Monday, August 27, 2007

SAYANGI KELUARGA.. DI SITU BAHAGIA…

Hmm…telah sekian lama rasanya..diri tidak menulis…mungkin kerna masa yang mengekang, banyak tugasan yang membeban…

Alhamdulillah telah berakhir satu-satunya exam utk mid term kali ini…dan ku melangkah keluar dari dewan dengan nafas lega…hopefully, result kali ini dapat improve dari yang sebelumnya….

Kebelakangan ini, alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadratNya Yang Maha Penyayang….kerna melimpahkan rahmat kasih sayang tak terhingga buat diri kerdil ini…terasa tenang hati mengenang keluarga….kerna asalku dari mereka…bak kata Ustaz Hasrizal, hati akan tenang jika kita kembali pada yang asal…

Banyak sejarah keluarga yang perlu dan penting untukku ‘rekodkan’ di sini….segalanya membahagiakan…Alhamdulillah…

Aleeya Balqis binti Mohd Nazri….


Tanggal 1 Ogos 2007, lahir seorang lagi insan baru dalam familiku…hadirnya pasti cukup membahagiakan seluruh keluargaku…terutama Amni..terlalu excited dia inginkan adik…semua teddy bear yang bersusun di kamar tidurnya telah dinamakannya…baby Aleeya, baby Amna, baby Aleef..dan banyak lagi nama…semuanya sempena nama kawan-kawan sepermainannya di rumah ‘ibu’ tempat dia ‘ditinggalkan’ sewaktu Along dan kak Siti ke sekolah…tenang hatiku melihat keletah Amni yang semakin aktif dan lincah di usia 2 tahun…boleh hilang segala resah jua bebanan jiwa yang melanda…


Menatap wajah seorang bayi yang belum terpalit dosa jua noda…boleh menenangkan tiap hati yang melihatnya…terasa menitis manik jernihku tika Aleeya berada di pangkuanku…entah dari mana, bagai terasa syahdu pada hadir seorang bayi di pangkuan sendiri…cepatku bisik dalam hati.. “Sabran jamila…” sabar hati menahan segalanya…itu lebih tinggi nilainya di sisi ALLAH…=)


Dalam persinggahan sebentar untuk menziarah Aleeya, dan keluarga Along di Batu Pahat, sempat ku berborak dengan kak Siti tentang saat kelahiran Aleeya…Aleeya lahir setelah di ‘induce’kan…kerna due datenya telah terlewat hampir seminggu..jika dibiarkan, kemungkinan Aleeya akan lemas di dalam perut….kak Siti kata, induce lebih sakit daripada kelahiran bayi secara biasanya… “Tak macam Amni dulu, sekali push je dah keluar…ni kene tunggu berjam-jam sakit, baru sampai masanya Aleeya keluar ke dunia…”… “sakitnya jangan cakaplah…memang pedih…” tak dapatku bayangkan sakitnya tika kak Siti menceritakan saat doctor ingin mengeluarkan sisa uri yang tertinggal setelah Aleeya lahir…ya ALLAH…mungkin hanya Tuhan yang tahu…terasa insaf hatiku, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu…menanggung sakit tika melahirkan diri ini…apatah lagi berkorban segalanya demi membesarkan ku hingga dewasa begini….
“Ya ALLAH…ampunkan dosaku, dosa kedua ibu dan bapaku, dan Kau kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil…”

Beralih kepada sejarah keluargaku yang seterusnya…

Tanggal 24 Ogos 2007…pastinya satu hari yang bersejarah dalam hidup Angah…kerna pada hari ini, Angah menerima anugerah pelajar terbaik dalam kursus perubatannya sewaktu bergelar 5th year medical student…Angah diberi anugerah kerana telah menunjukkan prestasi terbaik dalam bahagian Obstetric & Gynecology ( O&G )… Anugerah tersebut dalah tajaan Wyeth …terasa bangga melihat angah menerima replica cek bernilai RM1000 di Dewan Besar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM tempoh hari…


Dalam hati, ku berbisik “ You deserve it..”..

Terasa kerdil diri ini berbanding Angah…dalam jumlah pelajar medic batch Angah…dia yang mendapat anugerah tersebut…kalah semua pelajar chinese yang selalunya lebih ke depan…Ya ALLAH…besarnya nikmatMu…kalaulah diletakkan diri ini di tempat Angah…ohh..tak mungkin aku mampu berdiri menerima anugerah itu…mungkin mimpi pun, tak layak bagi aku…huhu ~


Selain anugerah tersebut, banyak lagi anugerah lain untuk pelajar perubatan…dan pelajar melayu yang berdiri dalam barisan penerima hadiah tersebut, hanya Angah seorang…ku yakin, pasti hati mak dan abah penuh bangga punya anak seperti Angah…dia telah membuktikan segalanya…membuktikan dengan usaha, segalanya takkan sia-sia…hanya usaha gigih tanpa jemu, segalanya akan terbayar…dan hari itu, aku pasti, angah boleh menarik nafas lega atas segala keperitan yang dia alami selama bergelar medical student…

Segalanya penyuntik semangat untuk diriku…menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini dan untuk masa depan…inshaaALLAH…

Hujung minggu yang baru berlalu, Angah dan familiku meneruskan perjalanan ke Pontian…menziarahi tokbak yang semakin uzur….sedih ku melihat gambar wajah atok yang semakin cekung…atok pernah berjanji pada Angah…akan turun KL sewaktu Angah menerima segulung ijazah kedoktoran…namun, semuanya hanya tinggal janji, kerna atok semakin lemah…tahap kesihatannya mula menurun sejak terkena strok akibat tekanan darah tinggi…sejak itu, seluruh badan atok lemah…hanya mampu berjalan beberapa langkah di rumahnya…lembu dan kebun kelapa sawit, terpaksa diserahkan sepenuhnya kepada Pak Andak untuk menguruskannya…


Mungkin terubat hati atok dapat bergambar dengan Angah yang lengkap berpakaian seorang graduan…berjubah dan bertopi empat segi…tergambar ceria di wajah tokbak dan tokmak…cucu pertama bergelar graduan…ijazah doctor perubatan…ya ALLAH…pasti berbunga bangga hati mereka…Alhamdulillah…


Dan tanggal 27 Ogos 2007…pastinya tarikh bersejarah kedua buat Angah…dia akan bergelar graduan ijazah doctor perubatan….walau hakikatnya dia telah pun bertugas dan bergelar Dr Farhana di Hospital Besar Sungai Petani..terasa tenangku melihat kegembiraan silih berganti…segalanya cukup membahagiakan…terutama bagi mak dan abah…segala jerih perit jua pengorbanan mereka membesarkan Angah telah terbalas jua sewaktu melihat Angah menerima anugerah jua ijazah…dan pastinya kebahagiaan seterusnya bakal menanti setelah Angah ‘dilamar’ menjadi suri hati seorang doctor di hospital tempat angah bertugas sehari-hari….inshaaALLAH…segalanya dengan izin dariMu jua, ya Rabb…aku hanya mampu berdoa segala yang terbaik buat Angah, satu-satunya kakak kandungku di dunia…


Alhamdulillah…Angah memang menjadi idola setiap insan bergelar adik…segala sejarah yang tercatat, menjadi azimat hati ini pada mengulangi segalanya suatu hari nanti…biiznILLAH…

Syukran ya Rabb…segala ketentuanMu…sangat bermakna, tak ternilai harganya buat diri ini…Kau kekalkan kasih sayang kami supaya sentiasa mekar dalam peliharaanMu…


Sayangi KELUARGA…di situ BAHAGIA…

No comments: