Saturday, June 9, 2007

IDEALKAH KITA SEBAGAI MUSLIM..??

Saat ini…masih segar dalam ingatanku segala pengalaman sepanjang menjalani latihan industri…terlalu banyak yang ingin ku singkapkan..kerna bagiku, segala yang berlaku walaupun kecil, tersirat makna yang cukup indah dari ALLAh untuk hambaNya mencari erti sebuah kehidupan...

Sedari minggu pertama berkursus, tidak banyak yang aku pelajari...mungkin kerna masih dalam suasana menyesuaikan diri dengan keadaan baru..lebih-lebih lagi pengalaman bekerja pertama kali...walau tidak ‘redha’ diberi punch card...namun, ku akui, ia banyak mengajarku tentang erti penghargaan masa...pernah seorang staff memberitahuku, “ kat metro ni, seminit pun, dah kira lambat dah..kene potong gaji RM50..”..terkejut jugak aku mendengarnya...tak silap aku, ade dalam 3 hari aku lewat punch card..lebih dari jam 8 pagi..kerna traffic jam dan hal yang tidak dapat dielakkan..kalaulah diberi gaji dalam masa berkursus..habislah RM150..huhu..

Even kene punch card seawal jam 8 pagi dan pulang selewat 5.35 ptg, namun alah bisa tegal biasa....semua tu mengajar aku erti punctuality...kerna selalunya, orang melayu terkenal dengan ‘janji melayu’nya...meeting jam 5.30 ptg, mulanya pasti jam 6 ptg... sudah menjadi trend...namun, di metro, semua itu bukan adat dan kebiasaan...malah, masa menjadi sesuatu yang diangkat darjatnya ke tahap paling tinggi...maklumlah, kalau doktor terlewat seminit pun, alamat teruklah keadaan patientnya...silap2 boleh bawa maut...=)


~ Metro Specialist Hospital ~

Setelah hampir 3 minggu di metro...aku mula adapt dengan keadaan di sana..walau agak bosan dengan rutin kerja yang agak ‘tiada’...tapi, ku perlu menerimanya dengan hati yang penuh terbuka, demi suatu kewajipan sebagai pelajar...masa first week ‘bertugas’ di stor, banyak perkara yang aku belajar...lebih-lebih lagi dapat berkongsi pendapat dengan supervisor stor, pakcik Hamid...dia banyak pengalaman, dan sebagai seorang yang lebih tua, dia banyak menasihatiku tentang kehidupan, terutama kehidupan beragama...kami banyak berbincang tentang masalah umat akhir zaman...dengan masalah sosialnya, sehinggalah kepada permainan politik kotor kebanyakan pemimpin kita hari ini..seronok ku bukan kepalang kerna berjumpa orang yang sefikrah dalam bicara... tambahan lagi, pakcik penuh sense of humour...melayannya, buat hatiku berbunga dan gembira...moga ALLAH merahmati kehidupan pakcik Hamid dan keluarga...teringat lagi pesanan terakhirnya, “jaga diri, belajar sampai berjaya...jangan lupa jemput pakcik makan nasi minyak ye...” detik hatiku... “inshaaALLAH pakcik..” =)

~ bersama pakcik hamid dan staf di stor..~

Namun, setelah agak ‘selesa’ di metro...ada sesuatu yang membuatkan hatiku kesal dan sedih...ku teringat satu tazkirah yang berbunyi... “ Muslim yang ideal adalah muslim yang tidak berubah oleh kerana dunia, tapi dia yang mengubah dunia dengan iman dan akhlaknya...”...entah kenapa tazkirah yang pernah ku sampaikan di surau itu, mula menjadi ‘ujian’ buatku...maklumlah, kita akan teruji dengan apa yang kita ungkapkan...dan saatku ‘bermukim’ di metro, tazkirah itulah yang betul-betul mengujiku.. idealkah aku sebagai seorang muslim..??.. aku sendiri tidak yakin untuk menjawab soalan itu...segalanya ku serahkan padaNya yang lebih layak menilai diri hamba-hambaNya...

Selama ini, aku beranggapan, bila seseorang akan menghadapi dunia pekerjaan.. cabaran paling hebat adalah untuk kekal istiqamah dengan segala nilai kebaikan dalam dirinya..dan itulah yang ku cuba praktikkan tika melangkah pertama kali ke alam ‘pra pekerjaan’...Alhamdulillah, ku dapat kekalkan segala amalan dalam diri sedaya kemampuanku... dari segi pakaian, juga pergaulan..inshaaALLAH, ku yakin, aku mampu menjaganya...dan aku yakin, aku tidak mudah berubah oleh kerana dunia...selama pemukimanku di matriks, sehinggalah di universiti, alhamdulillah, aku tidak mudah terpengaruh dan terubah oleh suasana sosial teman-teman rapatku...namun, suatu persoalan yang mula bermain di fikiranku sepanjang di metro, “adakah aku mampu mengubah duniaku dengan iman dan akhlakku..?”... cukup idealkah aku sebagai muslim...??

Persoalan ini mula timbul bila aku mula berhadapan dengan suasana di metro.. pada minggu-minggu pertama di sana...aku agak sensitif dan ‘tidak selesa’ melihat biah di sana..pergaulan yang tidak terbatas...uniform staff dan nurse yang terlalu singkat dan tidak menepati garis panduan syariat...semua itu buat aku rasa ‘malu’ bertudung litup dan menutup segalanya...bagaikan asing pengamalan islam yang indah...sedangkan itulah yang ditetapkan Allah... betullah seperti yang dikata.. “ Islam datang dalam keadaan asing, dan pulang jua dalam keadaan asing..”..


~ seindah hiasan dunia, adalah wanita solehah..~

Sesekali, timbul persoalan di benakku..mengapa sampai begitu sekali garis panduan uniformnya..?? aku bertanya pada staff2...rupa2nya, itu semua memang peraturan hospital yang ‘direka’ khas oleh kafir laknatULLAH...uniform yang perlu ditempah khas dari orang tertentu ada garis panduannya tersendiri..baju staff singkat di atas paras punggung...dan nurse pula short sleeve, tidak boleh bertudung, hanya skaff menutup kepala dibenarkan, dan baju yang juga singkat di atas paras punggung... kata mereka lagi..hand sock atau stokin lengan dilarang sama sekali...begitu juga memakai sweater...ini semua peraturan yang menjatuhkan nilai2 Islam...berhadapan semua ini..panas hati ini dibuatnya..sakit terasa imanku...kerna begitu hina sekali orang kafir memperlakukan sebegitu kepada saudara seaqidahku...sedih hati ini mengenangkan nasib mereka yang tidak mengerti apa-apa..selain menurut segala ‘kemahuan kejam’ orang atasan yang kebanyakannya non muslim...

Namun, timbul juga persoalan... ‘mengapa tidak dibuat memorandum atau perbincangan dengan orang atasan untuk meminta kelonggaran kod pakaian menurut hukum dan syariat Islam??..’ kerna itu lebih utama dan wajib dijaga....namun, hatiku tidak cukup kuat untuk menyuarakan persoalan itu pada sesiapa....hanya husnuzon di hati..hidup ini, tidak menjanjikan banyak pilihan..mungkin mereka tiada pilihan demi mencari rezeki yang halal....tapi...hatiku tetap keras dengan pendirianku..tidak mungkin aku ‘menjatuhkan’ prinsip dan ketetapan dalam agama...demi mencari sesuap nasi...kerna ku yakini...Allah jualah pemberi rezeki...jika kita lebih mengutamakan redha manusia berbanding redha Ilahi...di mana kan hadir keberkatan buat diri jua famili..??..kesimpulanku di situ...perlu hadir pendirian yang kuat dalam menjaga prinsip agama...dan umat Islam PERLU bersatu, demi bersama menegakkan syiar Islam yang satu....

Selain soal kod pakaian tersebut, ada sesuatu yang membuatkan hatiku ragu-ragu... setahu aku, hanya terdapat satu surau yang disediakan bagi kemudahan staff dan pelawat muslim mengerjakan solat...ianya di tingkat dua hospital, tapi disebabkan tingkat 2 sedang direnovate, surau sementara dipindahkan ke tempat letak kereta di suatu bahagian di luar hospital...dan tika masuk waktu zohor dan asar..aku dan seorang kawanku, Nisa akan mengerjakan solat di situ...namun, kami tertanya-tanya mengapa tidak ramai staff yang kelihatan mengerjakan solat di situ...bila ditanya tentang surau lain, tiada surau lain di metro...husnuzonku dalam hati, mungkin mereka bergilir-gilir solat... entahlah...susah juga menjaga hati dari segala bisikan syaitan...kerna setahu aku juga, waktu rehat nurse dan staff hanya jam 1 hingga 2...

Entahlah...hari demi hari.. persoalan itu mati di situ....aku berfikir, aku tidak mampu mengubah keadaan tersebut...pernah juga timbul di fikiranku, mereka kebanyakannya lebih tua dari ku...masakan aku mampu menegur mereka tentang kewajipan asas seorang muslim... kebanyakan juga sudah bergelar isteri dan ibu...masakan kewajipan solat masih belum hadam dalam diri...?? tapi...peringatan seorang sahabat mengingatkan aku...jangan terlalu mementingkan diri sendiri...aku perlu meletakkan diriku pada keadaan dan situasi mereka...demi memahami dan menerima sesuatu keadaan seadanya...

Ku akui...bila berdepan dengan segala kemungkaran yang telah menjadi ‘kebiasaan’...sensitifku mula hilang sedikit demi sedikit...pada mulanya, memang ia menjadi sesuatu yang pelik bagiku..tapi lama kelamaan berdepan dengannya...aku mula ‘terbiasa’ dan tidak merasakan kemungkaran itu kekal mungkar...sehinggalah suatu hari, terdetik sesuatu dalam hatiku...bertanya pada hati sendiri... “ apakah yang telah aku lakukan demi mengubah ‘duniaku’ dengan iman dan akhlakku..??”...inilah ujian buatku... mungkin bagi orang lain, cabaran terbesar berdepan dengan fitnah dunia, adalah mengekalkan nilai kebaikan dalam suasana yang serba hilang nilai islamnya...tapi adakah itu cukup bagiku, jika selama ini aku menganggap diri tergolong seorang daie...?? cukupkah aku hanya selesa mengekalkan amalan harian dalam diri..?? dengan membiarkan saudara seislamku lalai tanpa peringatan..??...

Saat itu jua, terkenang aku pada ‘selesa’nya aku tika dikelilingi sahabat2 yang sefikrah dalam agama...selesanya aku tika berada dalam biah solehah...jarang aku berdepan dengan mereka yang kurang pengetahuan tentang amalan islam...sehingga solat jemaah juga menjadi asing untuk diamalkan....mengalir air mataku suatu malam mengenangkan sahabat-sahabat...aku sedar tika itu, betapa ‘lemah’nya aku tanpa sahabat disisi menemani perjuanganku...lemahnya aku untuk berdepan mad’u...hilang segala keyakinan dan kekuatan dalam diri...namun, ku perlu tabah...perlu ku cuba sedaya mampu melakukan walau sedikit usaha mengajak mereka ke arah kebaikan...

Pernah suatu hari, Nisa mencadangkan kepadaku untuk membawa tirai bagi menutup tempat wudu’ perempuan yang agak terbuka...aku menyetujuinya...kerna setiap hari tika mengambil wudu’, kami terpaksa berjaga-jaga jika ada orang lelaki yang lalu lalang di tempat tersebut..agak ‘seksa’ dan tidak selesa mengambil wudu’...keesokan harinya, kami memasang tirai di tempat wudu’ tersebut, dengan harapan, ia akan kekal disitu dan orang lain dapat mengambil wudu’ dengan lebih selesa...namun, sangkaan kami meleset...keesokan harinya pula, kami terkejut mendapati tirai tersebut telah dibuang, tambah terkilan lagi, pelekap dindingnya turut dicabut...apalah sakit hati orang itu melihat tirai tersebut...kejadian itu membuatkan aku rasa putus asa untuk lebih berusaha...tambah lagi, jemaah yang kami usahakan setiap kali solat tidak pernah di ‘join’ oleh sesiapa..mereka lebih ‘selesa’ solat sendirian...entahlah... namun, aku dan Nisa tabahkan juga diri...

Ku teringat juga suatu hari, seorang kakak mengambil wudu’...ku lihat rambutnya kuning keperangan...terasa sedih melihatnya...sia-sia sahaja wudu’ dan solatnya, kerna dengan rambutnya yang dye..sudah pastinya wudu’ nya tidak sah...masakan solatnya sah tanpa wudu’ yang sempurna...tika aku ingin mengambil wudu’ di paip sebelahnya, dia berkata.. “ ambillah kat sini, tersorok sket...nanti orang nampak..”..aku tersenyum dan dia berlalu pergi...dalam hati..aku terharu dan sedikit terkilan...ku berbisik.. “terima kasih kak, sebab akak nak jaga aurat saya...tapi, macamana dengan aurat akak yang sedia terbuka?”...dia tidak bertudung dan selalu juga aku nampak akak tue berskirt ke hospital...dia salah seorang staff HR...dan untuk hari itu, dia menyertai jemaah aku dan nisa..alhamdulillah, ku doakan hatinya lembut dan terbuka menerima kebaikan...

Pada hari terakhir aku dan Nisa di Metro, kami mengambil keputusan melekatkan beberapa keping tazkirah di surau...ia berkenaan garis panduan aurat wanita mengikut syariat Islam dan kelebihan solat berjemaah...moga tazkirah itu kekal di situ dan dapat memberi sedikit manfaat buat mereka di sana...sekurang-kurangnya, dengan sedikit usaha itu, Allah akan buka pintu hati mereka untuk berubah dan menerima kebaikan dalam kehidupan...dan walau sedikit usaha yang kami buat, aku bersyukur, Allah masih memberiku peluang memberi manfaat pada orang lain..bukan hasil yang Allah pandang, tapi usaha seseorang dalam melakukan kebaikan...segalanya dengan izin dariNya jua...


~ di satellite pharmacy dengan Mr Letchumuna~


Dalam coretan kali ini jua, ingin ku selitkan beberapa perkara yang sering membuat aku terkilan tika ‘bertugas’...tika bekerja di dispensary dan satellite pharmacy, banyak perkara yang aku pelajari...dari nama-nama ubat..sehinggalah kepada fungsinya dalam badan manusia....itu semua teori yang boleh ku perolehi di dalam buku..namun, pengalaman dan ilmu yang jarang kita peroleh dalam buku lebih bermakna bagiku..ia ilmu tentang kehidupan...bagaimana ilmu tentang nilai hidup dan sikap kita dalam mendepani kehidupan...itu yang akan mematangkan kita tentang erti sebuah pelayaran hidup..

Selalunya, aku hanya mendengar tentang penyelewengan pihak hospital swasta dalam memberi khidmat kepada masyarakat...seringkali ku lihat dalam akhbar, pihak swasta lebih mementingkan keuntungan berbanding nyawa pesakit yang perlu diselamatkan...baru-baru ini, dalam akhbar menceritakan tentang sebuah hospital swasta di ibu negara yang lebih mementingkan wang sehingga pesakitnya meninggal dunia akibat lambat diberi rawatan...tragis bunyinya...namun, semua itu ku saksikan di depan mata ketika bekerja di metro...

Majoriti doktor di metro akan memesan ubat dalam jumlah yang melebihi keperluan pesakit daripada farmasi...ini semua bertujuan mengaut keuntungan dalam masa yang singkat...bagi ubat dalam bentuk tablet, jika berlebihan, pesakit akan membawanya pulang...namun, bagi ubat berbentuk injection, ia akan dipulangkan kepada pihak hospital melalui farmasi...pernah suatu hari, ubat injection yang dipulangkan berjumlah 6 vial...bila ku tanya pada Mr Letchu, supervisor di satellite pharmacy, dia mengatakan doktor memesan 8 vial, tapi yang diperlukan hanya 2...dan 6 vial dipulangkan...satu vial berharga RM 68...bayangkan berapa banyak keuntungan yang diperolehi hospital dan berapa banyak kerugian yang ditanggung pesakit...semua ini tidak adil bagiku..tapi itulah ‘permainan’ mereka yang ‘berkuasa’...sedih juga ku fikirkan perkara tersebut..namun, apalah dayaku di situ...hanya orang luar yang ‘menumpang’ pengalaman....

Suatu hari juga, aku membelek prescription seorang pesakit...dia baru melahirkan seorang bayi...antara ubat yang diberi kepadanya adalah ‘Dostinex’....terkejut juga aku kerana Dostinex adalah ubat untuk menghalang penyusuan... ‘prevent and suppress lactation’...Astaghfirullah...masakan seorang ibu yang baru melahirkan, tidak mahu menyusukan bayinya..?? di mana letaknya harga kasih sayang seorang ibu..?? zalimnya dia tanpa memberi hak bayinya menerima susu ibunya sendiri...melihat gelagatku yang agak terkejut, kak Mala, pembantu dispenser mengatakan, ubat itu pastinya di ‘minta’ sendiri oleh ibu itu daripada doktor..dan bagi doktor yang hanya mementingkan keuntungan, tanpa fikir panjang akan menulis di dalam prescription...huhhh... mengeluh panjang aku dibuatnya..di mana lagi boleh di cari nilai kemanusiaan..?? sepatutnya tugas seorang doktor bukan hanya merawat, tapi lebih dari itu...entahlah...sedih aku memikirkan perkara itu.... dan banyak lagi penyelewengan yang ku lihat..semuanya membuatkan aku tawar hati bekerja di hospital swasta...kerna kebanyakannya hanya mementingkan keuntungan semata-mata...jauh sekali ikhlas memberi perkhidmatan pada mereka yang lebih memerlukan...


~bersama staff dan pharmacist di dispensary~

Hmm...alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerna dengan izinNya jua, aku dapat menamatkan latihan industri tanpa banyak masalah...segala pengalaman dan ilmu yang ku peroleh, akan ku gunakan ia untuk mematangkan diri menghadapi masa depan...dan kini, ku yakin, setiap ketentuan dari ALLAH, terselit 1001 hikmah paling bermakna bagi mereka yang sentiasa berfikir akan kebesaranNya jua...

" Penambahan ilmu akan menambahkan kuatnya iman dan iman yang kuat akan menambah baik dan tinggi amalannya..." - HAMKA








.

No comments: