Thursday, July 3, 2008

DUA MINGGU YANG PENUH BERMAKNA ( 31 Mei – 14 Jun ’08 ) PART II


Pada hari ke empat di Mekah, kami dibawa menziarahi ke tempat-tempat yang lazim diziarahi jemaah-jemaah yang mengerjakan umrah....antara tempat yang kami ziarahi di Mekah adalah Jabal Thur, Padang ’Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah, tempat melontar Jamrah, dan juga Ja’ Ranah...


Tempat pertama adalah Jabal Thur...atau dikenali sebagai Bukit Thur...di bukit inilah menyaksikan Rasulullah SAW dan sahabat baginda, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq menyembunyikan diri dari kafir Quraisy semasa peristiwa Hijrah...di dalam gua di bukit ini jugalah menyaksikan pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabat yang sangat dikasihinya....di mana, ia menyaksikan pengorbanan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq yang sanggup membiarkan kakinya dipatuk ular demi menyelamatkan nyawa Rasulullah Kekasih ALLAH....Masya ALLAH..segala seerah yang terungkap dapat kuhayati tika berada di kaki bukit tersebut....moga ’ibrah daripada peristiwa seerah tersebut dapat kita hayati bersama demi menelusuri hidup berukhuwwah....


Kemudian, perjalanan kami diteruskan ke Padang ’Arafah...kami tidak berhenti di mana-mana lokasi sepanjang Padang ’Arafah...sebaliknya, kami agak terpegun menyaksikan Padang ’Arafah yang sepatutnya gersang tanpa tumbuhan, ditumbuhi dengan tumbuh- tumbuhan hijau yang segar....lagaknya seperti taman yang penuh dengan pohonan renek hijau lagi segar...tika itu juga, aku teringat pada suatu tazkirah yang pernah ku dengar dulu, bahawa salah-satu tanda-tanda datangnya hari Kiamat adalah apabila Padang ’Arafah ditumbuhi dengan pepohon hijau....Astaghfirullah...sukar hati menerima, namun, itulah hakikat di depan mata...


Seterusnya, kami singgah di Jabal Rahmah...menurut kata pemandu pelancong yang bersama-sama kami, di Bukit Rahmah inilah tempat berlakunya pertemuan semula Adam dan Hawa setelah dipisahkan selama hampir 40 tahun....tangga-tangga batu telah dibina bagi memudahkan jemaah umrah atau haji mendaki Jabal Rahmah tersebut...agak semput juga tika mendaki tangga-tangga menuju puncak bukit tersebut....keistimewaan Jabal Rahmah ini adalah ia merupakan salah satu tempat doa-doa dimakbulkan ALLAH dengan izinNya jua.... =)


Setelah bergambar di puncak dan kaki bukit Rahmah tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Mina dan Muzdalifah...sepanjang perjalanan itu, kami dapat menyaksikan jutaan khemah-khemah tempat penginapan bagi jemaah-jemaah semasa musim haji... khemah yang banyak itu memutih sahaja dari pandangan atas bukit...tika itu, terdetik juga di hati, bagaimanalah agaknya keadaan semasa musim haji??...dengan jutaan manusia dari segenap pelusuk dunia, keadaannya pasti terlalu sesak dan ramai....dan terfikir juga, bagaimana jika tersesat jalan??...jenuh juga hendak mencari jalan mencari khemah penginapan masing-masing...huhu...

Selain itu, dapatku saksikan perjalanan dari Mina ke Muzdalifah agak jauh...terfikir juga bagaimana mengerjakan fardhu haji jika keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan...??? begitu juga dengan keadaan penuh sesak semasa menunaikan rukun haji...pastinya semua itu suatu cabaran besar untuk menunaikan Rukun Islam ke lima...


Berhampiran dengan Mina dan Muzdalifah itu juga, terletaknya tempat melontar Jamrah...di sini lah selalunya muncul di dada akhbar atau berita di kaca TV ketika musim haji, di mana ramai jemaah yang menunaikan fardhu haji meninggal dunia akibat dipijak kerana keadaan yan penuh sesak sewaktu melontar Jamrah....sewaktu menziarahi tempat melontar tersebut, kerja-kerja renovation sedang berjalan, dan menurut kata abah, tempat melontar tersebut dibesarkan sedikit bagi memudahkan kerja-kerja menunaikan rukun haji pada musim haji yang akan datang...


Destinasi terakhir kami pada hari itu adalah Masjid Ja’Ranah....masjid ini adalah salah satu tempat untuk niat umrah (miqat), selain daripada Tana’iem dan Bir ’Ali...lazimnya, kebanyakan jemaah yang mengerjakan umrah akan berniat umrah di masjid ini selepas habis destinasi ziarah di Mekah...namun, disebabkan lokasinya yang agak jauh dari Masjidilharam, majoriti jemaah akan bermiqat di Tana’iem yang jaraknya lebih hampir dengan Masjidilharam...setelah niat umrah di Ja’Ranah, kami pulang ke Masjidilharam dan menunaikan umrah untuk hari tersebut walaupun waktu itu matahari sedang berada tegak di atas kepala...huhu...segalanya mengajar kami erti insaf dan syukur terhadap nikmat yang telah Dia kurniakan selama ini....kekadang, bila difikirkan....terasa diri ini tidak layak untuk semua nikmat yang ALLAH kurniakan sekarang...kerna hakikat diri ini terlalu hina di sisi Dia Yang Mencipta....


Nikmat yang paling ku rindu tika di sana adalah nikmat cuaca panas dan lembab seperti yang ALLAH kurniakan buat penduduk Malaysia....cuaca yang tidak terlalu panas, dan tidak terlalu kering...walau waktu tengahari yang panas terik di Malaysia, panasnya tidak lah sepanas waktu tengahari di Mekah dan Madinah...hatta, suhu pada waktu subuh dan tengah malam juga adalah 38C..jauh berbeza dengan suhu di Malaysia....itulah nikmat yang jarang aku syukuri selama ini....mungkin kerna jarang sekali aku merasai suhu setinggi 43C di mana-mana....semua itu terlalu menginsafkan hati ini...betapa jarang sekali hamba ini tunduk syukur pada nikmat Ilahi...ampunkan hambaMu ini, ya Rabbi...

Selain itu, ada sesuatu juga yang buat hatiku terharu....entah kenapa jika ditanya tentang persoalan adab sopan dan tatasusila...aku akan lebih ’tabik’ dan memberi markah lebih tinggi buat penduduk Malaysia...bukanlah hendak di banggakan bangsa sendiri...mungkin aku tidak pernah bergaul dengan penduduk negara lain....namun, pengalaman sedikit berada bersama-sama ramai orang dari penduduk negara Arab, buat hati kecil ini terguris kadang-kadang....sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri, terutamanya dalam mencari saff solat, dan terlalu garang dan kurang bertolak ansur, buat hati ini bersyukur dengan ketinggian budi pekerti yang menjadi adat dan pegangan penduduk Malaysia kebanyakannya...


Pernah suatu ketika, dalam perjalanan ke pekan untuk membeli sedikit buah tangan untuk saudara dan sahabat di Malaysia, berlaku suatu kemalangan kecil di tepi jalan...kedua-duanya melibatkan kereta....pemandu kedua-dua kereta tersebut terus keluar dari kereta masing-masing dan bertikam lidah lantas bergaduh....bagai bertumbuk juga lagak mereka....sungguh tidak sopan dan kurang adabnya...adakah dengan perasaan marah, segala masalah boleh selesai..??...begitu juga tika di jalan raya, sikap kurang sabar pemandu-pemandu yang berbangsa Arab di sana jelas kelihatan...kerana hon sentiasa berbunyi di mana-mana.....belum sempat masuk gear untuk bergerak tika lampu isyarat hijau, kereta-kereta di belakang sudah membunyikan hon masing-masing....tension dibuatnya....tetapi, walaupun sikap kebanyakan pemandu sebegitu, jarang sekali berlaku kemalangan di jalan raya...yang ada hanyalah calar-calar dan kemek sedikit pada kereta mereka....lebih mengagumkan, orang Arab memandu kereta dengan sangat laju....walaupun hanya di jalan biasa di kawasan pekan, mereka boleh membawa kereta selaju 120 km/j...inikan pula tika di lebuh raya, kebanyakan pemandu membawa 140 km/j.....

Dan sesuatu yang menakjubkan diriku, ialah tidak pernah ku lihat seorang perempuan pun memandu kenderaan di Mekah dan Madinah....ku minta abah bertanya pada pemandu pelancong kami, dan pemuda tersebut menyatakan bahawa, memang termaktub di dalam undang-undang Arab Saudi, bahawa orang perempuan tidak boleh memiliki lesen memandu... pemuda tersebut menyambung, bahawa undang-undang tersebut dibuat bagi mengelakkan fitnah terhadap wanita....SubhanALLAH...begitu tinggi nilai dan martabat wanita di angkat di Tanah Arab....dan lebih menyenangkan, di mana-mana tempat yang kami lawati, kebanyakan orang lelaki Arab di sana terlalu menghormati wanita...mereka akan mengutamakan wanita dalam segala hal...terasa seakan selamat walau ke mana kaki melangkah....jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia...dengan segala macam jenis ragam dan sikap manusia....terasa hilang rasa aman di dada...


Selain itu, ingin ku kongsi suatu peristiwa yang menyentuh hati, di mana, suatu hari sebelum Zohor, kami ke Masjidilharam menaiki teksi, kerana keadaan cuaca yang terlalu panas, tidak sanggup meredah debu dan angin kuat yang kering di kawasan construction yang sedang berjalan.... setelah tiba di masjid, kami membuat keputusan untuk solat di bahagian atas masjid...sementara menunggu azan berkumandang, kami mengambil gambar di sudut atas masjid, berlatar belakangkan Kaabah...setelah mengambil beberapa keping gambar kenangan, kami lantas ke kawasan saff solat...dalam perjalanan mencari ’port’ yang sesuai, kami dapat melihat barisan anak-anak kecil yang sedang menghafaz Al-Quran...dan ternyata orang paling hadapan di kalangan anak-anak kecil itu adalah guru mereka....setiap seorang menunggu giliran untuk tasmi’ bacaan pada guru mereka...


Sedang asyik melihat anak-anak kecil itu menghafaz, aku terkejut bila melihat seorang anak kecil dirotan oleh gurunya....pada mulanya dia di’tibai’ di tapak tangan, lantas, dia menyembunyikan tapak tangan ke belakang, lalu, guru tersebut merotan pula di bahu...anak kecil itu menahan sakit lalu menunduk...guru itu belum puas, dirotan pula di kepala....ya ALLAH...sakitnya bagai diri ini pula yang dirotan...tibaian itu bukanlah tibaian biasa yang perlahan, namun, tibaian yang sepenuh hati oleh guru tersebut...rotannya pula, bukan rotan biasa yang pernah ku lihat, tebalnya seperti ranting kayu yang agak besar.....jika tidak, masakan anak kecil itu menangis teresak-esak menahan kesakitan....

Tidak sanggup menyaksikan adegan tersebut, kami sekeluarga mencari saff yang agak jauh dari ’panorama’ itu....menurut abah, orang Arab memang terkenal dengan sifat garang mereka dalam mendidik...tapi hati kecilku tetap tidak puas hati...tidakkah punya sedikit perikemanusiaan dalam hati mereka..?? anak sekecil 4 atau 5 tahun itu dirotan sebegitu rupa..??...ya ALLAH...tidak sanggup aku melalui ’pengalaman’ sebegitu...namun, apabila jauh ku menung peristiwa itu, mungkin dengan didikan yang seperti itu, anak-anak tersebut lebih bersungguh dalam menghafaz Al-Quran...dan mungkin cara itu lebih berkesan buat mereka...


Walaupun teruk dirotan, namun, aku mengagumi anak-anak kecil itu, kerna dalam usia yang masih muda dan ’bersih’ itu, mereka sudah betah menghafaz Al-Quran...Kalam Suci dari Tuhan...sedang diri ini...penuh dosa jua noda...ampunkan hamba ini, ya Rabb...;(

No comments: