Friday, May 4, 2007

KETANDUSAN JIWA YANG MEMAHAMI....

“ Bumi Wakafan kini kehilangan….ketandusan jiwa yang memahami…perjalanan bagai tak berkemudi…..”

Lirik-lirik ni menggamit rinduku pada bumi itu…rindu yang amat…rindu pada biah, tarbiyah, dan segala memori dulu…namun, apa daya aku? Tak mampu utk ku putar semula masa dulu…

Namun, coretan kali ini bukanlah niatku utk menyingkap semula segala kenangan suka duka tika permukimanku di bumi itu…

“ Tika mata itu memandang, pasti terasa nikmat Tuhan…tika hati itu bisiknya berkumandang, pasti ada yang diinginkan….inginnya teman seperjuangan yang berkasih sayang kerana Tuhan…dipupuk hatinya kerana IMAN, bagi menapak CINTA sesama insan…”

Entah kenapa sayu hatiku melihat kembali kata2 azimat ini…yang kuterima dari seorang kakak…kedua-dua bait kata-kata yang ku coret di atas mungkin tiada kaitannya…tapi bagi diri yang memahami, pasti dapat mencari makna tersirat yang ingin ku lakar kala ini…

Niat hati hanya ingin berkongsi sesuatu jauh di sudut hati ini…semalam, aku menghadiri usrah bersama sahabat2 jemaah…usrah generasi..walau pada mulanya hatiku agak berat utk hadir, disebabkan kekangan masa dan bebanan homework, namun seakan ada bisikan yang mendesak aku utk hadir….Alhamdulillah..tiap kali hati ini ingin ‘beralasan’, pasti ada ‘penjelasan’ yang Dia sediakan utkku setiap kali habis sesuatu program…ada hikmah yg Dia janjikan buat diriku…

Dalam kesibukan menyediakan juadah iftar, aku terdengar bualan sahabat2ku di suatu sudut…perbualan yang pastinya menarik perhatianku…malah, bukan aku saja, tapi kebanyakan ahli jemaah ‘berminat’ bila membincangkan topic ini….UBM….

Dalam usia yang makin meningkat, mustahil jika tiada walau sekelumit rasa ingin membina sebuah mahligai bahagia, dalam diri tiap insan bernama hamba..tambah2 lagi insane bergelar ‘muslimah’….kerna keberkatan dan kesihatan seseorang muslimah jua terletak pada dirinya yang mampu melahirkan zuriat dalam usia yang muda…

Itulah topic perbualan sahabat2ku demi mengisi ruang masa kosong menunggu azan berkumandang…aku sangkakan topic itu menggembirakan mereka, namun salah tanggapanku…salah seorang sahabat memberitahu perihal muslimin yang ‘risau’ kan muslimat kerana kebanyakan muslimat belum settle…paling aku tersentuh bile terdengar sahabat mengatakan….muslimin melarang muslimat meletakkan harapan pada mereka…kerana majority muslimin telah ‘berpunya’…mereka menyuruh muslimat mencari muslimin ‘luar’….dan….perbualan terhenti di situ kerana memberi ruang pada diri menikmati juadah iftar ptg itu…

Selepas solat Maghrib, kami smbung semula menikmati juadah kerana berbuka tadi hanya beralaskan tamar dan kuih muih. Dan masa inilah kami isi dengan perbincangan topic sebentar tadi…berbekalkan pengalaman naqibah usrah, Kak Long, kami peroleh pelbagai ilmu dan cabaran jua semangat baru…

Realiti jua hakikat zaman ini, jumlah muslimin yang sedikit menyebabkan muslimat semakin risau bila memikirkan masa depan jua matlamat untuk membina baitul muslim….Naluri seorang perempuan yang lemah pastinya mendambakan seseorang yang punya jiwa membimbing, memahami dan mampu memberi kebahagiaan dengan kasih sayang.

Namun, naluri seorang muslimah yang lahir dalam tarbiyah, punya fikrah rantai perjuangan Rasulullah, jua faham keperluan hidup dalam perjuangan jemaah, inginkan lebih dari itu…bimbingan, kasih sayang jua pedoman kearah mencari redha Allah...paling penting, biarlah ‘jiwa’ itu memahami dan tidak menghalang perjuangan seorang muslimah, walau dirinya telah bergelar suri sekeping hati, penyeri mahligai suami isteri dan ibu mithali kepada anak-anak abi…

Hatiku menangis bila ada sahabat yang kecewa kerana muslimin telah berpunya…aku faham keperitan jua kerisauan yang melanda jiwa mereka…kebimbangan pada ketandusan ‘jiwa’ yang memahami….namun, Alhamdulillah…. kehadiran Kak Long ternyata memberi perangsang jua azimat berguna buat sahabat2….tidak semestinya dua hati yang faham fikrah perjuangan mampu istiqamah terus berjuang setelah bersatu…kerana telah terbukti dewasa ini, kedua-dua hati yang ‘memahami’ semakin jauh dari medan perjuangan…mungkin kerana ‘keselesaan’ yang dirasakan kedua-duanya pada keadaan mereka yang telah faham…lantas tidak terus berusaha untuk berjuang dan terus berjuang…

Namun, bagi dua hati yang disatukan untuk saling melengkapi kekurangan kedua-duanya, disitulah letaknya ‘kasih sayang’ Allah….dalam menguji kekuatan hati seorang muslimah untuk membimbing seorang ‘nakhoda’ dalam pelayaran mencari redha-Nya jua…

Pesanan paling penting buat seorang muslimah….yakinlah pada janji-Nya…jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan-Nya…Dia punya perancangan yang terbaik buat setiap insan bergelar hamba…..

Terharu aku mendengar segala ‘tazkirah’ dari Kak Long…ternyata dia mantap dengan pengalaman jua ilmu yang terjana hasil perjuangannya di kampus sebelum ini….

Jauh dalam hatiku…aku bersyukur…usrah kali ini terlalu bermakna buatku….memberi aku seribu satu pedoman jua peringatan…selama ini, jarang aku sujud mengucap syukur ke hadrat-Nya atas kurniaan jua ‘hadiah’ sebuah kasih sayang dari ‘jiwa’ yang memahami diri ini….Segala puji bagi-Mu Ya Rabbi..pertemuan jua kasih sayang yang Kau kurniakan terlalu bermakna buat diri ini…Dan, akan ku pastikan agar kasih sayangku tidak keterlaluan sehingga aku menyayangi ‘hadiah’ lebih dari ‘pemberi hadiah’ itu sendiri….

Ya Allah…thabatkan hatiku jua hatinya demi meneruskan perjuangan demi Deen-Mu yang tertinggi…teguhkan hati kami agar terus istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam lindungan rahmat jua kasih sayang-Mu…..Amin Ya Rabbal ‘Alamin…..

No comments: