Tuesday, December 25, 2007

...TESIS…CERITA SUKA JUA DUKA…

Alhamdulillah...tanggal 7 Disember 2007...adalah tarikh penuh bermakna buat diriku...kerna aku telah berjaya menyempurnakan buku tesisku dan menghantarnya ke jabatan Farmasi dengan penuh rasa lega dan syukur...


Saat ini...ingin ku singkap semula segala cerita penuh suka jua duka sepanjang menyempurnakan projek penyelidikan tersebut...biarpun ada cerita duka, namun tika ini..segalanya bagai terubat, kerna ku tahu, untuk menagih secebis kemanisan di depan...kita perlu menelan walau sejuta kepahitan dan pengorbanan...

Segalanya bermula seawal cuti semester yang lalu...masih segar di memoriku, di mana sambil menjalani kursus latihan industri hampir 5 minggu di Hospital Metro, aku sempat menelaah bernaskah-naskah jurnal mengenai tajuk tesisku...mungkin kerna tugasan sepanjang latihan industri yang agak lapang...ku gunakan kesempatan itu untuk menghabiskan hampir 40 jurnal secara minimumnya....selebihnya perlu ku ’langsaikan’ setelah pulang ke kampus...

Setelah hampir 5 minggu berlalu...latihan industri selesai ku sempurnakan...baki seminggu setelah itu, ku tergesa-gesa menelaah jurnal yang ada sambil tidak lupa menyiapkan laporan latihan industri secara keseluruhannya....cuti yang sepatutnya ku habiskan bersama keluarga, bagai berlalu begitu saja...terasa saat-saat indah bergelak ketawa bersama keluarga, telah di ’curi’ seadanya...tambahan lagi, ku perlu pulang segera ke kampus demi memulakan kerja makmal seawal mungkin...

Kepulanganku ke KL ku tangisi...kerna terasa beban yang terlalu berat sedang menanti...namun, berbekal semangat, doa dan dorongan kedua orang tua....ku gagahkan langkah biarpun ku tahu masih ramai rakan jua taulan belum pulang ke kampus tika itu....perasaan cemburu jua sedih menyelubungi...namun ku ubati ia dengan menyibukkan diri seadanya dalam memikirkan perancangan kerja makmal yang perlu ku selesaikan...

Cabaran pertama mula bertandang bila barang kajian yang ku pesan sebelum cuti bermula tidak dapat sampai tepat pada waktunya....lebih menyedihkan, bila pelbagai alasan yang ku terima dari pembantu makmal...terasa bagai usaha ku sedari awal mula sia-sia...tekanan demi tekanan mula bertandang...saat itu, terasa bagai terlalu sukar berurusan dengan manusia...kerna terlalu banyak ragam dan kerenahnya...memang menguji sabar jua redha....


Tekanan bertambah bila komunikasiku dengan penyelia jarang berkesan....sikapnya yang pelbagai...terlalu sukar untuk ku fahami...hanya ’anak-anak’ di bawah seliaan beliau sahaja yang memahami tekanan perasaan yang kami alami...saat itulah...cerita suka jua duka bermula...bersama JJ, Syidah dan Zaima...ku harungi hari-hari menyiapkan kerja makmal bersama...segala kesusahan dan keperitan kami lalui bersama....daripada menangis kerna usaha seperti tidak dipeduli...sehinggalah kepada ketawa bersama demi menghibur hati....hubungan kami semakin erat dari sehari ke sehari....


Ku terlalu bersyukur....kerna di sebalik persiapan menyiapkan tesis sepanjang 2 sem, ALLAH telah mengurniakanku sesuatu yang terlalu berharga...iaitulah erti sebuah persahabatan....walau tekanan jua cerita duka setiap orang terhadap tajuk tesis adalah berbeza...namun, di sebalik cerita duka itulah...hadirnya cerita suka yang memberi makna pada hidup selama bergelar mahasiswa...seharian penat di makmal....hidupku beroleh ceria dengan lawak bersahaja dari JJ dan Syidah...hubungan kami yang terlalu renggang sebelumnya...menjadikan kami rapat dan erat seadanya....


Pelbagai cerita kami kongsi bersama...tekanan dari penyelia...kesusahan menyediakan sampel setiap orang yang berbeza...segalanya memberi makna...buat kami belajar erti hidup bersama....kesusahan JJ menyediakan ointment, keperitan Syidah ’bersilat’ dengan gel...dan kepenatanku dan Zaima memampat tablet...semua itu pernah menjadi seakan ’nightmare’ buat kami suatu tika dulu.... namun, segalanya itu terlalu manis untuk dikenang saat ini....


Masih segar di ingatanku...sejak ku tekad memilih tajuk ’MENGKAJI KESAN EJEN PELICIN KE ATAS PROFAIL PELEPASAN DADAH’ sebagai tajuk penyelidikanku...ku mulakan research berkaitan tajuk berkenaan....walaupun pada awalnya bermula dengan kosong...Alhamdulillah...akhirnya, ku dapat buktikan, bahawa aku mampu menghasilkan suatu kajian mengenai tajuk berkenaan...dan pasti hikmah yang terselit di sebalik pemilihan tajuk itu lebih bermakna....

Walau pernah beberapa kali menerima ’perlian’ dari kawan-kawan...tatkala menerima pelbagai tekanan disebabkan pemilihanku terhadap tajuk itu....especially tekanan dari penyeliaku yang jarang memberi kerjasama dalam bekerja...namun, ku sedar...segala didikan penyeliaku penuh makna buat diri insan yang ingin berjaya....terkadang timbul cemburu di hati..bila melihat kawan-kawan lain mesra dan agak mudah kerjanya akibat sering dibantu oleh penyelia masing-masing....namun, cepat ku pujuk hati...biarpun penyeliaku jarang ’menyuap’ kami dengan pelbagai bantuan...itu lebih baik buat kami...demi bergantung pada diri sendiri untuk berusaha mencari...bagiku, usaha mencari ilmu itu lebih baik daripada hanya menerima sesuatu tanpa rasa penat dan susah...kepenatan dan kesukaran itulah nilai harga yang lebih bermakna....


Ingin ku coretkan sedikit perjalanan projek penyelidikanku sepanjang dua sem yang lalu...berdasarkan kajian yang ku lakukan dari jurnal dan buku rujukan, bahan-bahan yang bersesuaian dalam formulasi menghasilkan tablet Panadol disediakan...ku perlu hasilkan 12 formulasi tablet...di mana dalam kajian ini, ku memilih 4 jenis ejen pelicin dengan 3 kepekatan berbeza...setelah segala bahan dicampur dan diadun, ku perlu memampatkan bahan campuran dalam bentuk serbuk tadi supaya menjadi tablet mampat...


Cabaran paling getir hadir apabila mesin yang digunakan untuk pemampatan tablet tersebut tidak dapat digunakan bersama elektrik...oleh yang demikian, ku terpaksa memampat setiap satu tablet secara manual...mungkin itu juga lebih mudah untuk menyeragamkan berat dan ketebalan setiap tablet...namun, pernah hadir menyesal di hati kerna kepenatan yang ku alami setelah hampir dua bulan ku terpaksa menghabiskan tenaga menekan mesin dengan kuat untuk mendapatkan tablet mampat yang dikehendaki...setiap formulasi memerlukan hampir 100 biji tablet...bayangkan 12 jenis formulasi...hampir 1200 biji tablet perlu ku hasilkan sendiri...mungkin disebabkan masalah teknikal inilah, aku mengambil masa yang agak lama menyiapkan kesemua jenis sampel...pernah juga ku terasa hati apabila penyelia ku sendiri menyindirku kerna memilih tajuknya...”orang laki je sesuai handle dengan mesin-mesin nie...” namun, ku telan semuanya...dan alhamdulillah..ku dapat buktikan, aku juga mampu melakukan sesuatu yang mencabar...segala puji selayaknya bagi ALLAH...

Setelah semua sampel tablet selesai dihasilkan., cabaran lain pula menanti...iaitu ujian prestasi tablet...kesemua tablet tadi perlu melalui ujian-ujian kualiti bagi menentukan kesan kehadiran ejen pelicin terhadap kadar keterlarutan dadah....hmm...cabaran kali ini alhamdulillah, tidak seberat ketika di makmal farmaseutik...kerna segala prosedur makmal dan apa yang tidak ku fahami, dapat ku rujuk pada kawan-kawan lain yang telah terlebih dahulu menjalankan kerja makmal mereka di makmal kawalan kualiti...terima kasih buat Azia, Amalia, Zai, Sam, Kak Nurul dan Qis yang banyak membantu sewaktu aku berada di makmal ’mereka’....


Disebabkan masa yang ku habiskan untuk menyiapkan kesemua sampel agak lama, masa yang berbaki untuk ku selesaikan ujian prestasi tablet terlalu sedikit...sehingga ku terpaksa datang ke makmal pada hari minggu untuk menyiapkan semua kerja makmal mengikut jangka masa yang telah di tetapkan...tekanan bertambah bila ada method ujian yang terpaksa ku ulangi dari mula disebabkan miscommunication dengan penyelia...namun, segalanya ku terima dengan tabah dan akhirnya semua ujian makmal dapat ku selesaikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan....


Di samping persahabatan yang lebih erat terpupuk...ku bersyukur kerna aku mendapat peluang untuk mendekati pembantu-pembantu makmal (PPSP) yang rata-ratanya berpangkat kakak, abang dan juga ayah buat kami...kesemuanya sangat membantu dan friendly...walau sesekali timbul terasa hati kerna dimarahi, namun segala tindakan mereka adalah untuk kebaikan dan demi mengajar kami sesuatu yang bererti...dan alhamdulillah ku akui, hubungan baik dengan mereka lebih memudahkan segala urusan makmalku...

Setelah segala kerja makmal siap ku laksanakan, tibalah masanya untuk ku sempurnakan kerja-kerja disertasi atau penulisan tesis...part ini juga agak mencabar kerna aku perlu membaca lebihan-lebihan jurnal sebagai bukti bagi menyokong keputusan-keputusan yang ku peroleh daripada kerja amali....keputusan ujian yang telah siap, dianalisa sebaiknya dan dibincangkan berdasarkan bukti daripada kajian-kajian terdahulu...

Setelah disertasi sempurna...draft tesis dihantar...kelegaan menerjah tatkala segalanya sempurna...fokus pada final exam juga dapat dilakukan....namun, setelah exam berakhir, debaran mula terasa demi menanti hari-hari viva...

Alhamdulillah...pada tanggal 30 November 2007, kira-kira jam 10 pagi, tamatlah sesi vivaku...ku keluar dari bilik sesi viva pagi itu dengan penuh kesyukuran...viva berjalan lancar...dan segalanya dipermudahkan...segala puji ke hadrat Tuhan....

Alhamdulillah...itulah kata-kata tak termampu ku ungkapkan atas segala nikmat jua bantuan yang Dia kurniakan sepanjang menyempurnakan tugasan ini....segala kesabaran jua kekuatan diri yang teruji sebelum ini seakan berbaloi bila menyaksikan buku tesisku siap di jilid.....

Terima kasih tak terhingga buat ayah bonda jua keluarga, yang terlalu banyak memberi sokongan jua bantuan dari pelbagai segi selama proses menyiapkan tesis ini...tidak lupa buat sahabat yang sentiasa di sisi, setia mendengar jua memahami segala isi hati...buat rakan-rakan seperjuangan yang berkongsi suka jua duka...walau perit yang kita rasa, namun segalanya tersirat penuh makna....dan jua jutaan terima kasih pada penyelia yang banyak membantu dan berkongsi ilmu...walau ’didikannya’ seakan berlainan berbanding penyelia lain, namun itulah ’keunikannya’, yang terlalu memberi aku sejuta makna dalam mematangkan diri meniti arus hidup ini....


Alhamdulillah....:)

6 comments:

djambu puadovich said...

mak aii...pjgnye tajuk tesis ko...saje aku nk nyebok kat sini...aku add link ke blog ko eh? keh3...

NuR^QaLBi said...

panjang ke?..ko belom tengok tajuk org lain la yeop...tajuk org lain dekat tiga ke empat line maa..;)

ink3r said...

huhuhu teringat pulak tolong puch tablet hari tu.. seronok!

NuR^QaLBi said...

hihi..thanx utk ihsan..sbb tolong nyebuks punchkan tablet..org lain tlg tengok je...huhu ;)

~bo[S]an~ said...

Aik?ada lg bdk pharm terjebak dgn blog2 ni ek..xtau lak.selamat perkenalan.huhu.bestnye dah anta tesis.ktorg tgh wat lg ni..byk giler lg xsiap.huhu

NuR^QaLBi said...

hmm~~..ape maksud nye?dak pharm xleh ade blog?..just sbg wadah luahan rasa..;)