin ia biasa..namun, jika diletakkan penghayatan seadanya, itu lebih bermakna…azam demi membuang sifat ‘rugi’ dalam diri…cepat marah…kurang bersabar…dan mungkin seorang yang agak ‘kelam kabut’…hihi…walau ada yang mengatakan ‘sifat’ itu ‘keunikan’ku…namun, apa yang mampu ku ubah..inshaaALLAH cuba ku ubah demi menjadi seorang yang lebih baik dan terbaik buat diri sendiri…biiznillah…

Tidak kurang juga azamku demi menjadi lebih matang dalam tindakan jua amalan… meningkatkan taqarub pada Dia yang Mencipta…mentaati segala syariatNya jua menjauhi laranganNya…dengan kurniaan usia yang ada…

Hmm..azam dalam jangka masa setahun ini, untuk menamatkan pengajianku dengan jayanya…menghadiahkan segulung ijazah Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian…khas buat mak dan abah..yang terlalu banyak berkorban jiwa dan raga untuk melihat aku berjaya seperti orang lain….sebelum ini, mungkin telah banyak ‘expose’ yang aku peroleh mengenai kerjayaku kelak, namun, perkongsian pengalaman seorang lecturer baru, lebih memberi impak dalam jiwaku…betapa kerjaya seorang ahli farmasi bukan semudah yang ku sangka….kerjaya yang turut melibatkan jiwa…segala ilmu perlu ku perkemaskan seadanya demi persiapan ke alam lebih mencabar…inshaaALLAH… semua itu membantuku untuk lebih gigih berusaha jua bersedia…segalanya dengan izin dariMu jua…bagai sukar untuk percaya…hanya tinggal 2 sem untukku menamatkan pengajian….sebelum melangkah kaki ke alam kerjaya….namun, masa yang ada bukan untuk dipersia…ia untuk digunakan semampu daya…berbekal kental semangat, tak kenal putus asa…


Azam seterusnya, dalam jangka masa setahun setengah….entahlah…mengapa sahabat bertanya soalan itu…?? Bagai dapatku ‘tangkap’ maksudnya…namun sukar untuk ku mengungkap bicara…kerna ia bukan semata matlamat…namun, ia perlu perancangan pihak kedua jua ketiga…perlu keizinan mereka yang lebih aula menentukan hala tuju hidupku…sukarku lafazkan…namun, ku pasti mereka yang membaca coretan ini seakan faham maksud tersirat di hati…

Seperti pengisian dari ustaz Zamri…quote dari Abraham Maslow…entah betul entah tidak ejanya begitu….=)…hidup manusia punya banyak keperluan, dan keperluan itu memuncak bagai pyramid, tamsilan kepentingannya dalam diri tiap insan bergelar hamba…kebiasaannya keperluan fisiologi, iaitu makan, minum, tidur dan sebagainya…itu merupakan keperluan paling bawah..namun, ada tiga lagi keperluan, yang meningkat hingga ke puncak…iaitu keperluan berkasih sayang, penghargaan kendiri dan paling kemuncak adalah kesempurnaan diri….walau tiada insan yang dilahirkan sempurna…namun,ketiga-tiga aspek keperluan tersebut akan menjadikan diri seseorang sempurna jua bahagia….dengan kasih sayang, seseorang akan rasa dihargai dan menghargai…saling lengkap melengkapi…inshaaALLAH…bahagia, tenang jua kesempurnaan diri akan datang menghuni, dua hati berkasih sayang kerana Ilahi….


Setiap individu pasti punya matlamat demi membina keluarga sendiri… demi memenuhi fitrah kejadian insaniy…begitu jua diri jua jiwa ini…demi mengisi keperluan hati jua nurani….sukarku berazam…namun, matlamatku mungkin dalam jangka waktu itu….hanya mampu ku bisik.. “Bersabarlah menunggu masa jua tika yang Dia takdirkan…”..Sabran jamila…;)

Dan azam seterusnya…untuk jangka masa 5 tahun…paling sukar untukku mengungkap kata…kerna mungkin ia kelemahan yang dirasa…dari segi kerjaya…mungkin tika itu, aku masih ‘terikat’ untuk bekerja di hospital kerajaan kerna tempoh masa sepatutnya adalah 7 tahun…inshaaALLAH, jika tiada aral…ku bersedia berkhidmat untuk masyarakat…namun, dari segi perancangan keluarga sendiri…tak mampu ku merancang ianya dengan sendiri…kerna ia melibatkan hidup insan lain…insan-insan penting dalam hidupku kelak…mungkin saat itu, hidup bertambah seri dengan kehadiran cahayamata sendiri…inshaaALLAH…walau mungkin agak ‘advance’..tapi, ia memang memerlukan perancangan….untuk apa segan berbicara mengenainya, kerna ia memang fitrah jua lumrah tiap insan yang diciptaNya…telah sekian lama…hati memang menyenangi bayi-bayi kecil jua kanak-kanak…kerna mereka insan kudus….tiada dosa jua noda….justeru, peranan ibu bapalah yang mencorak anak, ibarat kain putih…suci bersih…jua impian tiap insan bergelar wanita…ingin melahirkan anak sendiri….moga mereka menjadi jundi jua jundiyah sejati…dengan izinNya Yang Maha Mengetahui…


Bagiku, untuk menentukan matlamat seterusnya, mungkin lebih sukar, kerna setelah tamat tempoh perkhidmatan wajib di sektor kerajaan….belum terlintas perancangan sendiri meneruskan khidmat di mana2 jurusan…tidak seperti rakan-rakanku yang lain…punyai cita-cita membuka perniagaan sendiri…berbakti pada masyarakat komuniti…tidak kurang juga yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pHd…entahlah…ke mana hala tujuku selepas ini..??...pernah juga terlintas membuka kedai farmasi kerna sunnah Rasul punya perniagaan sendiri…namun, ia hanya perancangan…segalanya ku serahkan pada Dia yang layak menentukan…

Pernah juga suatu ketika, terlintas di hati, ingin ‘berbakti’ sebagai ‘suri’ di mahligai sendiri…menjaga jua mendidik para jundi jua jundiyahku sendiri…kerna sedih, bimbang jua risau menerjah tatkala melihat anak muda mudi hari ini…harga diri entah ke mana…agama dibiar sekadar pada nama…apakah nasib generasi masa depan…?? Tepuk dada…tanya imaan jua taqwa…

Hmm…agak panjang coretanku kali ini..hanya mengenai azam…segalanya ku serah pada Dia yang lebih layak menentukan…kita merancang, Dia merancang…namun, Dia sebaik-baik perancang….

Di sini, inginku merakamkan jutaan terima kasih tak terhingga atas segala ingatan jua penghargaan dari mereka yang mendoakan…segalanya ku serahkan pada Dia yang layak membalasnya….teristimewa buat sahabat yang sentiasa di sisi..'bersusah payah' mengerah keringat jua kreativiti...menghasilkan 'cenderahati' penyeri jiwa ini..jua yang mendoakan segala yang terbaik buat diri ini....’ala kulli haal…jazakALLAHu khairan jaza’…uhibbukum fILLAH…=)

“ Ya ALLAH..jadikanlah kami orang-orang yang bersifat sabar serta berterima kasih dan jadikanlah pula kami orang yan memandang rendah pada diri sendiri sebaliknya besar pada pandangan manusia lain…

Ya ALLAH..jadikanlah kami orang-orang yang mensyukuri nikmatMu, orang yang memuji kerana menerima nikmat itu, orang yang mahu menerimanya serta sempurnakanlah nikmat itu ke atas kami..

Ya ALLAH…tolonglah kami pada jalan-jalan menginatiMu serta mensyukuri nikmatMu juga pada jalan untuk memperelokkan lagi ibadah kami terhadapMu…”

Ameen…ya Rabbal ‘alamin….