Monday, August 27, 2007

SAYANGI KELUARGA.. DI SITU BAHAGIA…

Hmm…telah sekian lama rasanya..diri tidak menulis…mungkin kerna masa yang mengekang, banyak tugasan yang membeban…

Alhamdulillah telah berakhir satu-satunya exam utk mid term kali ini…dan ku melangkah keluar dari dewan dengan nafas lega…hopefully, result kali ini dapat improve dari yang sebelumnya….

Kebelakangan ini, alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadratNya Yang Maha Penyayang….kerna melimpahkan rahmat kasih sayang tak terhingga buat diri kerdil ini…terasa tenang hati mengenang keluarga….kerna asalku dari mereka…bak kata Ustaz Hasrizal, hati akan tenang jika kita kembali pada yang asal…

Banyak sejarah keluarga yang perlu dan penting untukku ‘rekodkan’ di sini….segalanya membahagiakan…Alhamdulillah…

Aleeya Balqis binti Mohd Nazri….


Tanggal 1 Ogos 2007, lahir seorang lagi insan baru dalam familiku…hadirnya pasti cukup membahagiakan seluruh keluargaku…terutama Amni..terlalu excited dia inginkan adik…semua teddy bear yang bersusun di kamar tidurnya telah dinamakannya…baby Aleeya, baby Amna, baby Aleef..dan banyak lagi nama…semuanya sempena nama kawan-kawan sepermainannya di rumah ‘ibu’ tempat dia ‘ditinggalkan’ sewaktu Along dan kak Siti ke sekolah…tenang hatiku melihat keletah Amni yang semakin aktif dan lincah di usia 2 tahun…boleh hilang segala resah jua bebanan jiwa yang melanda…


Menatap wajah seorang bayi yang belum terpalit dosa jua noda…boleh menenangkan tiap hati yang melihatnya…terasa menitis manik jernihku tika Aleeya berada di pangkuanku…entah dari mana, bagai terasa syahdu pada hadir seorang bayi di pangkuan sendiri…cepatku bisik dalam hati.. “Sabran jamila…” sabar hati menahan segalanya…itu lebih tinggi nilainya di sisi ALLAH…=)


Dalam persinggahan sebentar untuk menziarah Aleeya, dan keluarga Along di Batu Pahat, sempat ku berborak dengan kak Siti tentang saat kelahiran Aleeya…Aleeya lahir setelah di ‘induce’kan…kerna due datenya telah terlewat hampir seminggu..jika dibiarkan, kemungkinan Aleeya akan lemas di dalam perut….kak Siti kata, induce lebih sakit daripada kelahiran bayi secara biasanya… “Tak macam Amni dulu, sekali push je dah keluar…ni kene tunggu berjam-jam sakit, baru sampai masanya Aleeya keluar ke dunia…”… “sakitnya jangan cakaplah…memang pedih…” tak dapatku bayangkan sakitnya tika kak Siti menceritakan saat doctor ingin mengeluarkan sisa uri yang tertinggal setelah Aleeya lahir…ya ALLAH…mungkin hanya Tuhan yang tahu…terasa insaf hatiku, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu…menanggung sakit tika melahirkan diri ini…apatah lagi berkorban segalanya demi membesarkan ku hingga dewasa begini….
“Ya ALLAH…ampunkan dosaku, dosa kedua ibu dan bapaku, dan Kau kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil…”

Beralih kepada sejarah keluargaku yang seterusnya…

Tanggal 24 Ogos 2007…pastinya satu hari yang bersejarah dalam hidup Angah…kerna pada hari ini, Angah menerima anugerah pelajar terbaik dalam kursus perubatannya sewaktu bergelar 5th year medical student…Angah diberi anugerah kerana telah menunjukkan prestasi terbaik dalam bahagian Obstetric & Gynecology ( O&G )… Anugerah tersebut dalah tajaan Wyeth …terasa bangga melihat angah menerima replica cek bernilai RM1000 di Dewan Besar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM tempoh hari…


Dalam hati, ku berbisik “ You deserve it..”..

Terasa kerdil diri ini berbanding Angah…dalam jumlah pelajar medic batch Angah…dia yang mendapat anugerah tersebut…kalah semua pelajar chinese yang selalunya lebih ke depan…Ya ALLAH…besarnya nikmatMu…kalaulah diletakkan diri ini di tempat Angah…ohh..tak mungkin aku mampu berdiri menerima anugerah itu…mungkin mimpi pun, tak layak bagi aku…huhu ~


Selain anugerah tersebut, banyak lagi anugerah lain untuk pelajar perubatan…dan pelajar melayu yang berdiri dalam barisan penerima hadiah tersebut, hanya Angah seorang…ku yakin, pasti hati mak dan abah penuh bangga punya anak seperti Angah…dia telah membuktikan segalanya…membuktikan dengan usaha, segalanya takkan sia-sia…hanya usaha gigih tanpa jemu, segalanya akan terbayar…dan hari itu, aku pasti, angah boleh menarik nafas lega atas segala keperitan yang dia alami selama bergelar medical student…

Segalanya penyuntik semangat untuk diriku…menjadi seorang yang lebih baik dari hari ini dan untuk masa depan…inshaaALLAH…

Hujung minggu yang baru berlalu, Angah dan familiku meneruskan perjalanan ke Pontian…menziarahi tokbak yang semakin uzur….sedih ku melihat gambar wajah atok yang semakin cekung…atok pernah berjanji pada Angah…akan turun KL sewaktu Angah menerima segulung ijazah kedoktoran…namun, semuanya hanya tinggal janji, kerna atok semakin lemah…tahap kesihatannya mula menurun sejak terkena strok akibat tekanan darah tinggi…sejak itu, seluruh badan atok lemah…hanya mampu berjalan beberapa langkah di rumahnya…lembu dan kebun kelapa sawit, terpaksa diserahkan sepenuhnya kepada Pak Andak untuk menguruskannya…


Mungkin terubat hati atok dapat bergambar dengan Angah yang lengkap berpakaian seorang graduan…berjubah dan bertopi empat segi…tergambar ceria di wajah tokbak dan tokmak…cucu pertama bergelar graduan…ijazah doctor perubatan…ya ALLAH…pasti berbunga bangga hati mereka…Alhamdulillah…


Dan tanggal 27 Ogos 2007…pastinya tarikh bersejarah kedua buat Angah…dia akan bergelar graduan ijazah doctor perubatan….walau hakikatnya dia telah pun bertugas dan bergelar Dr Farhana di Hospital Besar Sungai Petani..terasa tenangku melihat kegembiraan silih berganti…segalanya cukup membahagiakan…terutama bagi mak dan abah…segala jerih perit jua pengorbanan mereka membesarkan Angah telah terbalas jua sewaktu melihat Angah menerima anugerah jua ijazah…dan pastinya kebahagiaan seterusnya bakal menanti setelah Angah ‘dilamar’ menjadi suri hati seorang doctor di hospital tempat angah bertugas sehari-hari….inshaaALLAH…segalanya dengan izin dariMu jua, ya Rabb…aku hanya mampu berdoa segala yang terbaik buat Angah, satu-satunya kakak kandungku di dunia…


Alhamdulillah…Angah memang menjadi idola setiap insan bergelar adik…segala sejarah yang tercatat, menjadi azimat hati ini pada mengulangi segalanya suatu hari nanti…biiznILLAH…

Syukran ya Rabb…segala ketentuanMu…sangat bermakna, tak ternilai harganya buat diri ini…Kau kekalkan kasih sayang kami supaya sentiasa mekar dalam peliharaanMu…


Sayangi KELUARGA…di situ BAHAGIA…

Monday, August 13, 2007

NUKILAN RASA...

Alhamdulillah…saat dan tika ini..kalimah itu yang terucap di bibir ini…

Entah kenapa walau saat diri ini bagai terbeban dengan segala macam tugasan dan tanggungjawab….hati tetap mendesak untuk menukil sesuatu…sebagai tanda penghargaan buat seorang insan…jarang ku hadapi saat-saat begini…hati yang terlalu sarat dengan perasaan….hingga terpaksa jua ku turuti sebentar kata hati…yang tersirat di lubuknya, suatu erti persahabatan sejati….

Ku akui...hari-hari kebelakangan ini, hatiku sering sepi…terasa kian sunyi diri yang memang sendiri...entahlah...pada mulanya, aku selesa begini...tak selamanya hidup ini kita berteman...punya kawan yang sentiasa meneman….

Tapi, entah kenapa kebelakangan ini juga…sepi itu bagai menusuk-nusuk kalbuku, pada menyatakan, hati ini perlukan teman…hatiku terlalu sunyi…hingga tercari-cari gembira di hati sendiri….

Alhamdulillah….

Dia Maha Segala…Dia yang mendengar bisik hati yang sayu...Dia yang menyaksi sepi hati yang pilu....

Dan saat ini, menjadi saksi, bisik syukurku pada segala ketentuanMu, Ya Rabb..Kau ‘hadiahkan’ aku seorang teman di kala diri sepi tanpa kawan…Kau hadirkan tenang di kala hati resah tanpa tujuan….


Sahabat…

Walau sudah lama kita berukhuwwah…namun, baru tika ini aku menyedari…apa erti ukhuwwah…dirimu bagai tamsilan sinar ukhuwwah sebenar….mengharukan segenap hati yang tercari-cari teman sejati….

Sukar untuk ku serlahkan segala pengertian…demi memberi makna satu perkataan… namun, hadirmu mengungkap segala...menyingkap pengertian sebuah talian suci tautan hati….selama ini, bibir mampu mengungkap kata ukhuwwah pada sahabat…tapi jarang sekali hati-hati yang bertaut mengenal sendiri erti hakiki suatu jalinan sejati dua hati kerana Ilahi…

Sahabat…

Mengenang dirimu, terasa jauh diri ini dari makna ungkapan ukhuwwah...kerna segala yang ada pada diri ini terlalu kurang untuk ku mengertikan hidup, pada memberi... segala pengorbanan, kejujuran, jua keikhlasanmu, membuka wadah untukku lebih memberi pada teman bergelar sahabat…

Sahabat…

Hadirmu menyinar ceria jua gembira di hati ini…diri yang resah kembali tenang tika berada di sisimu…walau terasa berat beban tugasanku seharian….walau terasa resah pada segala amanah yang belum tertunai…hatiku tenang tika kau menemani…terasa seakan ringan jua pergi sebentar segala beban pada diri…

Dirimu punya kelebihan tersendiri…keramahanmu menjadi azimat diri ini menjalin ukhuwwah…keterbukaan jua lapangnya hatimu menerima kekurangan, menjadi pedoman diri ini untuk menjadi dan merealisasi erti sebenar seorang teman…

Terkadang, hati ini terguris, pada menyaksikan dirimu yang seakan ‘dipermainkan’ oleh mereka yang mengambil kesempatan atas keprihatinanmu pada sahabat…terlalu mulia hatimu menerima segalanya… berkorban kasih demi yang dikasih…itulah kasih sejati….hatimu yang sarat dengan sayang mampu melimpahkan segala sayang pada mereka yang ketagih erti sayang sebenar…mungkin kerna itulah dirimu disenangi kawan mahupun ‘lawan’…


Terima kasih sahabat...mungkin diri ini bukan siapa di hatimu….tapi cukuplah di hati ini…aku mensyukuri hadirnya seorang sahabat, yang memberi erti sebenar pengertian ‘sahabat’…

Moga diri jua segenap kehidupanmu diberkati...ameen ya Rabbal ’alamin..

Ku dedikasikan lagu ini khas buatmu sahabat…

TEMAN SEJATI...

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci

Bersyukur kini pada mu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini telah ku temui

Dengannya di sisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih ilahi...

KepadaMu Allah ku panjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepadamu teman ,ku pohon sokongan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

Teman,bersamalah kita semaikan
persahabatan ini dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan,pengorbanan dan kesetiaan...

Uhibbuki fILLAH...

Thursday, August 2, 2007

KUATKAN HATINYA, YA RABB….


Saat diri yang sendiri…sering terkenang sahabat…nun jauh di lubuk hati…

‘ Bila rasa penuhi jiwa..’..terlalu sukar untukku ungkap segalanya….laju deraian air mata tika mengenang dirimu, sahabat…terlalu sukar pada hakikatnya….menerima sesuatu di luar jangkaan kita…namun, padaNya jua kita serah segala…kerna Dia lebih tahu hakikatnya….

Pelbagai impian kita bina bersama….bermacam usaha kita galas seadanya….demi menggapai awan tinggi….mendaki puncak bahagia…di sini jua di sana….namun, tika Dia hadirkan ‘sesuatu’…seakan tersentak seketika lamunan kita…diri ini bagai hilang arah…pudar garis impian yang ku lakar di atas pepasir angan seharian….namun, ku tetap bersyukur….Dia menyedarkan kudrat lemah ini…bahawa kita hanya berusaha merancang….malah, Dia jua merancang…tetapi, kita sering lupa…Dia sebaik-baik Perancang….Alhamdulillah…

Percayalah sahabat…

Ujian demi ujian yang ditimpakan…tersirat seribu satu hikmah yang sukar untuk kita suratkan seadanya....namun, percayalah...suatu masa, tika ALLAH singkapkan tabir hijab di depan mata, kitalah hamba paling bersyukur saat dan tika itu....pada menyatakan rasa tawadu’ seorang hamba di depan Khaliqnya….rasa syukur kerna ketentuanNya yang terbaik untuk setiap insan bergelar HAMBA….

Hati ini memahami….jiwa ini merasai...segala keperitan jua kepedihan yang dikau alami...walau mungkin diri tiada daya berada ‘di sana’….namun, doa tulusku tika sujudku saban waktu mengiringi perjuanganmu…usahlah kau ragu….walau dirimu seorang, tapi hakikat jiwamu, bukan sendirian….doa, harapan jua sandaran, kita pulangkan pada Dia….tempat kembali harapan segala pengharap….

Sahabat….

Tabahkan hatimu…kuatkan semangatmu… walau onak ranjau berduri,jua perit tak terperi yang menanti….dirimu bukan seorang…jiwamu takkan sendirian….doaku sentiasa mengiringi…pandanglah pada sinar cahaya yang menanti di depan… kebahagiaan yang pernah kita idamkan….kita lupakan segala impian semalam....kita bina semula segala harapan jua perancangan hari depan berbekal ketentuan yang Dia tetapkan…segala impian, jua perancangan yang terhenti di tengah jalan….kita jadikan ia sandaran, sebagai wadah teladan mematangkan diri menghadapi cabaran mendatang….

Ingatlah sahabat….

Telah bertahun lamanya, segala susah senang kita harungi bersama….di situlah hadirnya percaya......pada impian jua harapan yang akan kita kecapi bersama… demi membina suatu cita...idaman setiap jiwa bergelar hamba…moga kita sentiasa di berkati olehNya…

Ku titipkan cebisan ‘kata’ tak ternilai harga... buat pendorong semangat…penguat keazaman....peneguh ketabahan...jua bingkisan doa dari sahabatmu yang jauh…buat mengiring perjuanganmu…teruskan perjuangan, sahabat…!!

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


Ya ALLAH...teguhkan kami di langkah ini...di pencarian hakikat diri...

Thursday, July 26, 2007

BIARKAN IA ‘ADA walaupun TIADA’…


Astaghfirullahal’azim...

Hanya lafaz itu yang termampu ku ungkapkan saat ini...terasa hati sayu...entahlah..apa lagi kehendak hati yang tidak pernah puas ini, ya Rabb??...

Hampir beberapa ketika ku bertahan dengan ‘ujian’ yang Kau beri...walau hakikatnya hati tak mampu menangani...namun, itulah kehendakMu Ilahi...apa lagi daya pilihan hati ini... pada menerima suatu hakikat perit tak terperi...

Ya ALLAH...masa yang kian berlalu, menyedarkan hatiku...terasa semakin hilang ceria hari-hari bagai dahulu....terasa kian sirna gembira hati dua kalbu....dan paling sayu hati menanggung rindu, terasa seakan perginya dia, teman sejiwaku...

Hari-hari yang berlalu...hanya ‘menyedapkan’ hati ini, bahawa dia ‘ada walau hakikatnya tiada’...dia ada...masih ada...tapi adakah hakikatnya ada...??..tak mampu ku jawab persoalan itu...

Namun ya Rabb...biarkanlah ia begitu.. ’ada walaupun tiada’...lebih baik untuk hati ini menerima...daripada ’terus tiada’...sukar dan perit hati menanggungnya...

Mungkin sukar hati yang ingin memahami, namun, sukar lagi diri ini mengungkap kata hati...biarkanlah hati ini sendiri...mencari erti cinta paling hakiki....

Teman...kekuatanmu inspirasi hati ini...keteguhan jiwamu memasak teguh tiang kepercayaan sanubari ini...pada menyatakan, aku mampu ’berhijrah’...’menyimpan’ putik bunga yang akan tiba masanya mekar di taman suci bersiram cinta Ilahi...dengan izin dariNya jua...

Biar mungkin tiada lagi ceria jua gembira...biar mungkin ada ’barrier’ antara kita...dan biar mungkin tiada lagi teman sejiwa....ku terima ia dengan redha...ku doa ia hanya sementara...memberi ruang hati berbicara...tentang erti kasih jua cinta...pada Dia yang Mencipta...jua pada mereka yang lebih berhak menerima.....

Ku pohon ya Rabb....andai hatinya kuat menangani...kuatkan lagi hati ini yang lebih perit merindui...andai teguh hatinya pada pendirian agama...teguhkan lagi hati ini yang rapuh imannya....

Ku pohon jua ya Rabb...simpankan kasih kami di ’taman larangan’.. agar ia terpelihara, terjaga rapi bersulam pedoman....tanda sayangnya kami padaMu Ar-Rahman...

Teman...izinkan diri ini...menyelitkan kata azimat...buat kekuatan hati jua sanubari meneguh sisa semangat....

Bertemu berpisah kita kerana ALLAH...


KU KATAKAN DENGAN INDAH...

Dingin bayu malam ini berpuput lembut,
Sedingin hati yang kesepian,
Rindu akan seorang insan bernama teman...
Bicara qalbi ini membisikkan azimat,
Pada meniupkan angin ketabahan..
Buat diri yang semakin sirna semangatnya..
dan luntur warna kekuatannya..

Taqdir-Nya yang menemukan,
Kehendak-Nya jua yang memisahkan..
Kasih tercipta, damai bahagia dirasa,
Biasan kasih Tuhan yang maha sempurna..
Buat insan yang tercari-cari cinta-Nya..

Berbekalkan limpahan rahmat yang Esa
Pelayaran itu dimudiki bersama...
Sauh kepercayaan...
Layar kesetiaan..
Nakhoda ketetapan hati..
Adalah kunci kekuatan diri
Buat menempuh badai sengketa..
Juga onar pepasir dusta..

Antara biasan kaca dan kilauan permata,
Kerdip dirimu sentiasa memanggil-manggil diri ini..
Pada menyatakan kau sahabat, kau jua teman..
Menjadi bukti agungnya kasih Ilahi..
Menyiram mekar, taman hati ini..

Meskipun begitu, kita tidak bisa jadi sempurna
Pada diri ini, terpalit seribu kekurangan
Terguris seribu kealpaan..
Hingga kita bisa terleka..lalai dari cinta-Nya
Juga cinta mereka yang selayaknya..

Diri ini amat kerdil di hadapan-Nya..
Diri ini amat takut akan siksa-Nya..
Diri ini mendamba seluruh pengampunan-Nya..
Diri ini ingin bersyukur sebagai hamba-Nya..

Untuk itu, ku katakan dengan indah..
Akan nada perpisahan bersulam harapan..
Kerna lumrah alam telah pun tertulis..
Setiap yang bernilai, menagih pengorbanan yang bukan secebis..
Moga impian kasih kan mewarnai hari muka..
Dengan segala keindahan dan bahagia selamanya..
Hadiah dari-Nya buat hamba yang bertaqwa..

Andai ada rindu, Allah sentiasa tahu..
Andai ada ingatan, sematkan ia sebagai kenangan..
Di lubuk hati yang dalam..
Di dasar jiwa yang terpendam..
Kerana tiada yang terindah di dunia ini..
Melainkan Cinta yang diredhai Ilahi..

Sunday, July 15, 2007

KU TINGGALKAN CINTAKU KERANA ALLAH...


Ya ALLAH...ampunkan hambaMu saat ini...berjurai airmataku tak henti menitis...

Ya ALLAH...kuatkan mujahadahku saat dan tika ini...jauh ku renung hakikat diriku saat dulu...

Entah di mana akan ku mulakan bicara hatiku saat ini...segalanya terlalu berat untukku tanggung sendiri...segalanya terlalu kusut untuk ku rungkaikan belitan gelodak di jiwa ini...

Ya ALLAH...padaMu jua ku pulangkan segalanya...cinta, kasih jua rindu yang bersarang jauh di lubuk hatiku sejak dulu...

Setelah sekian lama Kau temukan kami...kini...kami sendiri yang memilih perpisahan ini...segalanya bukan kerana apa...tapi keranaMu ya ALLAH...

Kau hadiahkan kami suatu pertemuan yang tak kami jangka....Kau anugerahkan kasih sayang tak ternilai harga untuk kami rasa...betapa Kau terlalu kaya....kaya kasih jua cinta....tapi kami leka jua alpa...ampunkan kami Ya Rabb...

Selama nie...kehadiran dia bagai suatu rahmat tak ternilai harga buat hati ini...dia yang banyak memimpin diriku ke arah lorong menuju redha jua kasih sayangNya...dia yang membimbing, tika diri terumbang ambing mencari identiti diri....dia yang menyedar tika sinar Islam dalam hati kian pudar...dia yang berkongsi saat suka lagikan duka...dia yang memahami hati tika ramai yang menyisih pergi...dia tempat ku sandarkan harapan...dia teman di kala diri sepi tanpa kawan.....

Ya ALLAH...ampunkan aku....ampunkan aku atas segala ’keterlanjuran’ ini...;(

Ya Rabb...saat ini..ku pulangkan kasihku padaMu...ingin ku kembalikan segalanya pada yang Hak....keluarga....sahabat...teman jua rakan...mereka yang lebih berhak pada kasih jua sayang yang sarat di hati ini...

Ya ALLAH..terasa sunyi jalanku di depan...terasa hilang suatu ’kegembiraan’ ku seharian....bantuku ya ALLAH...kuatkan hatiku...temankan sunyi hari jua jalanku di hadapan....pada siapa lagi dapat ku luahkan segala isi hati...masih adakah hati yang mahu memahami...hati yang tahu situasi diri....??

Ya ALLAH...kuatkan hati kami menempuh rindu yang panjang....tabahkan hati kami mengharung ranjau hari depan....

Yang pahit itulah penawar...kemanisan menagih pengorbanan...hanya Kau saksi korban jiwaku saat ini ya Rabb..hanya Kau yang mengerti sarat sebakku tika sujudku saban waktu...hanya pada Kau ku serahkan segalanya...hanya pada Kau ku bulatkan tawakal...sandaran segala harapan....pada kekalnya sebuah talian....ikatan hati yang Kau simpulkan suatu masa dulu....thabatkan hati kami demi harapan pada ikatan suci di sisiMu suatu hari nanti...

Ya ALLAH...beri kami kekuatan yang cukup untuk menepis segala bisikan syaitan...janganlah Kau palingkan hati kami dari hidayahMu kali ini....berilah diri ini peluang untuk mengembalikan segalanya pada yang hak...cinta, kasih jua rindu....hanya Kau yang Lebih Tahu... ~hati rindu...ALLAH sentiasa tahu...~



Ampunkan hamba kerdilMu ini ya ALLAH....

Monday, July 9, 2007

Sayang Angah....=)


Alhamdulillah…saat nie..terasa nak menitis air mata..pada menyatakan rasa kesyukuran atas segala limpah rahmat Mu Tuhan….hati sarat sebak…demi melahirkan rasa sayang ni pada Angah….my one n only elder sister…baru tadi aku dapat berita Angah dah dapat tempat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah…dan akan mula berkhidmat sebagai seorang doktor tanggal 16 Julai 2007..

Menyingkap segala jerih perit bergelar student medic..uhhh...aku sendiri terasa berat...melihat angah study..terasa kerdil diri ini...dalam hati..ku berbisik.."Alhamdulillah...segala aturanNya terlalu berharga..tersirat seribu satu makna.."..mungkin sebab itulah, aku tak ditakdirkan dapat medic...walaupun itulah cita-cita dan harapan keluarga buat aku...namun, setelah mendapat farmasi sebagai 'jurusan perjuangan'..aku sujud syukur..kerna aku yakin, pemberianNya lebih bererti dari segalanya...kita merancang, Allah jua merancang...dan Allah adalah sebaik-baik perancang..

Dan apabila mengharungi hidup sebagai pelajar farmasi, aku sangat bersyukur, kerna aku yakin dan faham, bukan sebarang orang boleh megharung hidup sebagai sudent medic..tapi xpela...tiap ape yg Allah bagi, sesuai ikut kemampuan masing-masing..setiap sesuatu ada susah dan senangnya...even nak jadi ape pon, doktor, pharmacist..engineer..also a teacher...still ade cabaran dan pahit getirnye..

Dan sekarang, dah 5 tahun berlalu Angah mengharung cabaran sebagai student medic..aku kagum dengan Angah...biar mungkin kadang, timbul rasa cemburu apabila saudara mara asyik menyebut 'doktor ana'..tapi jauh dalam hati...aku berbangga...angahlah cucu pertama yang dapat buktikan, dengan ilmu kita akan disanjung...dengan ilmu, kebaikan menyelubungi kehidupan...alhamdulillah...angah jadi idola kami adik-adik....diikuti aku dengan ilmu ubat...(future pharmacist inshaaALLAH), Ahh yang jugak mengikut jejak angah untuk bergelar 'Doktor Ahh'..hehe..dan adik2 yang lain..inshaaALLAH akan berusaha demi menjadi manusia berjaya dunia akhirat...

Jutaan terima kasih tak terhingga buat mak dan abah yang terlalu banyak mencurah kasih dan sayang buat kami anak-anak mak abah..terima kasih juga kerana mendidik kami adik beradik hingga kami jadi manusia berguna hari ini...

Ya Allah..sayu hati ni mengucap kata syukur..atas nikmat Mu yag tak terhingga...terasa tenang dan bahagia mengenang keluarga...

Ya ALLAH..terima kasih atas anugerah ibu ayah terbaik bagi kami...

Ya ALLAH..terima kasih atas nikmat usrah sa'adah...

Untuk akhirnya buat entry kali ini...ku panjatkan doa moga Angah dipermudahkan mengharung hidup sebagai seorang yang bertitle 'Dr'...bak kate orang, amik medic nie..belajar susah, keje pon susah...huhu...moga Angah diberi kekuatan dan ketabahan untuk berbakti pada anak bangsa, jua agama....

SAYANG ANGAH...=)

Monday, July 2, 2007

Melakar Cinta Di Pintu Syurga



Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang terbentang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintamku dipintu syurga