Friday, May 18, 2007

LAFAZKU YANG TERSIMPAN...

Sayu hati ini tatkala mendengar keasyikan lunak suara UNIC mendendangkan lagu ini… Bait kata yang tersurat, memberi makna penuh tersirat…


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



Basah pipiku saat ini, dihujani butiran mutiara putih bersih, tika benakku mengenangkan suatu peristiwa yang mengulit hati jua sanubari…pernah ku katakan pada seorang sahabat, lirik lagu ini terlalu bermakna buatku, makna yang tersirat dapat dilihat jua tersurat pada diri ini…kerna hakikat diri ini, jarang sekali melafaz kata ‘SAYANG’ pada diri seorang insan, penuh jasa, pengorbanan jua kasih dan sayang… sedari kecil ku di tatang bagai minyak yang penuh…dialah IBUNDAKU tercinta.. tiada kasih jua cinta sesama manusia setanding cinta seorang ibu pada anaknya…kerna cinta ini adalah cinta tanpa syarat…yang menyuratkan tingginya nilai sifat Ar-Rahim..

Namun, coretanku kali ini, bukan berkisarkan apa yang tersirat jua tersurat…tapi pada suatu hikmahNya yang menyedarkan aku tentang erti kasih sayang…

Dalam aku tak sedar, sudah hampir seminggu kesihatanku terganggu..entah dgn siapa aku berjangkit demam selsema…dari gerangan adik2 di rumah atau staff nurse di dispensary, tempat praktikalku sehari-hari…tapi ‘ujian’ Nya itu ku terima dengan redha…sepanjang 5 bulan ini, hampir setiap bulan aku pernah demam…sedangkan tahun-tahun kebelakangan itu, tahap keimunanku lebih tinggi berbanding sekarang…tak apalah..semuanya ku terima, sebagai kafarah dosa-dosa diri yang sering lalai ini…

Namun, kelmarin...pening kepalaku semakin menjadi-jadi…sepanjang hari bekerja, aku sakit kepala…mungkin sbb demam selsema dan cuaca yg sgt panas kebelakangan ini..tambahan pulak, majority ruangan di hospital berhawa dingin…di luar yg sgt panas, dengan di dalam yg sgt sejuk…menyebabkan keadaan kesihatanku makin tak menentu…setibanya di rumah, selepas solat maghrib, aku makan sebiji ‘Carinox’ dengan panadol…planning utk terus tidur je slps isyak…namun alhamdulillah, selepas solat isyak, ku dapati peningku serta merta hilang…panas badan pun mula berkurang…ku bersyukur, mungkin dengan asbab ubat tadi, ALLAH kurniakan aku kesegaran malam itu…segalanya dgn izinNya jua…namun…aku berasa ‘sesuatu’…suatu detikan dalam hati…yang aku sendiri tak faham…yg pasti, aku agak pelik dgn keadaanku…selesai shj solat, aku rasa ringan seperti hilang suatu beban berat di kepala tika sujudku menghadapNya… terus ku tukar planning utk tidur, dgn menyambung tesisku yang belum selesai…

Jam di dinding menunjukkan pukul 11.15…aku makin khusyuk membaca jurnal..adikku pula di suatu sudut melayari internet…sedang yang lain, enak dibuai mimpi indah…tiba-tiba….ku terdengar pintu bilik belakang terbuka…atuk keluar dengan keadaan yang agak tak terurus..jarang ku lihat rambut atuk yang hakikatnya hampir tiada, kerna sepanjang masa, atuk selesa mengenakan serkup di kepala….tapi tika itu, atuk dalam keadaan separuh sedar…atuk ke dapur dengan langkah yang terhuyung hayang… atuk boleh berjalan sendirian, tapi dalam byk keadaan, dia perlukan sesuatu utk dipegang sebagai sokongan…




Aku pelik memerhati gelagat atuk… “Tok nak pi mana?..” aku bertanya. Atok tak dengar…ku ulangi pertanyaan.. “Tok nak pi mana..?”.. “ Dapoq..nak cari periuk, nak letak ubat nyamuk..” jawab atuk dengan nada yang agak tinggi…terkejut jugak aku dengar suara atuk…paling aku terkejut dan pelik…atuk nak cari periuk utk letak ubat nyamuk, sedangkan di rumahku, jarang menggunakan ubat nyamuk lingkaran..just spray ‘ridsect’ atau mortein di suis elektrik…

Aku dengan Ahh saling memandang….kami mendekati atuk yang dah jumpe 1 besen yang disangkanya periuk… “ Tok, mana ada ubat nyamuk lingkar kat umah ni...nak letak apa dalam besen nie?.” Ahh pula bertanya… “ Tok tau la…tok selalu letak kotak ubat nyamuk kat bawah katil tue…tok nak bakaq sikit ja ubat nyamuk…”…aku dengan Ahh makin sangsi..sejak bila pulak atuk letak ubat nyamuk bawah katil bilik tu?...mcm2 persoalan mula ligat bermain di fikiranku…

Aku mula mengesyaki, atuk mengigau…mungkin dia menyangka dia masih berada di rumahnya di Tualang… “Tok, tok kat ghumah kami, kepala bataih…bukan kat tualang..” aku cuba meyakin dan menyedarkan atuk dari lamunannya… “ Dak aih..tok taula tok kat mana..tok kan kat ghumah tok..hampa baghu mai tadi...”…aduss….pening kepala aku…Atuk memang sedang mengigau..dan mengigaunya kali ini sgt teruk…Dia boleh berjalan dan tak sedar apa yg dicakapkannya…

Aku dan Ahh cuba menyedarkan atok, tapi gagal…dia tetap berkeras dengan pendiriannya… dia masuk bilik, cari ubat nyamuk yang pada kebiasaannya di letakkan di bwh katilnya di rumah…bila tak jumpa, di carinya pulak torchlight….bwh bantal…jugak tak jumpa…aduss… “Macamana nak buat ni ahh?..” aku dan Ahh mengejutkan abah dan mak bila keadaan memori atok makin kronik…kali ini, dia nak kunci pintu… “ Jom tok nak kunci pintu…hampa nak balik dah satgi..tok nak kunci semua pintu…takut pencuri masuk…”…kata atok sambil menuju ke pintu depan rumah…

Abah yang terkejut melihat gelagat atok cuba menyedarkan atok….atok mula sedar, tapi beberapa saat kemudian, dia kembali terlupa keadaan sekelilingnya…dia terlupa dia berada di mana, berapa hari dia ‘stay’ di rumah kami, dan lupa segalanya… yang diulanginya beberapa kali, “ Jom, mak nak kunci pintu…” dia bercakap pada abah… “ Mak dah kunci pintu bilik ayaq, dapoq, semua dah…nak tunggu kunci pintu ni ja, lepaih hampa semua balik…” Dia masih menyangka dia berada di rumahnya…

Ya ALLAH….abah, mak, aku dan ahh buntu melihat keadaan atok…ingatannya hilang langsung…kejap datang, kejap hilang…bila dikata dia mengigau, atok melawan… “ Mana ada mak mengigau”..akhirnya, setelah dipujuk banyak kali, atok setuju utk tidur, itu pon setelah melihat pintu dikunci oleh abah...

Tapi…5 minit selepas itu, atok bangun semula dan menuju ke pintu…hampir 3 kali dia berkelakuan yang sama…segala kata2 kami tidak dipedulikannya…bila dia mula sedar yang dia sedang mengigau…dia kata dia pening dan tak tahu apa yang jadi...saat itulah, ku lihat wajah abah sebak…ku menyelami perasaan abah…hati mana tidak sebak melihat ibu yang disayangi mula hilang ingatannya hari demi hari….dan malam itu, ingatan atok lebih teruk dari biasa…sebelum ini, atok memang sering lupa…terkadang, bosan juga melayan soalannya yang sama hampir 3 kali dalam jangkamasa tidak sampai 10 minit…memang menguji kesabaran…

Dan malam itu, penyelesaiannya, aku tidur bersama atok…kerna atok kata dia takut…ini semua mungkin kerana atok fobia disebabkan peristiwa pencuri memecah masuk rumahnya suatu masa dulu…sejak itu, atok sering meracau dan menjerit waktu tidur…terkadang, sehingga dia semput…kesian atok…gangguan jiwa ditambah dengan masa yang memakan usia, dia semakin hari semakin uzur…

Jam di dinding sudah pukul 1.00 pagi…itu pon dengan bersusah payah memujuk atok tidur..aku hanya kesian melihat abah dan mak yang letih..lalu menyuruh mereka tidur..dan berjanji menguruskan atok sedaya kemampuanku…tika itulah, aku tersedar akan detikan hatiku selepas solat isyak mlm itu, baruku sedar, mungkin ‘kesegaran’ yang Allah kurniakan secara tiba2 itu, untuk ‘menemani’ atok malam itu…jika ku tidur slps solat, pastinya tidak dapat ku lihat ‘hikmah’ yang ALLAH selitkan dalam apa yang terjadi malam itu…sebelum abah masuk tidur, abah menghantar atok di katil, dan tika itulah, atok mengeluh, “ aku nak mati dah kot…”…tersentak semua kami yang mendengarnya… abah cuba menenangkan atok sedaya mungkin sebelum masuk ke bilik untuk tidur..

Sebelum tidur, atok bercakap sendirian…namun, jelas kedengaran di telingaku setiap patah yang disebutnya… “ Pintu semua dah kunci, tingkap, dapoq gas…”..tiba-tiba, ku dengar atok mengeluh panjang…. “ Huuuuhhhh….anak2 jauh tak penah tanya kabaq, anak dekat ni ja la nak tumpang duduk pon..ya ALLAHHHH…..”… dan serta merta jugak, hatiku sayu, menangis dengar keluhan atok….mungkin atok rindukan pak ngah yang tinggal agak jauh dan jarang pulang ke kampong…namun, sehingga begitu keluhan atok, mungkin tak terbendung lagi rindu ibu tua ini pada anaknya…saat itu juga, ku azam dalam diri, tak akan mensia-siakan ibundaku tercinta…aku akan berkorban segalanya demi kasih sayang pada mak yang terlalu banyak berkorban pada aku selama ini…

Malam itu, hampir setiap jam atok terjaga…kerna dia tak tahan untuk membuang air…aku menemaninya sehingga dia tidur semula…namun, kepalaku mula pening kerana belum sempat mata terlena, aku dikejutkan semula….bermacam yang dipintanya, air, torchlight dan macam2 lagi..ada ketika aku bosan dan mula hilang sabar kerna tidurku terlalu terganggu….kepala semakin pening…namun, kuturuti jua permintaannya walau dalam keterpaksaan…

Tepat jam 4, aku terjaga…belum sempat mata terlena sebenarnya…aku terdengar suara atok yang agak lemah..dia seperti keletihan yang amat…seperti seorang yang termengah2 selepas berlari jauh…aku memanggil atok…dia menjawab, dan berkata..dia tak tahan sakit…dia nak makan ubat…mulanya aku berat menunaikan kehendaknya, kerna selepas isyak tadi, dia baru makan ubat...tapi, melihatkan keadaannya yang agak ‘kronik’...aku ke dapur menyapu 2 keping roti dengan jam strawberi...untuk mengalas perut atok sebelum makan ubat...tika itu, ku lihat jam di dapur..pukul 4.05pagi...dalam hati, kerisauan menerjah...semalaman aku belum dapat tidur...dengan pening kepala yang mula datang, aku risau keadaanku waktu kerja keesokan harinya...namun, ku yakinkan diri dengan pertolongan Allah di sisiku...

Sambil makan roti, ku amati wajah tua itu sedalam mungkin...menitis air mata mengenangkan atok... “ dia juga ibarat ibuku sebenarnya...tanpanya, masakan aku lahir ke dunia ini... Atok, teringin anem nak cium pipi atok...pada menyatakan rasa sayang ini pada atok...” bisik hati kecilku sendirian....tiba-tiba, atok keluarkan RM20 dari kocek bajunya...menghulurkannya padaku... “ Nah, tok sedekah duit ni kat anem...kesian kat anem...”.. “Takpala tok...simpan dulu..nanti-nanti pon boleh bagi..”.. “Nahlaa..tok nak bagi siap-siap...”... tersentak jugak aku dengan ape yang atok cakap...fikiran mula berfikir yang bukan-bukan... “ kenapa atok nie..?? tadi cakap pasal mati...ni plak, macam esok dah tak ade..” bisik hati ini lagi...aku mula takut....mmg sebelum ni, tak penah atok mengigau seteruk malam tu...lain macam gayanye...aku mula risau...

Selepas makan ubat, atok mula tidur dengan lena...tapi, aku tak dapat lelapkan mata...aku risaukan ‘kepelikan’ atok malam itu...adakah atok akan pergi?..tinggalkan kami buat selama-lamanya..?? “Takkk....tak boleh...aku belum sempat melafaz kata sayang pada atok....aku belum sempat jadi cucu yag baik utk atok...atok tak boleh pegi..” jerit hati aku sndirian, sambil dihujani air mata...aku takut nak tidur...nak duduk di sisi atok...aku takut andai aku buka mata keesokan harinya, atok pergi tinggalkan aku....tika itu juga, teringat aku pada bait2 lagu ‘lafaz yang tesimpan’...tiada lagi ertinya pengucapan, andai akhir nafas di hujung helaan.... “ Atok..anem sayang atok..sayang sangat..jangan tinggalkan anem...” aku seperti hendak mengejut atok yang mula lena dalam tidurnya...namun....

Astaghfirullahal’azim...kenapa aku boleh berfikir sejauh itu..? kenapa ku izinkan bisikan syaitan menguasai diri aku..???....andai kematian yang ALLAH tentukan...siapa aku untuk menghalangnya...?? ku istighfar banyak2 dan menenangkan hati saat itu..aku tak boleh fikir yang bukan2...segalanya mungkin kebetulan....ku lihat jam di handphone.. pukul 4.35pagi...aku kena dan perlu tidur sementara ada masa sebelum pagi menjelang...
Ku mula melelapkan mata...menghilangkan segala keresahan di jiwa.....

Alhamdulillah, tika mata kubuka pagi itu, kulihat atok masih ‘ada’...aku mengejutkannya untuk solat subuh...ternyata...atok tak ingat apa yang terjadi pada mlamnya...seolah baru terjaga dari lena yang panjang...

Ku panjatkan doa agar umur atok dipanjangkan andai itu yang terbaik buat dirinya...ku berazam...akan berbakti pada atok selagi dia masih ada...dan aku tidak mahu menyesal andai dia pergi suatu hari nanti, aku tidak sempat menyatakan rasa sayang cucu ini pada dia, atok yang ku sayang...

No comments: