Friday, June 8, 2007

ACCIDENT…!!??....THANKS GOD….!!

Hmm…terpanggil diri ini untuk mencoret sesuatu yang amat bermakna buat diriku saat ini..

Hari ini, genap 5 minggu aku menjalani latihan industri di hospital pakar metro.. banyak pengalaman dan alhamdulillah segala ilmu baru yang aku peroleh…namun, coretan kali ini bukanlah untuk memfokuskan semua itu..inshaaALLAH akan ku coretkan ia secara specialnya di entry akan datang…

Petang tadi, setelah punch card tepat jam 5.35 ptg, aku dan Nisa menuju ke kereta..tak banyak kereta yang tinggal di tempat parking tersebut disebabkan hari ini adalah half day bagi kebanyakan staff hospital...ntah kenapa sedari membuka pintu kereta...hatiku terdetik sesuatu...seperti ada sesuatu yang tidak kena akan terjadi...hatiku tak sedap...tambahan pula, aku teringat akan kerdipan mata kiriku sejak dua hari lalu yang tiada henti...aku mula runsing...selalunya, kata orang tua-tua, kalau mata kiri berkedip tak henti secara spontan, ada sesuatu yang buruk akan berlaku...aku bukan jenis sewenang-wenang mempercayai sesuatu kepercayaan sebegitu..namun, telah banyak kali juga aku mengalami musibah setelah mata kiri berkedip banyak kali....lalu, semua itu menjadi kepercayaan dan terdetiklah keyakinan pada hatiku....

Dalam meniti usia yang kian meningkat, aku mula sedar...detikan hatiku or ‘instinct’ ku, memang sesuatu detikan yang betul...dah banyak kali pengalamanku mengalami detikan hati sebelum sesuatu perkara berlaku...terkadang, aku kian risau dan takut setiap kali hatiku berdetik...aku takut andai sesuatu yang buruk menimpa diriku...namun, aku percaya...semua ini inshaaALLAH bukan bisikan syaitan, tapi ‘bantuan’ dari malaikat jua Allah...pernah aku dengar tazkirah, jika niat pertama atau detikan hati pertama kita, itu adalah dari malaikat, manakala detikan hati yang berikutnya yang selalunya disertai ragu-ragu, adalah bisikan dari syaitan...sebab itulah, jika terdetik atau terniat di hati melakukan sesuatu, teruskan dengan niat itu jika mampu, kerna ada kebaikan di situ inshaaALLAH...

Berbalik pada detikanku ketika membuka pintu kereta, aku juga risau, namun ku hilangkan resah dengan beristighfar.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...aku membaca doa menaiki kenderaan...ku tenangkan sebentar hati yang risau..setelah semuanya selamat, aku mula memandu pulang ke rumah....sepanjang perjalanan, kerisauanku mula hilang dalam alunan nasyid dari ikim.fm...aku juga berborak dengan Nisa tentang LI yang baru tamat...tanpa sedar, aku lupa tentang detikan hati tersebut...

~ kereta wira abah yang ku pandu ke hospital ~


Sampai di Tikam Batu, aku ternampak deretan kereta yang bergerak dalam kelajuan 60km/j....dalam hati.. “ Bosannye 60km/j je...apsal la slow sangat kete depan nie..??..” ku ambil keputusan memotong deretan kereta tersebut menggunakan lorong motosikal yang agak luas di kiri jalan...semasa memotong, aku sendiri kecut perut, sebab ade beberapa motosikal yang agak ke tengah...terpaksa brek dan tekan semula minyak...Nisa pon mengaku kecut perut mase tu..sbb aku agak laju ketika itu...apa nak buat, aku nak potong banyak kereta, terpaksalah aku press minyak...hehe...=)

Setelah semua kereta ku potong, kereta bergerak dalam 90km/j...selalunya itulah kelajuan paling maksima aku di jalan raya...tapi masa memotong tadi, aku tengok meter dalam 120km/j jugak..hehe..memang laju lah bagi aku..kalo orang lain...rasenye tak kot...ade orang tue, penah bawa 140km/j lagi....tak tau la sape..;) hmm...tetibe, dalam kelajuan statik 90km/j tu, aku terpandang 1 kereta di depan, sangat perlahan...dalam 40km/j je..ku tengok driver...alamak, perempuan, makcik!!...mulela mulut ni membebel...terpaksa aku tekan brek...huhu...

Lorong motosikal tadi mule menjadi lorong kereta, dan jalan menjadi agak luas sebab ada satu lorong selekoh ke Pantai Merdeka....aku berniat memotong kereta tu, lalu membelok ke lorong kiri tadi...tiba-tiba, aku terpandang pada seorang budak perempuan menaiki basikal di bahu jalan...aku menganggarkan jarak yang agak selamat keretaku dari budak itu...belum sempat aku habis memotong kereta makcik tadi, tiba-tiba, budak yang menaiki basikal di kiri jalan mengelak satu lopak air yang agak dalam di sebelahnya, lalu memakan sedikit jalanku... dengan spontannya, aku juga mengelak keretaku terkena budak tadi..jarak yang terlalu rapat...kalau nak brek, memang dah tak sempat, sebab budak tue dah betul2 di tepi keretaku...alhamdulillah budak tu selamat....TAPI...

Dumm...ntah macamana bunyi asalnya, aku tak pasti...tapi bunyi dentuman dan geseran itu membuat hati aku betul2 kecut dan berdebar...aku tak sedar, semasa aku mengelak dari budak tadi, keretaku mungkin telah tersasar sedikit dari ruangku yang sepatutnya dan bergeser dengan kereta makcik tadi...

Ohhh, berdebar sungguh hatiku saat itu... aku beristighfar... ku sempat melihat di cermin sisi kanan, kereta makcik tadi di belakang...dia mula perlahan dan makin perlahan...lalu membelok ke satu selekoh...hatiku diselubungi takut dan risau...kalau2, makcik tadi mengejarku dan memarahiku...aku pun tak pasti salah siapa...mungkin salah aku yang mengelak budak tadi, atau salah makcik tadi yang terlalu rapat di sisi keretaku, sedang jalan di sebelahnya masih luas...entahlah, mungkin dia juga tak perasan kehadiran keretaku di sebelahnya....biarlah...apa yang jadi dah terjadi..tak perlu cari salah siapa...

Aku berhenti sebentar di bahu jalan...memeriksa kereta...ku sangkakan kemek teruk berdasarkan bunyi yang agak kuat itu, tapi alhamdulillah hanya sedikit kemek, dan sedikit cat yang terkeluar.. bertahmid panjang aku dan Nisa...tapi dalam hati, risau juga untuk berdepan dengan abah.... “apa aku nak cakap ni..??”...sepanjang jalan menuju ke rumah, aku teringat semula detikan hatiku saat bertolak dari hospital tadi...ada benarnya detikan tersebut...dalam hati, aku beristighfar dan bertahmid atas segala kebesaran ALLAH..segala yang Dia tentukan, ada hikmah di sebaliknya...dan paling ku bersyukur, aku dan Nisa masih selamat dan musibah yang kami terima tidaklah terlalu besar dibandingkan dengan orang lain yang kadang2 menemui ajal di jalan raya... Na’uzubillahiminzaalik...

Sampai di depan rumah, abah mula mengesyaki sesuatu yang pelik pd keretanya, lalu bertanya.. “ Ni awat ni..?” ..aku berterus terang segalanya...Alhamdulillah abah tak marah...dia kata.. “hmm, takpala, nanti cat lain..biaq kena banyak2...kumpul dulu calar-calar..baghu kita cat baru..”... “ Huhhh...legaaa...!!”, bisik hatiku, diiringi ketawa dengan lawak abah...=)..

Setelah meletakkan beg dalam bilik, ku keluar sebentar mengambil angin di atas buaian...sambil berayun buaian, fikiranku melayang memikirkan segala hikmah yang Allah selitkan sepanjang perjalananku ke tempat kerja seharian selama 5 minggu yang lalu...

Kalau diikutkan, perjalanan dari rumah ke hospital metro di sungai petani itulah jarak paling jauh pernah aku drive...sebelum nie, hanya ke pekan dan jalan-jalan berdekatan rumah..kalau di KL pon, aku hanya drive dari kolej ke kg baru..itu pon tak jauh sangat...sebab itulah, spjg perjlnan ke hospital, banyak perkara yang aku belajar...yang lebih mematangkan aku dalam dunia ‘pemanduan’...hehe...

To be frank, aku memang seorang yang agak gopoh...susah nak mengawal diri untuk bersabar dan menunggu...lagi2 kalau mengejar masa..aku memang tak boleh bersabar...sangat susah mengawal perasaan...mungkin dah jadi salah satu sifat dalam diri..tapi alhamdulillah aku sedar akan hal itu...dan dari masa ke masa, aku cuba mendidik hati mengawal diri agar bersabar....

Sepanjang perjalanan, aku agak tak berminat pada kereta-kereta yang terlalu perlahan...kalau keadaan jalan jam, aku boleh terima, tapi dalam keadaan jalan yang lengang...hanya 60km/j yang mampu dibawa...ouhhh...!! mengeluhlah hati nie...tapi aku cuba sabarkan diri sehinggalah ada kesempatan memotong..kadang2, lorong motosikal pon jadi medan aku memotong kereta2 yang terlalulah perlahan bg aku...entahla...kadang, aku pon pelik dengan sikap aku yang agak tak ‘berlembut’ di jalan raya....bagi aku, masa aku amat penting, kalau nak di spendkan semata-mata di jalan raya, mungkin agak membazir bagi aku..sbb tu jugak aku selalu nak cepat sampai...tapi tula, kadang2 terfikir jugak, kalau asyik nak laju dan kejar masa, waspada perlu ditingkatkan...unless, macam2 boleh jadi...bak pepatah, biar lambat asal selamat sampai...

Bila memandu di jalan raya, satu lagi perkara yang ‘melemahkan’ aku ialah penunggang motosikal or basikal..seringkali aku ‘membebel’ bila berdepan dengan motosikal yang jalan di tengah..terpaksa menggunakan jalan yang bertentangan utk memotong, sedangkan kalau mereka menunggang di tepi jalan, tak perlulah sampai makan jalan orang lain utk aku memotong...tapi....suatu hari, dalam membebel merungut tentang penunggang motosikal, Nisa berkata sesuatu, dan kata2nya itu memberi kesan dalam hati ku..

“Rupa-rupanya, baru kami sedaq, waktu kita memandu, kita nak penunggang moto dan basikal tahu had diorang di jalan raya...jangan bawa tengah sangat supaya tak susahkan orang lain dan lebih jaga keselamatan diorg sendiri...tapi waktu kami bawa moto plak, kami mengharapkan pemandu-pemandu kereta lebih prihatin dan bagi peluang pada penunggang moto...”...itu mungkin pendapat dari sedikit pengalamannya yang selalu menunggang motosikal... tapi, pengalaman yang sedikit itu memberi kesan dan pengajaran bermakna buat diriku...kalau begitulah sikap setiap orang, mungkin lebih banyak musibah yang akan berlaku di jalan raya...dan aku sedar, toleransi dan bersabar adalah kunci keselamatan yan gamat penting semasa di jalan raya....namun, yang paling penting, semua pengguna dapat mematuhi peraturan jalan raya seadanya...barulah wujud suasana harmoni di jalan raya...inshaaALLAH..

Ya ALLAH...besarnya hikmah Mu..walau dalam hal seremeh pemanduan, Kau titipkan seribu satu hikmah untuk mengajar hambaMu memupuk sifat mahmudah...baru ku sedar, dalam hidup, kite kene selalu bertoleransi...yang tinggi menghormati yang rendah, begitulah juga dalam memandu, lori, bas dan kereta perlu lebih prihatin dan memberi peluang kepada penunggang moto dan basikal yang lebih rendah dan kecil berbanding mereka...

Selain tu, waktu memandu, banyak benda yang kita kena ambil perhatian..selain kereta di tepi, depan dan juga belakang...everything di sekeliling kita...kalau tersalah langkah atau hilang fokus dalam memandu, pasti terjadi sesuatu yang tidak diingini... begitu juga dalam hidup, fokus dan perhatian perlu kita telitikan demi menghasilkan sesuatu yang baik dan bermanfaat...yang penting, ikut peraturan dan syarat di jalan raya...semuanya inshaaALLAH selamat...begitu jua dalam kehidupan seorang muslim, peraturan dan prasyarat menurut syariat adalah landasan utama untuk kita selamat menuju destinasi keredhaan ALLAH...

Last but not least...alhamdulillah...walau mungkin pengalaman memandu tidaklah seberapa dan mungkin enteng bagi sesiapa...tapi ku yakin, setiap yang ALLAH tentukan dalam kehidupan kita, pasti terselit seribu satu hikmat yang besar maknanya bagi mereka yang berfikir...terima kasih ALLAH..atas segala peringatan..moga diri ini mampu dibentuk menjadi seorang yang lebih berhemah di jalan raya...

p/s : ngeri mengenangkan pelbagai musibah di jalan raya di Malaysia...sedangkan di negara lain jarang sangat berlaku kemalangan jua musibah di jalan raya...semuanya kerana SIKAP...moga diri yang mengingatkan ini lebih beringat akan kepentingan SIKAP dalam setiap amalan kita dalam pemanduan, hatta dalam kehidupan kita umumnya..

Wallahu’alam...

No comments: