Thursday, July 24, 2008

...RINDU....

Hati ini kembali sepi....sepi yang amat...
Hati ini kembali rindu....rindu yang amat...
Rinduku pada jemaah...
Rindu pada bi'ah...
Rindu pada ukhuwwah...
Rindu pada sahabat sahabiah...

Ya Rabbi...Kau uji lagi hati ini dengan sepi yang tak berganti...ampunkan diri ini...;(

"Bisikku pada bulan...kembalikan temanku...kekasihku...syurgaku...
Tanpa dia..malam menemaniku...sepi memelukku...
Bulan...jangan biar siang....biar alam ini kelam...
Biar ia SEPI sepertiku...."

Sahabat...hati ini rindu...rindu sangat pada kalian....;(


Thursday, July 10, 2008

DUA MINGGU YANG PENUH BERMAKNA ( 31 Mei – 14 Jun ’08 ) PART III

Akhirnya, setelah 9 hari bermukim di Mekah, kami perlu berangkat ke Madinah mengikut perancangan yang telah ditetapkan....kami akan bertolak ke Madinah selepas Asar...sebelum Zohor, kami mengemas semua barang-barang dan beg yang dibawa kerana kami akan stay di masjid sehingga Asar...selepas solat Asar pada hari itu, kami melakukan tawaf wida’ (tawaf selamat tinggal)...tika melakukan tawaf terakhir itu, air mataku menitis lagi... kerna terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada BaitULLAH...rinduku pada ’rumah suci’ itu akan berbunga kembali....pasti...;(


Sambil melangkah meninggalkan Kaabah, air mata ini masih bergenang...terasa belum terubat rindu ini untuk menatap Kaabah semahunya...namun, aku terpaksa akur pada ketentuanNya...kenangan dari hari pertama di Mekah terimbau silih berganti....walau terasa berat di hati untuk melangkah pergi, namun, jauh di sudut hati, ku ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna memberi peluang ku menjadi ’tetamu’ Nya kedua kali... ku lambaikan tangan pada Kaabah...sambil berbisik ke hati, bahawa aku akan datang lagi...inshaALLAH andai ada rezeki jua selari dengan izin dari Rabbi....biiznILLAH...

Setelah sampai di hotel, kami mengangkat barang-barang untuk dimasukkan ke dalam van untuk berangkat ke Madinah....terasa berat dan sedih di hati bila mengenangkan entah bila aku akan ke sana lagi....namun, ku pujuk hati agar sabar dan redha dengan perpisahan pada petang itu...



Perjalanan ke Madinah mengambil masa hampir 5 jam...seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth.... kami banyak berehat dan tidur sepanjang perjalanan, kerana hari sudah larut malam...hanya berhenti di kawasan rehat dan hentian bagi mengerjakan solat maghrib dan isyak serta makan malam....kemudian, apabila tersedar dari tidur, aku sudah berada di bandar Madinah....keadaan di sana sudah berubah...banyak hotel-hotel besar berdiri megah di sekeliling Masjid Nabawi....namun, tidaklah terlalu jauh berbeza dengan keadaan ketika lapan tahun ku menziarahi Madinah dulu...Cuma sekarang, kawasan masjid sudah diperbesarkan...dan kebanyakan hotel-hotel yang dibina bertaraf 3 hingga 5 bintang....


Setelah tiba di hotel yang dijanjikan oleh pihak agensi, kami berehat dan tidur sebentar sebelum bertolak ke Masjid Nabawi untuk solat subuh kira-kira jam 4 pagi... Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga aku menjejakkan kaki di masjid mulia itu untuk kali kedua....

Keadaan di Masjid Nabawi jauh berbeza dengan Masjidilharam...ini kerana, tempat solat bagi muslimat dan muslimin telah diasingkan terus....tidak seperti di Masjidilharam, tempat solat muslimat dan muslimin hanya dipisahkan oleh rak-rak Al-Quran yang menghadkan suatu kawasan bagi saf-saf muslimat...para suami hanya dibenarkan menghantar isteri di pintu pagar masjid sebelum mereka pula bergegas ke tempat solat muslimin.... kawalan ketat juga berlaku di pintu masuk masjid bagi kawasan solat muslimat.... kamera, handphone berkamera dan makanan serta minuman di rampas sama sekali...namun, bagi yang pandai berhelah, mungkin terlepas...disebabkan itu juga lah, aku dan famili tidak berani membawa kamera ke dalam masjid....tiada suatu gambar pun di dalam masjid yang sempat kami rakamkan untuk kenangan...sebaliknya, hanya dapat bergambar di kawasan luar masjid....tidak sepeti di Masjidilharam, kawalan tidaklah seketat di Masjid Nabawi...itulah sebabnya, banyak gambar kenangan yang sempat kami rakamkan dari dalam Masjidilharam...;)


Menurut pemandu pelancong yang bersama kami sepanjang permukiman di Madinah, orang Madinah mempunyai suatu mazhab di mana, mereka agak bersikap seperti ’menganaktirikan’ muslimat dalam hal-hal beribadah.... disebabkan itulah, kawalan terlalu ketat diberikan di bahagian muslimat... di samping itu, hanya ada selang waktu tertentu diperuntukkan bagi muslimat untuk menziarahi Makan Rasul dan bersolat di Raudhah...iaitu dari jam 7.30 hingga 10 pagi. Selepas waktu itu, muslimat tidak dibenarkan solat di kawasan Makam Rasul dan juga Raudhah...tidak seperti yang berlaku di bahagian muslimin, di mana mereka dibenarkan solat dan berdoa sepuas-puasnya di Raudhah kecuali pada waktu ziarah muslimat ke kawasan tersebut...


Walau bagaimanapun, ku tetap bersyukur kerna berpeluang menziarahi Makam Rasul dan bersolat dua rakaat serta berdoa di Raudhah...sempat ku sampaikan salam sanak saudara jua sahabat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..itu pun hanya dari kejauhan kerana muslimat tidak dibenarkan berada hampir atau rapat dengan makam Rasul, ditambah dengan keadaan yang sesak dan ramai orang, ku hanya memandang dari kejauhan dan menyampaikan salam....

Ketika bersolat di Raudhah juga, kami dikelaskan terlebih dahulu mengikut bahasa yang digunakan....untuk jemaah dari Malaysia, Indonesia dan Brunei, kami dikumpulkan dalam kelas yang sama iaitu ’Bahasa Melayu’....dan semua jemaah dikumpulkan mengikut kumpulan bahasa masing-masing, dan dipanggil masuk ke Raudhah mengikut giliran....

Paling aku terkilan, solat yang dapat dilakukan tidaklah sekhusyuk yang diharapkan, kerna terpaksa berebut tempat dengan ramai jemaah yang lain....ada juga yang memijak kepala ketika sujud...ditolak ketika rukuk....semuanya kerana peraturan yang ditetapkan sebegitu...lebih terkilan, seusai memberi salam selepas solat, aku serta jemaah yang lain ’dihalau’ keluar dari Raudhah demi memberi peluang kepada jemaah negara lain pula untuk solat di situ....tidak sempat langsung menadah tangan untuk berdoa...semuanya gara-gara peraturan yang diamalkan di sana....

Namun begitu, pada hari kedua ziarahku ke Raudhah, iaitu hari terakhir aku di Madinah, serta semasa melakukan ziarah wida’, sempat ku berdoa sepuas hati di tempat mulia itu, kerna pada hari itu, sambil menunggu jemaah negara lain bersolat, kami dibenarkan menunggu giliran solat di dalam Raudhah, tidak seperti hari sebelumnya, di mana kami disuruh menunggu di luar kawasan Raudhah... Alhamdulillah...


Rutin seharian kami selama 3 hari 3 malam di Madinah adalah menunaikan tiap waktu solat secara berjemaah di Masjid Nabawi selain membaca ayat-ayat suci Al-Quranulkarim pada selang waktu solat atau semasa menunggu azan berkumandang.... Dalam perjalanan pulang dari masjid ke hotel, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang, termasuk juga buah-buah kurma, kismis, tin, zaitun dan banyak jenis kekacang...kami membeli buah-buah kurma dan lain-lain makanan sekadarnya untuk dibawa pulang ke Malaysia...selain itu, kami juga membeli sedikit barangan tanda kenangan dari Bumi Anbiya’...


Pada hari kedua di Madinah, kami dibawa oleh wakil agensi menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Madinah...di antara tempat-tempat yang kami ziarahi adalah Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Masjid Quba’, dan Kebun Kurma..pada malamnya pula, selepas isyak, kami menziarahi perkuburan Baqi’ yang berdekatan dengan Makam Rasul....


Tempat pertama yang kami lawati adalah Jabal Uhud....di bukit inilah terjadinya Perang Uhud iaitu perang kedua di antara 1000 umat Islam dan 3000 musyrikin Quraisy...wakil agensi yang bersama-sama kami ke situ menerangkan serba sedikit di mana tempat persembunyian tentera-tentera Islam dan musyrikin Quraisy semasa peperangan berlangsung serta tempat terjadinya tragedi di mana para mujahidin Islam tertewas setelah mengingkari arahan Rasulullah SAW agar tidak turun ke kaki bukit Uhud... di kaki bukit Uhud itu juga, terdapat kawasan berpagar yang menempatkan kubur-kubur para mujahidin serta sahabat-sahabat Rasulullah yang syahid di medan Perang Uhud...setibanya kami di sana, wakil agensi itu mengepalai acara bacaan doa untuk dihadiahkan buat para sahabat dan mujahidin yang bersemadi di sana....moga peristiwa sejarah yang terjadi memberi pengajaran buat kita umat Islam hari ini agar lebih menghayati jerih perit dan pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat demi mempertahankan ketinggian dan kesucian agama Islam yang kita ’warisi’ saat dan tika ini...


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Masjid Qiblatain...masjid ini dinamakan ’Dua Kiblat’ kerana semasa Rasulullah sedang bersolat menghadap Masjidil Aqsa, iaitu kiblat pertama umat Islam, Allah telah menurunkan perintah agar kiblat umat Islam diubah ke arah Kaabah... oleh yang demikian, Rasulullah bersolat semula dan menghadap ke arah Kaabah, yang kini kekal menjadi kiblat umat Islam seluruhnya...semasa tiba di sana, masjid ini sedang mengalami renovation, namun demikian, kami sempat solat sunat tahiyatul masjid di sana....alhamdulillah...=)
Setelah menziarahi Masjid Qiblatain, kami seterusnya ke Masjid Tujuh....namun, kami tidak singgah bersolat di masjid tersebut kerana keadaan agak sesak....di tambah pula dengan cuaca tengahari itu terlalu panas...kami hanya menyinggah di tepi jalan dan menyaksikan masjid tersebut....mengikut sejarahnya, terdapat tujuh buah masjid di kawasan berkenaan...dan setiap satu masjid dinamakan dengan nama para sahabat terdekat Rasulullah...namun, menurut wakil agensi yang bersama kami, hingga saat ini, hanya ada dua masjid sahaja yang kekal, lima lagi sudah roboh barangkali...walau bagaimanapun, hanya kelihatan satu masjid sahaja yang agak sempurna, satu lagi hanya tinggal tiang-tiang batu sebagai tinggalan sejarah yang ada....



Kemudian, kami terus ke Masjid Quba’....Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW....menurut hadis Rasulullah SAW, sesiapa yang mengerjakan solat dua rakaat di masjid ini, mereka akan dikurniakan ganjaran pahala bersamaan dengan ganjaran pahala mengerjakan umrah...oleh itu, menurut wakil agensi itu, ahli Madinah atau orang-orang yang tinggal di Madinah mempunyai kelebihan di mana, mereka tidak perlu bersusah payah mengerjakan tawaf, saie dan tahalul kerana dengan hanya bersolat dua rakaat di masjid ini, mereka akan mendapat ganjaran pahala yang sama seperti orang Mekah yang dapat mengerjakan umrah di Mekah....alhamdulillah....


Selepas itu, kami bergegas menziarahi Kebun atau Ladang Kurma yang terletak berhampiran Masjid Quba’...itulah pertama kali aku menziarahi kebun kurma kerna pada kali pertama ke tanah suci pada tahun 2000 dulu, kami tidak berkesempatan ke sana...hanya sempat melawat pasar kurma pada ketika itu...setibanya di kebun kurma, kami disambut oleh pekerja-pekerja di situ dengan jamuan teh dan pelbagai jenis buah kurma yang dipetik dari kebun tersebut....aku rasa kagum dan terpegun melihat tandan-tandan buah kurma yang terlalu banyak di atas pokok.....sekali pandang, tidak jauh bezanya dengan pokok dan buah kelapa sawit yang terdapat di Malaysia...


Berada di kebun tersebut, dapat ku kenang semula episod-episod dalam ’Cinta Madinah’ yang pernah popular di TV3 suatu masa dulu...scene-scene dalam jalan cerita drama tersebut kebanyakannya dilakukan di Madinah dan salah satu scenenya adalah di kebun kurma tersebut...=)


Alhamdulillah... akhirnya niat dan hasrat melihat pokok kurma secara dekat tercapai jua...kerna sebelum ini, tertanya-tanya juga bagaimana agaknya bentuk pokok kurma dan dahan-dahan serta buah kurma yang masak ranum di atas pokok....melihat buah-buah kurma yang masak ranum di tandan-tandan pohon kurma, teringatku pada sejarah kelahiran Nabi Isa ’Alaihissalam...di mana selepas Maryam selamat melahirkan Nabi Isa, beliau menyandar sambil memukul-mukul dahan pohon kurma tempat beliau berteduh, lalu buah-buah kurma pon jatuh dan beliau memakan buah kurma tersebut demi mendapatkan sedikit tenaga....tindakan beliau menyandar serta memukul pohon kurma tersebut dijadikan sebagai ’asbab’ ke atas rezeki yang ALLAH kurniakan buat beliau...ini menunjukkan bahawa, untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh kerna itulah yang menjadi ’asbab’ kejayaan atau kurniaan yang ALLAH limpahkan buat insan bergelar hamba....setelah puas mengambil gambar-gambar kenangan di kebun kurma tersebut, kami membeli sedikit buah tangan dari situ untuk dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan sanak-saudara...Setelah itu, kami pulang ke hotel untuk beristirehat sebelum tiba waktu Zohor...

Pada waktu malamnya, kami telah dibawa oleh wakil agensi tersebut menziarahi perkuburan Baqi’...iaitu berhampiran dengan Makam Rasul...pada mulanya, kami bercadang menziarahi tempat itu pada awal pagi selepas Subuh hari tersebut, namun, disebabkan aku, emak dan adikku sesat dan tidak jumpa jalan ke sana, kami menukar rancangan tersebut ke waktu malam antara solat maghrib dan isyak... namun, nasib tidak menyebelahi kami pada malam itu, kerana perkuburan tersebut ditutup untuk ziarah pada waktu malam....walupun begitu, menurut kata wakil agensi tersebut, hanya ada waktu tertentu sahaja muslimat dibenarkan masuk atau menziarahi perkuburan tersebut....walaupun tidak dapat masuk, kami tetap menghadiahkan doa buat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang disemadikan di perkuburan tersebut di tangga berhampiran pintu masuk ke perkuburan tersebut....

Setelah berada tiga hari tiga malam di Madinah, akhirnya tibalah masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal pada bumi Anbiya’ itu...terasa berat hati ini untuk menamatkan saat-saat manis tika di sana.... kerna timbul persoalan di hati ini, bila lagi agaknya aku berkesempatan untuk ke sana lagi....andai ada umur yang panjang, inshaALLAH bertemu lagi...namun, andai takdirnya mengatasi segala, ku akur pada qada’ jua qadarnya yang terbaik buat setiap hamba...


Setelah melakukan ziarah wida’ ke Makam Rasul, kami bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah seawal jam 9 pagi...kerna perjalanan mengambil masa hampir 5 jam...menitis jua air mata ini tika melambai Masjid Nabawi untuk kali terakhir...andai ada pertemuan, inshaALLAH ke temu lagi...


Setibanya di Jeddah, kami check in dan segala proses di lapangan terbang berjalan lancar alhamdulillah....dan kami berlepas dari lapangan terbang Jeddah ke Karachi, Pakisan pada jam 10.00 malam waktu Mekah...hampir 3 jam berada di udara, kami mendarat di Lapangan Terbang Karachi, dan waktu di sana adalah 5.30 pagi...disebabkan penerbangan kami ke Malaysia pada pukul 3.00 pagi hari berikutnya, dan transit di situ hampir 22 jam, kami diberi penginapan sementara di Airport Hotel...tidak ramai jemaah dari Malaysia yang transit di situ...hanya ada 15 orang termasuk kami sekeluarga 5 orang...

Cuaca di Pakistan tidak jauh berbeza dengan Mekah dan Madinah....panas dan kering....menurut pekerja di hotel tersebut, cuaca pada waktu itu adalah cuaca paling panas di Pakistan....semuanya seakan diatur elok oleh ALLAH....buat aku lebih menghargai nikmat cuaca yang lebih selesa yang selama ini ALLAH kurniakan buat aku di Malaysia....segala puji-pujian selayaknya hanya untukMu ya Rabb...


Disebabkan selang masa yang agak lama sebelum penerbangan yang seterusnya, kami menggunakan peluang tersebut untuk berjalan-jalan dan menziarahi tempat-tempat di bandar Karachi....bak kata abah... ” Bila lagi nak jalan-jalan Karachi?...kalau saja-saja nak mai sini, jangan harapla...”....oleh sebab itu, sesudah Zohor, kami menggunakan khidmat pemandu pelancong yang disediakan di hotel tersebut untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar bandar Karachi....



Di antara tempat-tempat yang dibawa oleh pemandu pelancong tersebut adalah Masjid Tuba, tepi pantai Lautan Hindi, kilang membuat kraftangan dari Pakistan seperti marble, karpet bulu, serta cadar dan sarung bantal yang di hias dengan hiasan tangan, city centre, dan terakhir adalah kubu peringatan Presiden pertama Pakistan, iaitu Muhammad Ali Jinnah....



Tempat pertama yang kami lawati adalah Masjid Tuba...keunikan masjid ini adalah ia dibina tanpa satu tiang pun yang menyokong...dan ia boleh memuatkan hampir 5000 jemaah pada satu-satu masa....terasa kagum juga melihat seni bina masjid tersebut, kerna inilah pertama kali aku melihat masjid sedemikian rupa....subhaanALLAH...


Kemudian, kami dibawa mengambil angin di tepi pantai....ternyata angin di tepi pantai Lautan Hindi tersebut sangat kuat kerna ia adalah laut lepas...bagi menarik perhatian pelancong yang menziarahi tempat tersebut, pihak pantai menyediakan unta dan kuda untuk di tunggang oleh pelancong...namun, di sebabkan keadaan cuaca tengahari itu yang agak panas dan angin kering yang bertiup, kami hanya singgah sebentar di tepi pantai tersebut...

Seterusnya, kami dibawa ke kilang yang membuat pelbagai jenis marble atau hiasan kaca, karpet bulu serta cadar dan sarung bantal yang dihias dengan hiasan tangan....kami melihat sendiri sarung bantal dihias dengan hiasan tangan seorang pekerja di situ...sangat unik dan menarik...menurut pekerja di situ, bahan yang digunakan untuk hiasan adalah getah pokok yang dicairkan dan dijadikan gam berwarna....selain itu juga, terdapat banyak barangan kulit di kilang tersebut, semuanya agak murah kerna mata wang Pakistan kecil jika dibandingkan dengan mata wang Malaysia...sebagai tanda kenangan, kami membeli satu karpet yang diperbuat daripada bulu arnab untuk dibawa pulang ke Malaysia...harganya pun jauh lebih murah jika dibandingkan dengan karpet yang sama dibeli di Malaysia...

Kemudian, kami dibawa melihat dan menjamu mata di pusat bandar Pakistan...dalam perjalanan ke pusat bandar, aku dapat melihat rumah kediaman Benazir Bhutto yang terletak tidak jauh dengan pusat bandar...banyak askar atau ranger yang lengkap berpakaian seragam dan bersenapang sedang berjaga-jaga di sekitar rumah beliau....sebenarnya, jauh dalam hatiku saat itu, aku merasa takut dan kurang selamat tika berada di bandar tersebut...ini kerana, askar dan ranger pasti ada atau sedang berjaga-jaga di setiap penjuru jalan di pusat bandar tersebut....mengapa keadaannya sedemikian rupa?...persoalan bermain di benakku....adakah pertelingkahan atau rusuhan sering berlaku?..sehingga perlu ditempatkan seorang atau dua orang ranger di mana-mana.?...


Entahlah...namun, apa yang kurasai, turut dirasai oleh adik bongsuku...semasa kami berhenti sebentar untuk berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar pusat bandar itu, adikku meminta dan seakan mendesak untuk pulang....keadaan di sana tidak begitu selesa, kerana terlalu ramai manusia...dan kebanyakan mereka adalah lelaki....jarang sekali ku lihat wanita berada di sana....disebabkan itulah, aku merasa kurang selesa dan tidak selamat berada lama di tempat sebegitu....gaya dan ragam setiap orang juga berbeza...cara mereka merenung dan memerhatikan kami pelancong asing seperti hendak merompak lagaknya....


Tidak ku nafikan, keadaan ekonomi penduduk Karachi agak mundur dan miskin berbanding Malaysia....pantang kereta berhenti di lampu isyarat, pasti ada seorang dua peminta sedekah menghulurkan tangan meminta sedekah dari luar kereta....panorama orang tidur di tepi jalan atau kaki lima bukan suatu pemandangan yang pelik di bandar itu kerna di sana sini, dapat di lihat ’pemandangan’ tersebut....disebabkan itulah, kami tidak membeli apa-apa di pusat bandar, dan meminta pemandu pelancong tersebut meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami....selain itu juga, aku dapat melihat kemudahan pengangkutan awam di sana yang agak daif...bas antik yang penuh warna-warni, beca atau lebih dikenali sebagai tut-tut masih banyak di sana....malah, masih ada orang yang menggunakan keldai untuk mengangkut barang dari satu tempat ke tempat lain...terasa terharu dan syukur ku panjatkan atas segala kurniaan Tuhan yang melimpah buat diriku selama ini....



Akhirnya, kami sampai ke destinasi terakhir kami iaitu tugu peringatan Presiden pertama Pakistan, iaitu Muhammad Ali Jinnah....menurut pemandu pelancong tersebut, kebanyakan pelancong yang melawat Pakistan, pasti tidak akan missed untuk menziarahi tugu tersebut....panorama dari tugu peringatan tersebut sangat cantik kerana kami dapat menyaksikan panorama bandar Karachi hampir keseluruhannya dari atas tugu tersebut...


Setelah penat berjalan-jalan, kami terus pulang ke hotel untuk tidur dan berehat sebentar sebelum mengemas semula barang untuk berangkat ke airport pada malam tersebut....akhirnya, pada jam 3.40 pagi, kami berlepas dari lapangan terbang Karachi dan tiba di Lapangan Terbang KLIA pada jam 11.40 pagi....Alhamdulillah....segalanya selamat...pergi dan pulang....

Sesungguhnya segala kenangan, memori dan pengalaman yang tertitip sepanjang dua minggu ini terlalu bermakna buat hati ini....moga coretan ini dapat memberi manfaat pada sahabat jua dapat mengembalikan kesegaran memoriku tika hati ini rindu.....inshaALLAH....

Thursday, July 3, 2008

DUA MINGGU YANG PENUH BERMAKNA ( 31 Mei – 14 Jun ’08 ) PART II


Pada hari ke empat di Mekah, kami dibawa menziarahi ke tempat-tempat yang lazim diziarahi jemaah-jemaah yang mengerjakan umrah....antara tempat yang kami ziarahi di Mekah adalah Jabal Thur, Padang ’Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah, tempat melontar Jamrah, dan juga Ja’ Ranah...


Tempat pertama adalah Jabal Thur...atau dikenali sebagai Bukit Thur...di bukit inilah menyaksikan Rasulullah SAW dan sahabat baginda, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq menyembunyikan diri dari kafir Quraisy semasa peristiwa Hijrah...di dalam gua di bukit ini jugalah menyaksikan pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabat yang sangat dikasihinya....di mana, ia menyaksikan pengorbanan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq yang sanggup membiarkan kakinya dipatuk ular demi menyelamatkan nyawa Rasulullah Kekasih ALLAH....Masya ALLAH..segala seerah yang terungkap dapat kuhayati tika berada di kaki bukit tersebut....moga ’ibrah daripada peristiwa seerah tersebut dapat kita hayati bersama demi menelusuri hidup berukhuwwah....


Kemudian, perjalanan kami diteruskan ke Padang ’Arafah...kami tidak berhenti di mana-mana lokasi sepanjang Padang ’Arafah...sebaliknya, kami agak terpegun menyaksikan Padang ’Arafah yang sepatutnya gersang tanpa tumbuhan, ditumbuhi dengan tumbuh- tumbuhan hijau yang segar....lagaknya seperti taman yang penuh dengan pohonan renek hijau lagi segar...tika itu juga, aku teringat pada suatu tazkirah yang pernah ku dengar dulu, bahawa salah-satu tanda-tanda datangnya hari Kiamat adalah apabila Padang ’Arafah ditumbuhi dengan pepohon hijau....Astaghfirullah...sukar hati menerima, namun, itulah hakikat di depan mata...


Seterusnya, kami singgah di Jabal Rahmah...menurut kata pemandu pelancong yang bersama-sama kami, di Bukit Rahmah inilah tempat berlakunya pertemuan semula Adam dan Hawa setelah dipisahkan selama hampir 40 tahun....tangga-tangga batu telah dibina bagi memudahkan jemaah umrah atau haji mendaki Jabal Rahmah tersebut...agak semput juga tika mendaki tangga-tangga menuju puncak bukit tersebut....keistimewaan Jabal Rahmah ini adalah ia merupakan salah satu tempat doa-doa dimakbulkan ALLAH dengan izinNya jua.... =)


Setelah bergambar di puncak dan kaki bukit Rahmah tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Mina dan Muzdalifah...sepanjang perjalanan itu, kami dapat menyaksikan jutaan khemah-khemah tempat penginapan bagi jemaah-jemaah semasa musim haji... khemah yang banyak itu memutih sahaja dari pandangan atas bukit...tika itu, terdetik juga di hati, bagaimanalah agaknya keadaan semasa musim haji??...dengan jutaan manusia dari segenap pelusuk dunia, keadaannya pasti terlalu sesak dan ramai....dan terfikir juga, bagaimana jika tersesat jalan??...jenuh juga hendak mencari jalan mencari khemah penginapan masing-masing...huhu...

Selain itu, dapatku saksikan perjalanan dari Mina ke Muzdalifah agak jauh...terfikir juga bagaimana mengerjakan fardhu haji jika keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan...??? begitu juga dengan keadaan penuh sesak semasa menunaikan rukun haji...pastinya semua itu suatu cabaran besar untuk menunaikan Rukun Islam ke lima...


Berhampiran dengan Mina dan Muzdalifah itu juga, terletaknya tempat melontar Jamrah...di sini lah selalunya muncul di dada akhbar atau berita di kaca TV ketika musim haji, di mana ramai jemaah yang menunaikan fardhu haji meninggal dunia akibat dipijak kerana keadaan yan penuh sesak sewaktu melontar Jamrah....sewaktu menziarahi tempat melontar tersebut, kerja-kerja renovation sedang berjalan, dan menurut kata abah, tempat melontar tersebut dibesarkan sedikit bagi memudahkan kerja-kerja menunaikan rukun haji pada musim haji yang akan datang...


Destinasi terakhir kami pada hari itu adalah Masjid Ja’Ranah....masjid ini adalah salah satu tempat untuk niat umrah (miqat), selain daripada Tana’iem dan Bir ’Ali...lazimnya, kebanyakan jemaah yang mengerjakan umrah akan berniat umrah di masjid ini selepas habis destinasi ziarah di Mekah...namun, disebabkan lokasinya yang agak jauh dari Masjidilharam, majoriti jemaah akan bermiqat di Tana’iem yang jaraknya lebih hampir dengan Masjidilharam...setelah niat umrah di Ja’Ranah, kami pulang ke Masjidilharam dan menunaikan umrah untuk hari tersebut walaupun waktu itu matahari sedang berada tegak di atas kepala...huhu...segalanya mengajar kami erti insaf dan syukur terhadap nikmat yang telah Dia kurniakan selama ini....kekadang, bila difikirkan....terasa diri ini tidak layak untuk semua nikmat yang ALLAH kurniakan sekarang...kerna hakikat diri ini terlalu hina di sisi Dia Yang Mencipta....


Nikmat yang paling ku rindu tika di sana adalah nikmat cuaca panas dan lembab seperti yang ALLAH kurniakan buat penduduk Malaysia....cuaca yang tidak terlalu panas, dan tidak terlalu kering...walau waktu tengahari yang panas terik di Malaysia, panasnya tidak lah sepanas waktu tengahari di Mekah dan Madinah...hatta, suhu pada waktu subuh dan tengah malam juga adalah 38C..jauh berbeza dengan suhu di Malaysia....itulah nikmat yang jarang aku syukuri selama ini....mungkin kerna jarang sekali aku merasai suhu setinggi 43C di mana-mana....semua itu terlalu menginsafkan hati ini...betapa jarang sekali hamba ini tunduk syukur pada nikmat Ilahi...ampunkan hambaMu ini, ya Rabbi...

Selain itu, ada sesuatu juga yang buat hatiku terharu....entah kenapa jika ditanya tentang persoalan adab sopan dan tatasusila...aku akan lebih ’tabik’ dan memberi markah lebih tinggi buat penduduk Malaysia...bukanlah hendak di banggakan bangsa sendiri...mungkin aku tidak pernah bergaul dengan penduduk negara lain....namun, pengalaman sedikit berada bersama-sama ramai orang dari penduduk negara Arab, buat hati kecil ini terguris kadang-kadang....sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri, terutamanya dalam mencari saff solat, dan terlalu garang dan kurang bertolak ansur, buat hati ini bersyukur dengan ketinggian budi pekerti yang menjadi adat dan pegangan penduduk Malaysia kebanyakannya...


Pernah suatu ketika, dalam perjalanan ke pekan untuk membeli sedikit buah tangan untuk saudara dan sahabat di Malaysia, berlaku suatu kemalangan kecil di tepi jalan...kedua-duanya melibatkan kereta....pemandu kedua-dua kereta tersebut terus keluar dari kereta masing-masing dan bertikam lidah lantas bergaduh....bagai bertumbuk juga lagak mereka....sungguh tidak sopan dan kurang adabnya...adakah dengan perasaan marah, segala masalah boleh selesai..??...begitu juga tika di jalan raya, sikap kurang sabar pemandu-pemandu yang berbangsa Arab di sana jelas kelihatan...kerana hon sentiasa berbunyi di mana-mana.....belum sempat masuk gear untuk bergerak tika lampu isyarat hijau, kereta-kereta di belakang sudah membunyikan hon masing-masing....tension dibuatnya....tetapi, walaupun sikap kebanyakan pemandu sebegitu, jarang sekali berlaku kemalangan di jalan raya...yang ada hanyalah calar-calar dan kemek sedikit pada kereta mereka....lebih mengagumkan, orang Arab memandu kereta dengan sangat laju....walaupun hanya di jalan biasa di kawasan pekan, mereka boleh membawa kereta selaju 120 km/j...inikan pula tika di lebuh raya, kebanyakan pemandu membawa 140 km/j.....

Dan sesuatu yang menakjubkan diriku, ialah tidak pernah ku lihat seorang perempuan pun memandu kenderaan di Mekah dan Madinah....ku minta abah bertanya pada pemandu pelancong kami, dan pemuda tersebut menyatakan bahawa, memang termaktub di dalam undang-undang Arab Saudi, bahawa orang perempuan tidak boleh memiliki lesen memandu... pemuda tersebut menyambung, bahawa undang-undang tersebut dibuat bagi mengelakkan fitnah terhadap wanita....SubhanALLAH...begitu tinggi nilai dan martabat wanita di angkat di Tanah Arab....dan lebih menyenangkan, di mana-mana tempat yang kami lawati, kebanyakan orang lelaki Arab di sana terlalu menghormati wanita...mereka akan mengutamakan wanita dalam segala hal...terasa seakan selamat walau ke mana kaki melangkah....jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia...dengan segala macam jenis ragam dan sikap manusia....terasa hilang rasa aman di dada...


Selain itu, ingin ku kongsi suatu peristiwa yang menyentuh hati, di mana, suatu hari sebelum Zohor, kami ke Masjidilharam menaiki teksi, kerana keadaan cuaca yang terlalu panas, tidak sanggup meredah debu dan angin kuat yang kering di kawasan construction yang sedang berjalan.... setelah tiba di masjid, kami membuat keputusan untuk solat di bahagian atas masjid...sementara menunggu azan berkumandang, kami mengambil gambar di sudut atas masjid, berlatar belakangkan Kaabah...setelah mengambil beberapa keping gambar kenangan, kami lantas ke kawasan saff solat...dalam perjalanan mencari ’port’ yang sesuai, kami dapat melihat barisan anak-anak kecil yang sedang menghafaz Al-Quran...dan ternyata orang paling hadapan di kalangan anak-anak kecil itu adalah guru mereka....setiap seorang menunggu giliran untuk tasmi’ bacaan pada guru mereka...


Sedang asyik melihat anak-anak kecil itu menghafaz, aku terkejut bila melihat seorang anak kecil dirotan oleh gurunya....pada mulanya dia di’tibai’ di tapak tangan, lantas, dia menyembunyikan tapak tangan ke belakang, lalu, guru tersebut merotan pula di bahu...anak kecil itu menahan sakit lalu menunduk...guru itu belum puas, dirotan pula di kepala....ya ALLAH...sakitnya bagai diri ini pula yang dirotan...tibaian itu bukanlah tibaian biasa yang perlahan, namun, tibaian yang sepenuh hati oleh guru tersebut...rotannya pula, bukan rotan biasa yang pernah ku lihat, tebalnya seperti ranting kayu yang agak besar.....jika tidak, masakan anak kecil itu menangis teresak-esak menahan kesakitan....

Tidak sanggup menyaksikan adegan tersebut, kami sekeluarga mencari saff yang agak jauh dari ’panorama’ itu....menurut abah, orang Arab memang terkenal dengan sifat garang mereka dalam mendidik...tapi hati kecilku tetap tidak puas hati...tidakkah punya sedikit perikemanusiaan dalam hati mereka..?? anak sekecil 4 atau 5 tahun itu dirotan sebegitu rupa..??...ya ALLAH...tidak sanggup aku melalui ’pengalaman’ sebegitu...namun, apabila jauh ku menung peristiwa itu, mungkin dengan didikan yang seperti itu, anak-anak tersebut lebih bersungguh dalam menghafaz Al-Quran...dan mungkin cara itu lebih berkesan buat mereka...


Walaupun teruk dirotan, namun, aku mengagumi anak-anak kecil itu, kerna dalam usia yang masih muda dan ’bersih’ itu, mereka sudah betah menghafaz Al-Quran...Kalam Suci dari Tuhan...sedang diri ini...penuh dosa jua noda...ampunkan hamba ini, ya Rabb...;(

Tuesday, July 1, 2008

DUA MINGGU YANG PENUH BERMAKNA ( 31 Mei – 14 Jun ’08 ) PART I


Alhamdulillah....ungkapan apakah yang lebih layak untuk ku rakamkan selain segala puji-pujian yang selayaknya diungkapkan hanya pada Dia Yang Maha Segala....

Alhamdulillah....akhirnya niat yang ku pasakkan untuk ke ke Tanah Suci termakbul buat kali kedua...segalanya dengan izin dariNya jua....walau pelbagai aral yang melintang pada mulanya, namun, segalanya dipermudahkan kerna hakikat niat yang baik itu suci di sisi Ilahi....

Tika ’seru’ itu memanggil, ada satu detikan hati di dalam naluri ini...detikan yang seakan terlalu kepingin untuk berada sangat dekat dengan ALLAH...sangat dekat untuk ku meminta...sangat dekat untuk ku pohon, seru jua rayu....niat yang pada mulanya hanya satu....ku cambahkan ia kerna peluang berada di sana bukan selalu dalam genggamanku...


Alhamdulillah, peluang ke sana kali ini hanya disertai keluargaku berlima..aku, kedua mak dan abah jua dua adikku..tidak seperti lapan tahun dahulu, kami dapat mengerjakan umrah sembilan sekeluarga...pernah terlintas di benakku selepas pulang dari umrah dahulu, masih ada lagikah peluang kami mengerjakan umrah bersama sekeluarga?... walau tidak cukup bilangan semuanya, namun kesempatan kedua kali ini sudah cukup bermakna buat diri ini...


Penerbangan kami pada tanggal 31 Mei 2008 pada jam 1.10 tengahari itu agak delay buat seketika...walaupun agak lewat, namun, bermula dengan do’a menaiki kenderaan yang dibaca menerusi pembesar suara Pakistan International Airlines (PIA) pada tengahari itu dengan izinNya selamat sampai ke destinasi persinggahan kami di Karachi, Pakistan... sepanjang perjalanan, alhamdulillah segalanya lancar...sempat juga aku berborak panjang dengan mamat pakistan yang duduk di sebelah seatku dalam flight...dia bekerja di Kelantan demi menyara keluarganya yang berada di Pakistan....hanya tiga tahun sekali baru dia berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman....terasa terharu mengenangkan nasibnya berbanding rakyat Malaysia yang jarang mengalami kesusahan sebegitu untuk menyara keluarga...

Ada sesuatu juga yang sering buat aku kesal...sewaktu berborak, pemuda pakistan tersebut ada berkata... ” Pakistan negara Islam...Malaysia pon negara Islam...tapi Pakistan Airlines ada do’a....Malaysia Airlines tak ada......”..tersipu2 jugak nak face mamat tu…senyum jela yang termampu…mungkin jarang kita sedar tentang segala kekurangan dalam ’rumah’ sendiri yang sering ’diperhatikan’ oleh tetamu yang datang bertandang… Waktu tu jugak, terkenang aku pada pramugari-pramugari MAS…nak dibandingkan dengan pramugari kapal terbang negara lain…diorang lebih menjaga adab sopan berpakaian berbanding pramugari MAS yang berbaju singkat, sendat, lagi ketat….itu kah imej Islam Hadhari yang di bawa oleh ’duta-duta’ Malaysia ke seluruh pelusuk negara2 yang mereka lawati..???...Na’uzubiLLAHi minzaalik….bukanlah niat hati ini untuk mengutuk atau mencela…namun, itulah hakikat yang perlu kita sedar sebagai seorang muslim…kita dengan megahnya melaungkan Malaysia negara Islam…tapi hakikatnya…. realiti yang ada di depan mata hanya pura-pura…indah khabar dari rupa…jauh panggang dari apinya….;(

Setibanya di Karachi, kami hanya berkesempatan untuk solat dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah yang mengambil masa hampir 3 jam. Perjalanan kami lancar dan tiba di Jeddah pada jam 10 malam waktu Mekah... mengikut perancangan awal dari pihak agensi travel & tours, kami akan ke Madinah setibanya di Jeddah... namun, wakil agensi yang menunggu kami di airport mengubah perancangan tersebut, lalu kami akan bermukim di Mekah terlebih dahulu selama 9 hari.... lantas, kami solat maghrib dan isyak di surau airport dan terus solat sunat umrah dan berihram di sana...


” HambaMu datang menyahut panggilanMu, ya ALLAH hambaMu datang menyahut panggilanMu...HambaMu datang menyahut panggilanMu...Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu...Sesungguhnya segala pujian nikmat dan kebesaran adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu...”

Ucapan talbiah bergema di dalam van sepanjang perjalanan kami....menitis sebentar air mataku tatkala menghayati maksud setiap bait makna ucapan talbiah tersebut....debaran rinduku pada Kaabah makin terasa....walaupun badan agak letih dek perjalanan yang agak panjang, namun, aku tidak mahu melelapkan mata kerna ingin melihat Kaabah buat pertama kalinya...kerna saat itu adalah antara saat-saat termakbulnya segala doa disisi ALLAH....

Alhamdulillah....setelah hampir sejam perjalanan dari Jeddah ke Mekah, kami tiba di hotel yang dijanjikan oleh pihak agensi....dari kejauhan, aku dapat melihat tiang-tiang Masjidilharam yang berdiri kukuh di Tanah Suci Mekah...namun, rinduku pada Kaabah masih belum terubat tatkala kami membuat keputusan untuk berehat dan tidur dahulu sebelum mengerjakan tawaf qudum (tawaf selamat datang)....ini kerana, keadaan badan yang sangat letih tidak akan mengizinkan kami mengerjakan segala rukun umrah, iaitu tawaf dan saie sebanyak tujuh kali dan bertahalul (potong/cukur rambut)....


Tepat jam 3 pagi, kami bangun dari tidur dan melangkah menuju BaituLLAH untuk mengerjakan tawaf selamat datang...walaupun hanya sebentar mata terlelap, namun, cukuplah untuk mengembalikan tenaga dan memberi sedikit kesegaran buat kami mengerjakan umrah....perjalanan ke Masjidilharam memerlukan kami melintasi atau melalui jalan-jalan yang penuh dengan lori-lori tanah, kapal korek dan pelbagai lagi kenderaan berat dan besar yang bertugas meruntuhkan hotel-hotel berdekatan atau sekeliling Masjidilharam...


Tatkala kaki melangkah masuk ke BaitULLAH, berlinang air mata ini pada menyatakan kerinduan tak terbendung untuk melihat Kaabah semula...dan pagi itu, ku sujud penuh kesyukuran kerna ALLAH memberi peluang ku menjejakkan kaki lagi di rumahNya yang suci...



Walaupun keadaan berdebu, jalan penuh sesak dengan lori dan suhu di Mekah kira-kira 43C ’menyambut’ kedatangan kami di Tanah Suci, namun, semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan segala ibadah...ku akui, terkadang hati merungut bila baju basah kuyup dibasahi peluh....muka bersisik, mulut pecah dan mengelupas
kerna cuaca panas dan kering, namun, cepat ku bisik ke hati....api neraka ALLAH lebih panas dari semua itu....umrah kali ini betul-betul menguji kami erti kesabaran dan kesyukuran atas segala nikmat yang ALLAH limpahkan selama ini....



Setiap hari di Mekah, rutin kami seharian adalah bangun seawal jam 3 pagi dan melangkah ke Masjidilharam untuk tahajud dan qiamullail...kira-kira jam 4.15 pagi, azan subuh berkumandang....setelah pulang dari solat subuh, kami bersarapan dan bersiap-siap dengan pakaian ihram untuk ke Tana’iem, berniat umrah dan ihram....pulang dari Tana’iem, kami terus menuju ke BaitULLAH dan mengerjakan tawaf, saie dan bercukur....semua proses mengerjakan rukun-rukun umrah tersebut mengambil masa kira-kira dua jam....setelah pulang dari umrah pada jam 9 pagi, kami akan tidur dan berehat di bilik....ini bagi mengembalikan semula tenaga untuk ke masjid bagi menunaikan solat zohor pada jam 12 tghari...jika terasa kurang letih pulang dari umrah, kami ke pekan berdekatan untuk membeli buah-buah kurma, zaitun, tin, dan kekacang....


Pada jam 11.30 pagi, kami melangkah semula ke masjid untuk solat zohor di sana....selalunya, kami akan bergerak awal ke masjid kira-kira setengah jam sebelum azan untuk solat sunat dan membaca Al-Quran....Alhamdulillah, niatku untuk khatam 30 juzu’ Al-Quran di Tanah Suci tercapai jua....begitulah rutin seharian sepanjang berada di Mekah...selain itu, kami juga mengerjakan tawaf sunat selepas solat maghrib, sementara menunggu azan isyak....walaupun tawaf sunat lebih afdal dikerjakan berbanding solat sunat tahiyyatul masjid, namun, kami hanya berkesempatan tawaf sunat pada selang masa tersebut kerana faktor cuaca yang jarang mengizinkan kami tawaf sunat sebelum zohor atau asar...


Pada kebiasaannya, kami akan stay di masjid dari solat zohor sehinggalah solat asar...ini kerana cuaca yang sangat panas pada tengahari membuatkan kami tidak sanggup menapak kaki pulang ke hotel...begitu juga dengan waktu kosong antara solat maghrib dan isyak...ada ketikanya, kami mengerjakan tawaf sunat...namun, kebanyakan masa, kami menghaiskan waktu senggang itu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranulkarim... di samping itu, tidak ketinggalan juga waktu itu dimanfaatkan dengan sesi berkenal-kenalan dengan jemaah-jemaah lain dari pelbagai negara...disebabkan kesukaran bertutur dalam bahasa arab, kebanyakan sesi tersebut diisi dengan perkenalan dengan jemaah dari Malaysia, namun, ada juga beberapa makcik dari Turki yang sempat ku kenal...

Seperti biasa, manusia akan kembali kepada asalnya...dan kita lebih cenderung dan selesa dengan asal-usul kita...begitu jugaklah yang dapat dilihat di sana...kebanyakan jemaah akan lebih selesa duduk berkelompok dengan jemaah dari negara asal masing-masing.... Malaysia dengan jemaah Malaysia...Indonesia dengan jemaah Indonesia...maklumlah... lebih mudah berbicara...tidaklah jadi seperti cakap ayam dan itik... =)..daripada perkenalan dengan ramai makcik-makcik dari Malaysia....ada satu soalan yang sama sering diajukan padaku.... ”Ni sekolah tingkatan berapa ni?...”...dengar je soalan tu...tergelak la jugak...tp dengan rendah diri, ku cuba menjawab... ”Saye baru habis blajar...tunggu nak keje inshaALLAH..”


...pelik jugak bile difikirkan soalan tu.... ”Tak matured sangat ke muka aku ni..?? ” ... ”Kecik sangat ke aku ni??...”...hmm...macam2 persoalan bermain dibenakku...namun, tak apelah...mungkin tu sekadar pemanis pada muqadimah bicara....kalau ditanya ”dah kawen ke??”...rasa macam advance sangatla pulak kan?...hehe...at least, soalan tu buat aku rase awet muda sket..hihi....