Sunday, September 2, 2007

Syukran ALLAH..atas nikmat usia....


Tepat jam 12.10 pagi tanggal 2 September 2007, genaplah usiaku 22 tahun…syukur jua terima kasih tak terhingga ku panjatkan khas buatNya tika sujud syukurku mensyukuri nikmat usia dari Nya…dengan izin jua kasih sayangNya, diri kerdil ini masih diberi peluang meneruskan kehidupan di usia ini…

Ucapan terima kasih kedua buat insan tak terhitung jasa….kedua ibu bapaku…
“Terima kasih Mak, Abah atas jasa jua pengorbanan membesarkan Anem hingga mencapai usia 22 tahun…ampunkan segala dosa jua kesalahan Anem, jua halalkan segala-galanya dalam segenap kehidupan nie…Anem sayang mak abah!!” ~ begitulah bunyi ‘message’ku tepat jam 12 malam 2 Sept semalam...lafaz sayang yang tersimpan…jarang ku berani mengucapkannya dengan bicara kata…kerna mungkin itu bukan kebiasaanku sejak dahulu…namun alhamdulillah, aku telah mengungkapkan kata sayang itu pada mereka seawal pagi tadi…

Bak kata ustaz Zamri dalam forum ‘Love is Cinta’ di KLCC kelmarin, sayang memberi makna rasa menaruh perasaan sayang yang amat…dan pesonanya lebih kuat berbanding kata cinta…kerna ia adalah taruhan rasa seseorang buat yang tersayang…oleh sebab itulah ‘feel’ taruhan rasa sayang perlu diungkapkan dengan bicara kata…ia pasti kan lebih bermakna…inshaaALLAH =)

Hmm…usia yang meningkat…mengingatkanku pada azam jua tekad…terkenang jua pada azam lama…adakah ia tertunai atau masih menunggu masa untuk tercapai..?? tepuk dada tanya iman, Neem…huhu…

Agak lama diri bermonolog…berfikir tentang azam baruku di usia yang baru… permintaan sahabat untuk mengetahui azamku setahun, setahun setengah dan 5 tahun akan datang…ape agaknye ye..??...hmm,mungkin kelemahanku sejak dulu, sukar meletakkan matlamat dalam jangka masa yang terlalu lama…jarang diri mempunyai azam jauh ke depan…bukanlah bermakna diri tidak berpandangan jauh dan tidak bermatlamat…namun, sukar aku meletakkan matlamat jangka masa panjang…selalunya, hanya setahun, atau mungkin dua tahun…jarang ada matlamat 10 tahun ke depan…

Namun mungkin bila meningkat usia seiring masa…aku perlu berfikir lebih jauh…demi harapan jua cita-cita yang lebih tinggi…hmm..sepanjang perjalanan waktu yang ada…ku berazam pada diri, menjadi seorang yang hari ini lebih baik dari semalam…esok lebih baik dari hari ini…mungkin ia biasa..namun, jika diletakkan penghayatan seadanya, itu lebih bermakna…azam demi membuang sifat ‘rugi’ dalam diri…cepat marah…kurang bersabar…dan mungkin seorang yang agak ‘kelam kabut’…hihi…walau ada yang mengatakan ‘sifat’ itu ‘keunikan’ku…namun, apa yang mampu ku ubah..inshaaALLAH cuba ku ubah demi menjadi seorang yang lebih baik dan terbaik buat diri sendiri…biiznillah…

Tidak kurang juga azamku demi menjadi lebih matang dalam tindakan jua amalan… meningkatkan taqarub pada Dia yang Mencipta…mentaati segala syariatNya jua menjauhi laranganNya…dengan kurniaan usia yang ada…

Hmm..azam dalam jangka masa setahun ini, untuk menamatkan pengajianku dengan jayanya…menghadiahkan segulung ijazah Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian…khas buat mak dan abah..yang terlalu banyak berkorban jiwa dan raga untuk melihat aku berjaya seperti orang lain….sebelum ini, mungkin telah banyak ‘expose’ yang aku peroleh mengenai kerjayaku kelak, namun, perkongsian pengalaman seorang lecturer baru, lebih memberi impak dalam jiwaku…betapa kerjaya seorang ahli farmasi bukan semudah yang ku sangka….kerjaya yang turut melibatkan jiwa…segala ilmu perlu ku perkemaskan seadanya demi persiapan ke alam lebih mencabar…inshaaALLAH… semua itu membantuku untuk lebih gigih berusaha jua bersedia…segalanya dengan izin dariMu jua…bagai sukar untuk percaya…hanya tinggal 2 sem untukku menamatkan pengajian….sebelum melangkah kaki ke alam kerjaya….namun, masa yang ada bukan untuk dipersia…ia untuk digunakan semampu daya…berbekal kental semangat, tak kenal putus asa…


Azam seterusnya, dalam jangka masa setahun setengah….entahlah…mengapa sahabat bertanya soalan itu…?? Bagai dapatku ‘tangkap’ maksudnya…namun sukar untuk ku mengungkap bicara…kerna ia bukan semata matlamat…namun, ia perlu perancangan pihak kedua jua ketiga…perlu keizinan mereka yang lebih aula menentukan hala tuju hidupku…sukarku lafazkan…namun, ku pasti mereka yang membaca coretan ini seakan faham maksud tersirat di hati…

Seperti pengisian dari ustaz Zamri…quote dari Abraham Maslow…entah betul entah tidak ejanya begitu….=)…hidup manusia punya banyak keperluan, dan keperluan itu memuncak bagai pyramid, tamsilan kepentingannya dalam diri tiap insan bergelar hamba…kebiasaannya keperluan fisiologi, iaitu makan, minum, tidur dan sebagainya…itu merupakan keperluan paling bawah..namun, ada tiga lagi keperluan, yang meningkat hingga ke puncak…iaitu keperluan berkasih sayang, penghargaan kendiri dan paling kemuncak adalah kesempurnaan diri….walau tiada insan yang dilahirkan sempurna…namun,ketiga-tiga aspek keperluan tersebut akan menjadikan diri seseorang sempurna jua bahagia….dengan kasih sayang, seseorang akan rasa dihargai dan menghargai…saling lengkap melengkapi…inshaaALLAH…bahagia, tenang jua kesempurnaan diri akan datang menghuni, dua hati berkasih sayang kerana Ilahi….


Setiap individu pasti punya matlamat demi membina keluarga sendiri… demi memenuhi fitrah kejadian insaniy…begitu jua diri jua jiwa ini…demi mengisi keperluan hati jua nurani….sukarku berazam…namun, matlamatku mungkin dalam jangka waktu itu….hanya mampu ku bisik.. “Bersabarlah menunggu masa jua tika yang Dia takdirkan…”..Sabran jamila…;)

Dan azam seterusnya…untuk jangka masa 5 tahun…paling sukar untukku mengungkap kata…kerna mungkin ia kelemahan yang dirasa…dari segi kerjaya…mungkin tika itu, aku masih ‘terikat’ untuk bekerja di hospital kerajaan kerna tempoh masa sepatutnya adalah 7 tahun…inshaaALLAH, jika tiada aral…ku bersedia berkhidmat untuk masyarakat…namun, dari segi perancangan keluarga sendiri…tak mampu ku merancang ianya dengan sendiri…kerna ia melibatkan hidup insan lain…insan-insan penting dalam hidupku kelak…mungkin saat itu, hidup bertambah seri dengan kehadiran cahayamata sendiri…inshaaALLAH…walau mungkin agak ‘advance’..tapi, ia memang memerlukan perancangan….untuk apa segan berbicara mengenainya, kerna ia memang fitrah jua lumrah tiap insan yang diciptaNya…telah sekian lama…hati memang menyenangi bayi-bayi kecil jua kanak-kanak…kerna mereka insan kudus….tiada dosa jua noda….justeru, peranan ibu bapalah yang mencorak anak, ibarat kain putih…suci bersih…jua impian tiap insan bergelar wanita…ingin melahirkan anak sendiri….moga mereka menjadi jundi jua jundiyah sejati…dengan izinNya Yang Maha Mengetahui…


Bagiku, untuk menentukan matlamat seterusnya, mungkin lebih sukar, kerna setelah tamat tempoh perkhidmatan wajib di sektor kerajaan….belum terlintas perancangan sendiri meneruskan khidmat di mana2 jurusan…tidak seperti rakan-rakanku yang lain…punyai cita-cita membuka perniagaan sendiri…berbakti pada masyarakat komuniti…tidak kurang juga yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pHd…entahlah…ke mana hala tujuku selepas ini..??...pernah juga terlintas membuka kedai farmasi kerna sunnah Rasul punya perniagaan sendiri…namun, ia hanya perancangan…segalanya ku serahkan pada Dia yang layak menentukan…

Pernah juga suatu ketika, terlintas di hati, ingin ‘berbakti’ sebagai ‘suri’ di mahligai sendiri…menjaga jua mendidik para jundi jua jundiyahku sendiri…kerna sedih, bimbang jua risau menerjah tatkala melihat anak muda mudi hari ini…harga diri entah ke mana…agama dibiar sekadar pada nama…apakah nasib generasi masa depan…?? Tepuk dada…tanya imaan jua taqwa…

Hmm…agak panjang coretanku kali ini..hanya mengenai azam…segalanya ku serah pada Dia yang lebih layak menentukan…kita merancang, Dia merancang…namun, Dia sebaik-baik perancang….

Di sini, inginku merakamkan jutaan terima kasih tak terhingga atas segala ingatan jua penghargaan dari mereka yang mendoakan…segalanya ku serahkan pada Dia yang layak membalasnya….teristimewa buat sahabat yang sentiasa di sisi..'bersusah payah' mengerah keringat jua kreativiti...menghasilkan 'cenderahati' penyeri jiwa ini..jua yang mendoakan segala yang terbaik buat diri ini....’ala kulli haal…jazakALLAHu khairan jaza’…uhibbukum fILLAH…=)

“ Ya ALLAH..jadikanlah kami orang-orang yang bersifat sabar serta berterima kasih dan jadikanlah pula kami orang yan memandang rendah pada diri sendiri sebaliknya besar pada pandangan manusia lain…

Ya ALLAH..jadikanlah kami orang-orang yang mensyukuri nikmatMu, orang yang memuji kerana menerima nikmat itu, orang yang mahu menerimanya serta sempurnakanlah nikmat itu ke atas kami..

Ya ALLAH…tolonglah kami pada jalan-jalan menginatiMu serta mensyukuri nikmatMu juga pada jalan untuk memperelokkan lagi ibadah kami terhadapMu…”

Ameen…ya Rabbal ‘alamin….

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam aneem,

happy belated birthday. sama dgn birthday adik sy :)

selamat berpuasa :)

NuR^QaLBi said...

Salam sarah...thanx anyway..=)

Salam Ramadhan Almubarak..;)