Tuesday, October 9, 2007

….AZIMAT CINTA ILAHI…


Tenang terasa di hati ini…bila ruang hati penuh syukur pada Ilahi….syukurku kerna Dia memberiku peluang melepaskan kerinduan tak terbendung...memberi kesempatan mengadapNya penuh kesyahduan…

Alhamdulillah…semalam, tercapai niatku untuk qiamullail di Masjid As-Syakirin KLCC…sudah sekian lama niat itu ku pasang…hanya menanti masa dan peluang yang sesuai…sebelum tiba Ramadhan kali ini…sudah dua kali aku pernah iktikaf di masjid itu…bersama Kak Nora dan beberapa orang lagi sahabat…mendengar ceramah dan terus qiam pada paginya….memang pembawaan imam di masjid As-Syakirin menambat hatiku….dengan alunan zikir dan doa yang dibaca…pasti memberi kesan mendalam pada hati yang menghayati…

Setelah tamat draft tesis diprint tempoh hari, aku terfikir-fikir akan aktiviti yang ingin diisi bagi menghiasi Ramadhan kali ini…sehari sebelumnya, ada iftar bersama sahabat dan alumni di masjid yang sama…dan aku mendengar pengumuman dari imam masjid, mengatakan, setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadhan, akan diadakan qiamullail…juadah berbuka puasa dan sahur turut disediakan….terasa ghairah hati mendengar berita itu…dan alhamdulillah…ALLAH memberi peluang untuk ku bersama jemaah di situ menghidupkan malam Ramadhan…

Sebelum bertolak petang itu, ku cuba mengajak beberapa orang rakan untuk turut sama menghidupkan malam….namun, masing-masing dengan hal tersendiri…jika busy dan tesis alasan yang diberi…ku terima dengan lapang hati…cukuplah busy dan tesis itu ‘mencuri’ masaku untuk bertaqarub padaNya…setelah tamat semua itu, tak mungkin ku izinkan ‘mereka’ membelenggu hari-hariku untuk bersamaNya….


Namun, tak kurang juga yang memberi alasan…bertanya bagai berminat… jawapan akhirnya… “InshaaALLAH lain kali..”…bukan terkilan yang dirasai…namun, terasa rugi buat diri sendiri….teringin rasa hati mengajak seramai mungkin kawan-kawan untuk turut serta….kerna ku tahu kesannya sangat bermakna….namun, hidayah hanya milik ALLAH, dan hanya Dia yang layak menentukan siapa yang akan diberi hidayah mengikut siapa yang dikehendakiNya….

Teringat satu tazkirah sahabat…

Bila seseorang melakukan kebaikan, akan terbuka satu lagi pintu kebaikan jua hidayah untuknya dan seterusnya akan terjadi perkara yang sama setiap kali dia berniat melakukan satu kebaikan, itulah tanda cinta ALLAH padanya…

Namun, bila seseorang melakukan kejahatan, akan tertutup satu pintu hidayah atau pintu hatinya untuk melakukan kebaikan, dan seterusnya terjadi perkara yang sama setiap kali dia menolak melakukan kebaikan….itulah tanda hilangnya redha jua cinta ALLAH padanya.....

Na’uzubillahiminzaalik…janganlah kita cuba menutup setiap ruang pintu kebaikan yang hadir….kerna sekali kita cuba menutupnya…entah masih adakah ruang hidayah yang akan ALLAH kurniakan buat hambaNya….


Bercakap mengenai hidayah jua cinta ALLAH…terkenang diri ini pada kata-kata seorang kakak sewaktu sesi tazkirah masa first year dulu…dan inshaaALLAH sentiasa menjadi azimat berharga buatku…

….“Bila kita cinta jua kasihkan ALLAH….kita akan sentiasa mahu semua orang di sekeliling kita juga cinta dan sayang pada ALLAH”….

Masa mula-mula dengar tazkirah tue, terfikir juga apa yang mahu disampaikan oleh kakak tu…tapi masa yang berlalu…Alhamdulillah…ku dapat relatekan kata-kata itu bila diri sendiri mengalaminya….kadang, kita boleh kata, kita sayang dan cintakan ALLAH…tapi hati jarang menghayatinya….alhamdulillah…bila kita menghayati rasa cinta jua kasih pada ALLAH…, kita dapat merasainya….

Bila kita dapat lakukan kebaikan, kita akan terasa…betapa seronoknya kalau orang lain pon dapat lakukan kebaikan yang sama….
Bila kita rasa sayang sangat pada ALLAH, kita akan terasa…betapa seronoknya kalau semua orang jugak sayangkan ALLAH….


Itulah azimat cinta Ilahi…
Cinta yang takkan hadir walau sekelumit rasa iri pada hati…
Cinta yang sentiasa menimbulkan rasa ingin berkongsi…segala kebaikan jua hidayah yang ALLAH beri.…

Tapi berbeza dengan cinta manusiawi…
Cinta yang tidak boleh lari dari rasa ingin memiliki jua dimiliki….kerna itulah, sering timbul rasa cemburu, iri jua dengki…bila cinta manusia menjadi raja jauh di lubuk hati jua sanubari….Nauzubillahiminzaalik….

Berbalik kepada qiam di masjid KLCC…setelah solat sunat tarawikh selesai…aku bersama adik dan seorang sahabat bercadang mengambil angin dan berjalan-jalan di KLCC…jam hampir 10.30mlm…kebanyakan kedai sudah tutup..kami hanya membeli sedikit makanan ringan dan air…buat bekalan supper..=)

Namun, sepanjang jalan kembali ke masjid…ada sesuatu yang menggangu pandanganku…iaitu puluhan…mungkin ratusan anak-anak muda remaja berpeleseran di luar kompleks membeli belah itu…termasuk berhampiran taman KLCC….tak tahu apakah perasaan sebenar bila melihat ‘panorama’ tersebut…terasa sedih…marah… geram…macam2…bercampur-baur…terfikir di benakku… “apa faedahnya mereka berada di situ..??”.. “di mana ibu bapa mereka..??” … “tahukah ibu bapa mereka di mana mereka berada waktu itu..??”….ouh…entahlah…suasana sebegitu terlalu merunsingkan…itu kah anak muda acuan Islam Hadhari…??...anak-anak muda yang bagai hilang identiti…walau bulan mulia sekalipun, segalanya bagai tiada makna pada mereka…..itulah anak muda Malaysia yang cemerlang, gemilang lagi terbilang…. Nauzubillah… Ya ALLAH…jauhkan adik-adikku dari terjebak gejala seperti itu….


Melangkah menuju masjid…bagai terubat kerunsingan tadi bila menyaksikan anak-anak kecil berlari di ruang legar masjid….bersama ibu bapa yang mengawasi dari jauh…terasa sejuk hatiku melihat kehadiran keluarga-keluarga yang ‘menukar angin’ tidur dan beriktikaf di masjid…tidak kurang juga segelintir anak muda yang tenang wajahnya mengambil peluang menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan…

Hampir jam 11malam, kebanyakan jemaah yang hadir di masjid sudah mula tidur…setelah menjamah sedikit roti…ku bersama adik dan sahabat juga mengambil keputusan untuk tidur…beralaskan beg sebagai bantal dan berselimutkan kain telekung, kami tidur dengan niat untuk bangun semula pada jam 3.30pagi…

Jam 4, qiamullail bermula…dimulai dengan solat sunat tasbih, zikir munajat dan solat sunat taubat kemudiannya…keheningan malam itu terasa syahdu dengan esak tangis kebanyakan jemaah….menghayati setiap bait zikir munajat yang disebut, bersama imbauan dosa-dosa silam yang mengharukan….


Alhamdulillah…malam itu….terasa puas hati ini dapat menangis di sisi Ilahi... terasa indahnya dapat menghidupkan malam Ramadhan penuh erti..….terasa kerdilnya tika sujud di depan Ilahi…segalanya terlalu bermakna buat hati ini….rinduku terubat… cintaku penuh sarat…

Tasbih memuji kesucian Tuhan…
Takbir memuji kebesaran Tuhan….
Tahmid mengangkat segala puji bagiMu Tuhan…
Bergema zikir munajat di setiap genap ruang masjid….


Bagai bergetar jua gentar hati ini tika imam mengungkap kalimah “ALLAH”….terasa sayu jua pilu menyelubungi kalbu…terlalu besar kalimah itu….menjadi azimat cintaku yang satu…

Alhamdulillah….segalanya berjalan lancar malam itu….terasa syukur kerna dapat ku tunaikan solat sunat tasbih….solat yang sangat sukar dan jarang untukku lakukan sendirian….dan syukur kerna ALLAH masih beriku peluang melaksanakannya….dan paling beruntungnya tika malam terakhir Ramadhan mulia…

Terima Kasih ALLAH…atas nikmat Imaan jua Islam… jua atas kurniamu yang melimpah…

“ Ya ALLAH Ya Tuhan Kami…Jangan Kau palingkan hati-hati kami setelah Kau beri petunjuk jua hidayah kepada Kami….”

Ameen Ya Rabbal ‘Alamin….

No comments: