Thursday, August 2, 2007

KUATKAN HATINYA, YA RABB….


Saat diri yang sendiri…sering terkenang sahabat…nun jauh di lubuk hati…

‘ Bila rasa penuhi jiwa..’..terlalu sukar untukku ungkap segalanya….laju deraian air mata tika mengenang dirimu, sahabat…terlalu sukar pada hakikatnya….menerima sesuatu di luar jangkaan kita…namun, padaNya jua kita serah segala…kerna Dia lebih tahu hakikatnya….

Pelbagai impian kita bina bersama….bermacam usaha kita galas seadanya….demi menggapai awan tinggi….mendaki puncak bahagia…di sini jua di sana….namun, tika Dia hadirkan ‘sesuatu’…seakan tersentak seketika lamunan kita…diri ini bagai hilang arah…pudar garis impian yang ku lakar di atas pepasir angan seharian….namun, ku tetap bersyukur….Dia menyedarkan kudrat lemah ini…bahawa kita hanya berusaha merancang….malah, Dia jua merancang…tetapi, kita sering lupa…Dia sebaik-baik Perancang….Alhamdulillah…

Percayalah sahabat…

Ujian demi ujian yang ditimpakan…tersirat seribu satu hikmah yang sukar untuk kita suratkan seadanya....namun, percayalah...suatu masa, tika ALLAH singkapkan tabir hijab di depan mata, kitalah hamba paling bersyukur saat dan tika itu....pada menyatakan rasa tawadu’ seorang hamba di depan Khaliqnya….rasa syukur kerna ketentuanNya yang terbaik untuk setiap insan bergelar HAMBA….

Hati ini memahami….jiwa ini merasai...segala keperitan jua kepedihan yang dikau alami...walau mungkin diri tiada daya berada ‘di sana’….namun, doa tulusku tika sujudku saban waktu mengiringi perjuanganmu…usahlah kau ragu….walau dirimu seorang, tapi hakikat jiwamu, bukan sendirian….doa, harapan jua sandaran, kita pulangkan pada Dia….tempat kembali harapan segala pengharap….

Sahabat….

Tabahkan hatimu…kuatkan semangatmu… walau onak ranjau berduri,jua perit tak terperi yang menanti….dirimu bukan seorang…jiwamu takkan sendirian….doaku sentiasa mengiringi…pandanglah pada sinar cahaya yang menanti di depan… kebahagiaan yang pernah kita idamkan….kita lupakan segala impian semalam....kita bina semula segala harapan jua perancangan hari depan berbekal ketentuan yang Dia tetapkan…segala impian, jua perancangan yang terhenti di tengah jalan….kita jadikan ia sandaran, sebagai wadah teladan mematangkan diri menghadapi cabaran mendatang….

Ingatlah sahabat….

Telah bertahun lamanya, segala susah senang kita harungi bersama….di situlah hadirnya percaya......pada impian jua harapan yang akan kita kecapi bersama… demi membina suatu cita...idaman setiap jiwa bergelar hamba…moga kita sentiasa di berkati olehNya…

Ku titipkan cebisan ‘kata’ tak ternilai harga... buat pendorong semangat…penguat keazaman....peneguh ketabahan...jua bingkisan doa dari sahabatmu yang jauh…buat mengiring perjuanganmu…teruskan perjuangan, sahabat…!!

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Ya ALLAH...teguhkan kami di langkah ini...di pencarian hakikat diri...

No comments: