Saturday, October 6, 2007

Rinduku belum hilang…Perpisahan kian bertandang…Ramadhan kan ‘pulang’…



Alhamdulillah…rasa syukur itu yang singgah di ruang hati saat ini…terasa sejuk hati bila tenang yang ku rasa tatkala mengenang Ilahi…terasa puas menerjah setiba pulangku dari solat sunat tarawikh di masjid tadi…itu yang ku azamkan setibanya Ramadhan…untuk cuba menunaikan solat sunat tarawikh 20 rakaat….dan untuk Ramadhan kali ini…pada malam ke-24, baru dapatku tunaikan tarawikh sepenuhnya…walau agak terlewat pada hakikatnya, namun itu sudah cukup memberi kepuasan dalamku beribadah…

Mengenang hari-hari jua minggu-minggu ku kebelakangan ini…terasa bagai suatu perjalanan yang sangat jauh yang pernah ku lalui…kesibukan dunia yang mengekang masaku bersamaNya…walau agak terkilan dengan kesuntukan masa untukku mencari kepuasan hati mengadap Ilahi…namun, ku bersyukur kerna ALLAH takdirkan 10 malam terakhir Ramadhan ini untukku kembali mengubat rindu yang kian jauh….

Alhamdulillah…tempoh 5 minggu klinikal telah berakhir…serentak dengan tesisku yang hampir ke penghujung.....segala jerih perit melalui semua itu, ku pulangkan padaNya untuk menilainya…hanya Dia saksi segala kesukaran, kepayahan, pahit jua manis sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan tesis…mungkin ku perlukan suatu masa untuk mengungkap segalanya mengenai tesis….bertemu di coretan seterusnya…=)

Di kala ini…hati terasa syahdu…jiwa penuh sayu…terkenang kembali hampir 3 minggu Ramadhan yang telah berlalu….apakah kesannya pada diriku..??..selepas ku serahkan draft tesis kepada penyelia pagi tadi….bagai terasa hilang separuh beban yang ku tanggung sebelum ini…selepas iftar petang tadi, azam jua semangat berkobar-kobar…untuk solat tarawikh penuh pada malam ini….rinduku untuk mengadapNya bagai tak tertanggung…sudah lama ku simpan rindu ini….kerna masa yang mengekang…tak mampu ku luahkan ia sepenuhnya….sekadar sisa kudrat yang ada…menyeru Ilahi seadanya…


Ku akui, Ramadhan kali ini..bagai hilang erti…bila sujud malamku tiada tangisan syahdu…bila tadahan doaku tiada titisan manik rindu…ke mana perginya ‘zhu’’ yang pernah ku rasai dulu….??..mungkin rindu ini terlalu jauh….jauh dari Dia yang merinduiku…

Ya Rabb…ampunkan diri kerdil ini…. Nikmat ‘lapang’ yang Kau tarik…bagai suatu kehilangan paling perit…hingga membataskan masaku bersamaMu…menggamit rinduku selalu untuk mengadapMu….mungkin ini balasan atas sikapku yang tidak mensyukuri nikmat lapang yang Kau kurniakan padaku….

Ku mengharap…Kau beriku kesempatan merebut peluang…..sisa keberkatan Ramadhan yang tinggal…untuk ku garap ia semampu daya…untuk ku hiasi ia penuh mulia…

Tika ini jua, terkenang daku pada azamku seawal kemunculan Ramadhan…hingga saat ini…alhamdulillah…kemanisan menutur kalimah suci Al-Quran sentiasa basah di bibir ini…inshaaALLAH tak lama lagi, aku akan mengkhatam 30 juzu’ Al-Quran…namun….bagaimana dengan Fiqh Seerah..?? boleh dikatakan hanya beberapa chapter yang sempatku habiskan…selebihnya masih menanti dan menanti untuk ku hayati maksudnya….inshaaALLAH…petang tadi jua…bagai tak sabar tanganku menyambarnya…ingin ku pupuk semula rindu ini pada dia…‘Dia Kekasih ALLAH’…lebih lama ku endahkan…mungkin makin hilang cebisan rindu yang tinggal….

Ramadhan kan pergi…Syawal menggamit diri….


Secara terus terangnya di hati ini…bagai tak terasa Syawal yang bakal mengganti…hanya pilu pada Ramadhan yang berbaki…mampukah diri ini menghiasinya penuh bererti..??...mungkin perasaan yang ku rasakan saat ini kerna kesempatan yang tak mampu ku rebut pada ramadhan yang telah berlalu pergi...menyesal tiada terperi…hanya tekad hati mampu ku pasakkan demi menghiasi Ramadhan yang tinggal saki baki…

Panggilan dari ibu bertanyakan alamat rumah…bagai menyentak seketika kelalaianku pada kesibukan dunia…kesibukan dunia yang membawa bersama ingatan diri ini pada insan-insan penting dalam hidupku….ku akui…walau diri banyak ‘komitmen’, namun semua itu tidak boleh ku sesali…tanpa mereka…hilang segala bahagia…

Setelah draft tesis siap ku hantar, ku pujuk diri keluar sebentar berbelanja untuk mereka yang hakikatnya sentiasa mengingati diri ini….kalian sentiasa di hati…hanya masa yang mengekang....tugasan yang membeban….menjadi penghalang kita kerap berhubungan….
Alhamdulillah…kad raya, brooch dan gelang untuk mak dan abah serta famili angkat di kuala Terengganu…ibu, abah dan Faten di Kerteh, dan paling tak lupa…untuk mak abah dan semua adik-adikku di Kepala Batas…juga sedikit buah tangah buat sahabat yang jauh di mata…inshaaALLAH sentiasa dekat di hati ini….

Baru terasa tak sabar untuk pulang ke kampung halaman….kerna rindu bertemu mereka yang sudah sekian lama hilang dari pandangan….namun, keghairahan itu ku pastikan tidak melebihi rasa sedih jua sayuku menghadapi perpisahan dengan Ramadhan….

Moga segala amalan…jua ibadah yang telah ku suburkan sepanjang Ramadhan…menjadikan ku tetap kekal istiqamah di pagi Syawal…


Moga pergi Ramadhan bersama segala dosa silam yang terampunkan….pergi Ramadhan membawa bersama segala kesilapan jua kesalahan yang dimaafkan….pergi Ramadhan meninggalkan diri yang suci bersih…murni dari dosa jua noda….dan yang pasti…pergi Ramadhan…meninggalkan kesan rindu yang kian mendalam…pada tibanya ia kesekian kali….moga bertemu lagi…Ameen…

No comments: