Sunday, October 21, 2007

Bertemu lagi masa cuti....;(

Alhamdulillah… Ramadhan yang telah berlalu…kini menjengah pula Syawal mulia…Sudah lapan hari umat Islam menyambut Hari Raya...namun, tahukah kita apakah erti sebenar Syawal yang menjelma..??...

Minal ’Aideen wal Faizeen... ’Selamat kembali dan mencapai kemenangan’...kembali kita kepada fitrah...menang kita melawan nafsu jua amarah...semoga Ramadhan yang berlalu, membawa bersama segala dosa silam kita selama ini...dan lahir kita di pagi Syawal seperti lahirnya bayi ke muka duniawi....suci bersih...bak kain putih....

Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi..kerna dengan limpah jua rahmat kasih sayang dariNya...dapat ku lalui Ramadhan ke sekian kali...jua menyambut Syawal untuk tahun ini...Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...suasana ceria jua gembira menyelubungi segenap ruang hati ini....

Untuk sambutan Syawal kali ini...kami sekeluarga menyambutnya di Ayer Baloi, Pontian Johor...kerna tahun sebelum ini, sambutan Lebaran disambut di Kedah....seperti kebiasaannya...sambutan di Johor lebih meriah kerna lebih ramai sanak saudara berbanding di Kedah...keriuhan menjelang Syawal sangat terasa...dengan hilai tawa dan segala macam ragam jua keletah sepupu-sepapat ku yang majoritinya kanak-kanak kecil....masing-masing dengan kegembiraan tersendiri....


Sehari menjelang 1 Syawal...segala persiapan telah disediakan....ketupat yang telah siap dianyam direbus....daging yang siap disiang dimasak rendang...kuah lodeh untuk lontong, kuah kacang, dan macam-macam lagi juadah yang sewaktu dengannya....semua sanak saudara bekerjasama menyiapkan segala persiapan.....di situlah kemanisannya, apabila dapat bersama-sama saudara yang sudah bertahun lama tidak berjumpa...segala rindu sudah terubat...Alhamdulillah....


Seawal jam enam pagi 1 Syawal, kebanyakan sanak saudara sudah bangun dan bersiap sekadarnya...bagi yang perempuan, sudah sibuk di dapur menyediakan ketupat, lemang, rendang jua macam-macam lagi juadah hari raya....bagi yang lelaki pula, segak mengenakan baju raya yang sudah tersedia digosok pada malamnya....mungkin menjadi tradisi di kampungku, solat sunat Aidilfitri bagi muslimat hanya dilakukan di rumah masing-masing...kerna tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah kami, saudara-saudara perempuan ke masjid untuk solat sunat tersebut....


Namun, untuk tahun ini, aku meminta izin ayahku untuk turut serta ke masjid...dan ternyata....kehadiranku di masjid pada pagi Syawal itu bagai suatu yang aneh bagi muslimin-muslimin yang tiba di sana lebih awal....ruang solat bagi muslimat juga sangat terhad...suatu kerugian juga di benakku tika memikirkan tradisi itu.....terasa rugi bagi mereka yang tidak hadir, kerna tidak dapat turut serta mendengar jua melafazkan takbir hari raya...yang lantas membuat tiap hati terasa syahdu dan sayu jika menghayati maksudnya.....

Setelah selesai solat sunat Eidulfitri...semua sanak saudara pulang ke rumah....waktu inilah terasa gembira dan seronok di hati kerna dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga yang rata-ratanya segak dan lawa dengan baju raya masing-masing....pelbagai warna dan corak menghiasi suasana ceria pagi Aidilfitri...setelah semuanya berkumpul, sesi bersalaman dan bermaafan sesama ahli keluarga diadakan.... terasa syahdu di hati tika memohon ampun jua maaf di sisi bonda jua ayahanda tercinta...segala makan minum minta dihalalkan...segala dosa pohon diampunkan....setelah sesi bermaafan selesai...tiba pula sesi bergambar bersama keluarga dan sanak saudara...;)


Sangat banyak aktiviti jua memori yang tak dapat diungkapkan..syukur kerna segala kegembiraan yang dirasa dapat dikongsi bersama....kunjungan ke rumah jiran tetangga jua saudara mengeratkan tali ukhuwwah jua persaudaraan yang terbina...


Paling menyeronokkan bagi diriku, bila dapat melayan keletah jua segala macam ragam saudara-saudaraku...kebanyakan mereka masih kecil...terkadang, waktu beginilah baru sempat ku tatap wajah comel mereka...setahun sebelumnya masih bayi yang merangkak, bertemu tahun kemudiannya sudah boleh berlari....bagi yang lelaki...hero-hero kecil lagaknya....bila berkumpul semuanya...riuh rendah rumah atok dengan gelak ketawa, acara kejar mengejar dan tidak kurang juga yang bergaduh berebutkan permainan...paling ku tertarik pada si kembar Rahim dan Rahman...keletah dan kenakalan mereka terkadang menguji kesabaran...terasa rindu untuk kembali ke zaman itu....di mana hanya kegembiraan dan keseronokan yang ada di ruang hati...


Bagi sepupu-sepupu perempuan pula....mereka lebih senang berkumpul di sudut karaoke...mendendangkan lagu-lagu raya ’versi mereka’....tidak kurang juga yang ’menyibuk’ di dapur....ingin membantu lagaknya....namun, lebih merumitkan lagi ada...;)


Dan kegembiraan yang tak dapat dilupakan...bila dapat bertemu dua orang anak buahku yang teramat ku rindu...hampir setengah tahun tidak bertemu mereka.....rindu yang sarat terubat bila dapat dekat dan melayan keletah mereka...Amni yang meningkat usianya....sudah petah berkata-kata....namun, terlalu skema ayatnya...haha...ayat penuh bila berbicara...terfikir juga, di mana dia belajar ayat-ayat itu...kadang, keletahnya yang bersahaja buat kami semua tak kering gusi melayannya....aleeya pula sudah hampir tiga bulan usianya...terasa tenang tika memangkunya...sejuk hati menatap wajah tenang dan comel seorang bayi....=)




Sehari sebelum pulang ke rumah, kami sekeluarga bersama sanak saudara berkunjung ke rumah Pak Lang...dia di antara bapa saudara yang dikira berada di kalangan keluarga sebelah mak...rumahnya bagai mahligai...menjadi idamanku sejak dulu....walaupun berada, namun dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai hamba...dia pemurah dan penyayang...seorang usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya....sempat kami melawat ladang kambingnya di Pekan Nenas...ternyata pak lang memang pandai mencari peluang dalam pasaran perniagaan...moga rezeki yang dikurniakan beroleh berkat....


Hmmm..Alhamdulillah...terasa tenang hati mengenang segala memori....moga dapat bertemu lagi semua sanak saudara....dan saat ini...bagai terasa berat di hati ini...untuk melangkah pulang ke Kuala Lumpur esok pagi...kembali ke alam kampus...ke alam penuh ’busy’ dengan study...uhhh....terasa tidak cukup seminggu ku ’menghayati’ masa cuti...terasa belum hilang rindu ini bersama famili...huhu....namun, apa dayaku.... perjuangan sentiasa menanti....moga bertemu lagi dengan ’kegembiraan’ masa cuti yang terlalu bermakna bagi diri ini....

No comments: